Kerajaan Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya Kata Pemimpin Pas



Dulu-dulu.. bila kalah saja dalam mana-mana Pilihanraya Kecil akan ada sajalah keluar ayat untuk pujuk diri sendiri oleh mana-mana Pemimpin PAS.

Yang paling popular ialah "Kita bukannya kalah tapi kemenangan kita ditangguhkan"
Sekarang bila dah bersama Kerajaan, bila ada yang melabel Kerajaan sedia ada sebagai Kerajaan Gagal keluar pulak ayat nak sedapkan hati..

'Kerajaan bukan gagal... tapi belum berjaya .."

Hmmm...


The Malaysian Insight melaporkan..

PAS tidak akan hilang sokongan dalam pilihan raya umum akan datang walaupun rakyat marah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap gagal menangani pelbagai krisis akibat pandemik Covid-19, kata pemimpinnya.
Parti Islam itu setidak-tidaknya akan tetap dapat sokongan daripada penyokongnya yang faham realiti bahawa tiada mana-mana kerajaan di dunia yang berjaya menyelesaikan masalah Covid-19, kata mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Kedah Mohd Hilmi Abdul Wahab berkata kritikan terhadap kerajaan adalah perkara biasa, malah tanda kerajaan ini sebuah kerajaan yang bekerja.
“Sokongan pengundi PAS tak ada masalah. Dia begini saja… kalau orang yang buat kerja mesti ada kritikan, yang tak buat kerja itu yang tak ada kritikan.
“Biarpun banyak kritikan tapi ia tidak melebihi sokongan. Orang PAS faham, kalau nak kata gagal, seluruh dunia gagal.
“Jadi kerajaan tidak gagal cuma tidak berjaya lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau juga menyifatkan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin adalah pilihan terbaik yang ada pada masa ini, dan itu antara faktor PAS menyokong kerajaan sekarang.
The Malaysian Insight bertanya kepada pemimpin PAS mengenai tempias kritikan rakyat terhadap kerajaan kepada peluang parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Pentadbiran Muhyiddin dikritik keras kerana menggunakan perintah darurat, yang diisytiharkan sejak tujuh bulan lalu, untuk menangani pandemik.
Penularan Covid-19 bagaimanapun semakin merebak dengan angka jangkitan baharu dan kematian bertambah sementara keadaan di hospital dan sistem penjagaan kesihatan terus tertekan.
Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan 17,045 kes lagi jangkitan baharu, menjadikan keseluruhan kes kini lebih sejuta sejak wabak ini dikesan di Malaysia pada hujung Januari 2020.
KERAJAAN STABIL
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata PAS terus menyokong kerajaan Muhyiddin kerana mahu memastikan kerajaan Melayu-Islam ini stabil dan dapat fokus sepenuhnya menangani isu-isu berkaitan Covid-19.
“Kalau kita tak berada dengan PN, kerajaan baharu yang akan ditadbir nanti akan sama seperti Pakatan Harapan (PH) yang ada sebelum ini. Bagi kita politik dan pentadbiran semasa pentadbiran PH lebih berbahaya daripada kerajaan yang ada sebelum ini.
“PAS melihat keberadaan bersama PN buat masa sekarang itu yang terbaik untuk negara khusus bagi mengekalkan penguasaan politik.
“Kita nak pastikan kekal ditampuk pentadbiran ialah mereka yang sama-sama menjayakan agenda Melayu dan Islam,” kata ahli Parlimen Pasir Mas.
Pada 7 Julai, Umno bagaimanapun mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan menggesa presiden Bersatu letak jawatan perdana menteri serta merta. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi tujuh alasan kerajaan ini gagal.
Fadli menyanggah tanggapan kerajaan gagal itu sebagai tidak betul.
Mengambil pakej bantuan rakyat sebagai contoh, beliau berkata ia adalah bantuan terbesar yang pernah kerajaan beri kepada rakyat.
“Jadi kita kena bersikap adil dalam membuat apa saja penilaian terhadap prestasi kerajaan,” katanya.
Baginya, yang lebih tepat pada masa ini ialah “kerajaan masih belum berjaya sepenuhnya.”
“Saya kira masih lagi ada ruang untuk kita perbaiki dan ruang untuk kita beri pandangan kepada kerajaan.
“Kerajaan juga perlu bersikap terbuka dalam menerima cadangan dikemukakan rakyat baik ahli politik atau masyarakat biasa yang terkesan dengan pandemik ini,” katanya.
DUA DARJAT
Fadli bagaimanapun tidak menolak rasa tidak puas hati dan marah rakyat timbul kerana layanan berbeza terhadap sesetengah pihak dalam soal pematuhan peraturan pencegahan Covid-19.
Katanya, kerajaan perlu jujur dan telus dalam hal ini.
“Rakyat mempersoalkan kenapa adanya layanan double standard terhadap pihak yang dipertikaikan, jadi ini yang perlu kerajaan jawab,” katanya.
Beberapa ahli politik baru-baru ini dikesan melanggar SOP pencegahan penularan Covid-19 namun siasatan terhadap mereka mengambil masa yang relatifnya lama berbanding kebanyakan orang yang dikenakan kompaun serta merta.
Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata kalau hendak dikatakan kerajaan gagal, kerajaan PH di Selangor lebih gagal lagi.
“Kegagalan Selangor adalah lebih kepada pentadbiran negeri,” katanya, memberikan contoh kes jangkitan Covid-19 di negeri itu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Roslan yakin kemarahan rakyat terhadap kerajaan persekutuan tidak lama, sehingga imuniti kelompok iaitu sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan penduduk dewasa di negara ini diberi vaksin.
“Jka kerajaan dapat pastikan capai 80 peratus imuniti kelompok sebelum hujung tahun kemarahan rakyat akan reda.
“Apabila berjaya capai sasaran imuniti kelompok, rakyat akan tetap bersama dengan PN,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/kerajaan-bukan-gagal-tapi-belum-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

Otak Lebai Bah 1 Bukan Kerajaan Gagal Sebaliknya Rakyatlah Yang Gagal Bantu Kerajaan Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 235 hits
The text is taken from here Also reported here https negaramerdeka com bukan kerajaan sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan muslimat pas Cukup cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah olah kerajan gagal tetapi pada masa yang s...
Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 259 hits
Why are you behaving like this Terengganu health official snaps at errant public With highways getting congested despite a ban on inter state travels Terengganu Health director Dr Nor Azimi Yunus blew up on those still insisting to travel f...
Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 344 hits
Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini Semalam Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa...
Lebih Mulia Jika Pas Akui Kerajaan Pn Telah Gagal

Lebih Mulia Jika Pas Akui Kerajaan Pn Telah Gagal

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 229 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Dr Najihatussalehah Ahmad baru baru ini yang cuba menyalahkan rakyat kerana gagal membantu Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 adalah tidak bertanggungjawab Menurut Ahli M...
Kerajaan Belum Iktiraf Uec Di Semenanjung Malaysia Dr Maszlee Masa Ph Belum Iktiraf Masa Pn Naik Pas Diam Membisu

Kerajaan Belum Iktiraf Uec Di Semenanjung Malaysia Dr Maszlee Masa Ph Belum Iktiraf Masa Pn Naik Pas Diam Membisu

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 214 hits
TEMBELANG PA SEMAKIN TERSERLAH Semasa PH menjadi kerajaan lebai lebai paling lantang menghentam berkaitan UEC sehingga mendesak kerajaan PH di bubarkan Seperti biasa DAP di salahkan kerana tidak menentang UEC Tetapi bila dah jadi kerajaan t...
Pas Ni Bunyi Macam Guruh Tapi Tak Hujan Kata Ibrahim Ali Betul Tu Ada Isu Dia Diam Menikus Cilaka

Pas Ni Bunyi Macam Guruh Tapi Tak Hujan Kata Ibrahim Ali Betul Tu Ada Isu Dia Diam Menikus Cilaka

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 192 hits
BOB KELANANG Pas ni ibarat bunyi macam guruh tapi tak hujan kata Ibrahim Ali Pemimpin Pas diumpamakan ayam yang pandai berkokok tetapi tidak pernah bertelor kata Datuk Ibrahim Ali Presiden Putra Ia merujuk kepada pemimpin Pas yang pandai be...
78 Dari 350 000 Peserta Poll Kata Kerajaan Pn Gagal

78 Dari 350 000 Peserta Poll Kata Kerajaan Pn Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA DATELINEDari lebih 350 000 peserta yang menyertai poll yang dibuat oleh Datuk Seri Naib razak 78 peratus dari mereka percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai poll...
Haram Umat Islam Lantik Individu Tak Berakhlak Jadi Pemimpin Kerajaan

Haram Umat Islam Lantik Individu Tak Berakhlak Jadi Pemimpin Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 279 hits
agendadaily com27 7 2021Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah haram umat Islam melantik individu fasik atau tidak berakhlak menjadi pemimpin dan memegang jawatan penting dalam seseb...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11