Kerajaan Cadang Beri Azmin Perlindungan Hak Kebebasan Peribadi


Semalam Menteri Undang-undang Kerajaan PH Liew Vui Keong berkata bahawa kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang berkenaan “intrusion of privacy” atau gangguan terhadap hak kebebasan peribadi.
Menurut Menteri PH ini, beliau lihat penularan video seks yang dikaitkan dengan seorang lagi Menteri PH iaitu Azmin Ali adalah gangguan terhadap kebebasan peribadi (iaitu kebebasan peribadi kepada pelaku-pelaku dalam video seks tersebut).
Sebenarnya tidak perlu ijazah undang-undang untuk menghidu tahi lembu waima yang datang dari seorang menteri seperti di atas.
Saya ingin berkata kepada Menteri Undang-undang PH ini: Seseorang itu tidak lagi boleh berselindung di belakang hak kebebasan peribadi apabila perkara yang dilakukannya adalah sesuatu jenayah walaupun ianya adalah jenayah suka sama suka di tempat tersorok.
Jika perbuatan itu bukan jenayah namun hanya memalukan yang dilakukan di tempat tertutup, maka pelaku mempunyai hak kebebasan peribadi, namun hak ini hilang dan tidak tertakluk untuk perbuatan-perbuatan jenayah.
Jika seseorang atau pasangannya meliwat, curang dan melakukan persetubuhan dengan bukan isteri atau suaminya, melakukan seks luar tabii, mengedar dadah atau melakukan jenayah-jenayah lain di tempat tersorok seperti dalam bilik hotelnya, penjenayah itu tidak boleh kata itu hak kebebasan peribadinya.
Perlakuan-perlakuan di atas masih termaktub sebagai kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara walau di mana ia dilakukan di Malaysia.
Jika kita buat undang-undang untuk membenarkan jenayah di tempat-tempat peribadi dan tersorok, tak perlulah ada undang-undang sebab hampir semua penjenayah buat kerja jenayah mereka di tempat-tempat tersembunyi dan tersorok dari saksi-saksi awam.
Alasan Menteri PH untuk mencadangkan undang-undang ini kononnya adalah untuk melindungi kanak-kanak dan wanita.
Jika kanak-kanak terlibat, telah ada peruntukan undang-undang lain untuk melindungi mereka.
Dan yang melakukan jenayah di dalam video seks yang tular tersebut adalah bukan kanak-kanak atau wanita, ia adalah lelaki-lelaki dewasa dan seorang dikatakan bertaraf menteri.
Dan bagaimanakah undang-undang ini boleh melindungi wanita apabila ia menggalakkan lagi suami-suami mereka untuk berlaku curang terhadap mereka dengan orang lain?
Rakyat ingin tahu siapakah yang sebenarnya pelaku-pelaku jenayah yang melakukan perbuatan terkutuk dalam video itu dan adakah benar ianya Menteri yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka dan kepada ekonomi negara yang sedang huru hara kini.
Oleh itu siasatlah ketulenan video itu dan cari dan tentukan pelaku-pelaku di dalamnya.
Bukannya siasat kes penularannya pula dan gubal pula undang-undang baru untuk melindungi pelaku-pelaku jenayah tersebut.
Rakyat bukan mahu kerajaan cari jalan untuk melindung dan ‘cover up’ pelaku-pelaku jenayah tersebut dengan membuat undang-undang baru memberikan hak kebebasan peribadi kepada penjenayah-penjenayah untuk mereka lebih galak melakukan jenayah di tempat tersorok.
Inikah Malaysia Baharu versi PH yang mereka perjuangkan selama ini?
Jika inilah dia keadaannya, kita bubar sahajalah Parlimen dan buat pilihanraya yang baru.
Sebab saya tidak mahu lebih lama kita tunggu lebih banyak kerosakan berlaku sehingga Tuhan menurunkan bala kepada kita semua pula nanti kerana bersubahat atau tidak berbuat sesuatu.
Allah selamatkanlah Malaysia.
ISHAM JALIL
19 Jun 2019
PAGE FB


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/19/kerajaan-cadang-beri-azmin-perlindungan-hak-kebebasan-peribadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Cadang Cuti Paterniti 3 Hari Kepada Pekerja Swasta

Kerajaan Cadang Cuti Paterniti 3 Hari Kepada Pekerja Swasta

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 432 hits
Sebelum ini WAO menggesa cuti paterniti sekurang kurangnya 7 hari diperkenalkan dalam sektor swasta berikutan pindaan Akta Kerja 1955 KUALA LUMPUR Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan cuti paterniti selama 3 hari kepada golon...
Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 469 hits
Aku Minta Ampun Banyak Dosa Aku Pada Kau Min Setelah sekian lama bersengketa sempena bulan Syawal yang mulia ini Azwan Ali tampil memohon maaf kepada abangnya Azmin Ali Kerelaa hati untuk memohon maaf itu terdorong apabila mengenangkan didi...
And Now Azmin Has Made It 4 Out Of 5

And Now Azmin Has Made It 4 Out Of 5

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 368 hits
Deep in thought 14 June Just a quick follow up to my last posting where I stated that 3 out fo 5 of my all time most read postings were related to our politicians and their sex scandals Well less than 24 hours after posting it has reached t...
Laaa Azmin Ke Saman Kalau Tak Betul

Laaa Azmin Ke Saman Kalau Tak Betul

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 295 hits
APA YANG MENDORONG HAZIQ MEMBUAT PENGAKUAN TIADA KERJA CARI KERJA PEGI KE PULAU BATU DI GALAS ATAU ADA AGENDA POLITIK Azmin Nafi Terbabit Video Lucah cari dari mana sumber berita dan saman jangan tunggu MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri ...
Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 755 hits
Susulan tersebarnya video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru baru ini Haziq telah ditahan polis 5 30 petang tadi BACA Jangan Sebar Video Lucah Atau Anda Akan Didenda ...
Azmin S Aide Says Met Real Haziq After Viral Video Mum On Claims

Azmin S Aide Says Met Real Haziq After Viral Video Mum On Claims

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 432 hits
Muhammad Hilman Idham political secretary to Datuk Seri Azmin Ali today admitted to meeting the real Haziq Aziz who confessed to a sex video that implicated the economic affairs minister Hilman who is also Gombak Setia state assemblyman sai...
Naib Ketua Amk Dakwa Blisson Hantar Mesej Habislah Azmin

Naib Ketua Amk Dakwa Blisson Hantar Mesej Habislah Azmin

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 324 hits
Seorang naib ketua Angkatan Muda Keadilan mengecam timbalan ketua AMK Sabah Blisson Zainuddin kerana membayangkan wujud komplot dari dalam PKR berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali Syed Badli Syah Syed Osman dalam ken...
Us 741k To Azmin Fund Transfer Document Forged Maybank To Take Action

Us 741k To Azmin Fund Transfer Document Forged Maybank To Take Action

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 548 hits
Malayan Banking Bhd has clarified that the fund transfer advice document being circulated online which alleged a transfer of money to a federal minister using the bank s account was forged The fund transfer advice document which is being ci...
Jasa Azmin Ali Pada Pakatan Harapan

Jasa Azmin Ali Pada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 364 hits
Insiden video mengenai pemimpin politik yang didakwa melakukan hubungan seksual yang dirakam menggunakan kamera intip baru baru ini bukanlah perkara yang baru di Malaysia Malah saya percaya ini bukanlah yang terakhir Rakyat Malaysia amat mu...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage