Gubal Akta Klinik Maya Elak Lambakan Doktor Palsu Kerajaan Digesa


 
Presiden Perdim Dr Boi Saidi Abdul Razak (dua dari kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.KUALA LUMPUR: Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) menggesa kerajaan menggubal akta bagi memantau pelaksanaan sistem klinik maya.
Presiden Perdim Dr Boi Saidi Abdul Razak berkata, penggubalan akta ini bertujuan memastikan pengeluaran preskripsi ubat oleh doktor tidak disalah guna.
“Platform digital hanya sesuai untuk menyemak semula keputusan darah sahaja, belum ada akta lagi seorang doktor itu mengeluarkan preskripsi ubat secara dalam talian.
“Sebagai contoh, tidak munasabah untuk seorang doktor mengeluarkan 100 hingga 1,000 preskripsi ubat sehari menggunakan platform maya,” katanya pada sidang media hari ini.
Boi Saidi berkata, pihaknya khuatir kewujudan klinik maya ini akan mengakibatkan lambakan doktor palsu di negara ini.
“Itu yang kita takutkan. Kalau di negara-negara maju, memang platform klinik maya ini digunakan sepenuhnya, tetapi setiap doktor itu ada kod mereka tersendiri,” katanya.
“Mereka ada kod di mana mereka diberikan kuota tertentu untuk mengeluarkan preskripsi ubat setiap hari. Mungkin seorang doktor boleh mengeluarkan 20 atau 50 preskripsi.
“Kalau tidak ada akta, nanti apa yang akan terjadi ada doktor palsu boleh mengeluarkan hingga 1,000 preskripsi ubat sehari dengan hanya tekan ‘enter’ sahaja menggantikan tandatangan.”
Katanya, perkhidmatan klinik maya juga sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai rekod rawatan dengan hospital, bukan pesakit baharu.
Ads by Kiosked“Ini termasuk pesakit yang menunggu semakan keputusan makmal selain (untuk) penjagaan pesakit kronik, seperti kencing manis dan darah tinggi, yang stabil serta mempunyai janji temu untuk pemantauan berterusan.”
Boi Saidi berkata, pihaknya khuatir ada simptom atau komplikasi yang tidak dapat dikesan menerusi platform klinik maya.
“Konsultasi secara maya tidak ideal dalam pengendalian pesakit. Contoh ketara, doktor akan mudah terlepas pandang tanda-tanda fizikal penyakit,” katanya.
Kementerian Kesihatan (KKM) dilapor akan memperluas pelaksanaan sistem klinik maya sebagai usaha mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan, terutama bagi kes-kes bukan kecemasan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/gubal-akta-klinik-maya-elak-lambakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Lambakan Proses Durian Jadi Produk Alternatif

Elak Lambakan Proses Durian Jadi Produk Alternatif

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 284 hits
MUSIM durian kini kembali Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr merupakan sejenis buah buahan tropika yang memberikan aroma yang kuat dan rasa yang enak Terdapat hampir 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia Namun...
Buang Skin Tag Di Klinik Doktor Bazilah

Buang Skin Tag Di Klinik Doktor Bazilah

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 246 hits
Hai korang pernah dengar tentang skintag atau kutil di permukaan kulit Cik Sue tak pernah mengalami tapi ada orang terdekat dan keluarga pernah mengalaminya Apa itu skin tag skin tag atau yang disebut dengan acrochordon adalah daging yang t...
Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

Elak Hasil Negara Dirompak Ppim Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol Samudera My 25 06 2023

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA 25 Jun 2023 Kerajaan digesa untuk menyegerakan pelaksanaan subsidi petrol bagi mengelakkan hasil negara dirompak secara terbuka menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan Gesaan ini adalah susulan dar...
Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

Kerajaan Kaji Gubal Undang Undang Hapus Elemen Ali Baba Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 278 hits
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama hingga wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat PUTRAJAYA Kementerian Ekonomi sed...
Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 285 hits
TEMERLOH Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan aplikasi mudah alih Pahang Pride Kasih sebagai platform baharu kepada 30 600 penerima kad kesihatan program itu tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aplikasi ini nila...
Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 188 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerima 2 415 permohonan Dana Skim Pembiayaan Kewangan Mikro Negeri Pahang fasa kedua yang dibuka pada November hingga 14 Disember tahun lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Indera Zulkifli Yaacob ber...
Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Retaining Top Talent For Businesses

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Konsert Dia Misha Omar 2025

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Sakit Yang Tak Terlihat

Pas Pn Bersedia Tampil Tawarkan Alternatif Kepimpinan Lebih Tersusun Inklusif Dan Berprinsip Di Pahang