Haram Umat Islam Lantik Individu Tak Berakhlak Jadi Pemimpin Kerajaan


agendadaily.com27/7/2021
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah haram umat Islam melantik individu fasik atau tidak berakhlak menjadi pemimpin dan memegang jawatan penting dalam sesebuah kerajaan.

Beliau juga berkata hanya pemimpin yang mencukupi syarat termasuk bermoral tinggi, layak untuk diangkat menjadi pemimpin negara.

“Islam juga mewajibkan para pemimpin mencukupi syarat ‘adalah (bermoral tinggi) di samping syarat keimanan, keilmuan serta kelayakan jasad, roh dan akal.

“Seorang individu yang fasiq (tidak berakhlak) adalah haram dilantik menjadi pemimpin dan memegang jawatan penting dalam sesebuah kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini tanpa merujuk kepada moral mana-mana pihak.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen (MP) parti cauvinis DAP menunjukkan sikap melampau dan tidak bermoral apabila menjerit-jerit di dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta MP Islam lain sedang membaca ayat Al-Quran surah al-Fatihah untuk umat Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Kejadian semalam berlaku ketika Perdana Menteri yang juga MP Pagoh mengucapkan takziah kepada semua mangsa Covid-19 dan meminta izin kepada Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Harun untuk bertafakur serta membaca doa sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” katanya.

Tetapi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, MP Puchong Gobin Singh Deo dan MP Teluk Intan Nga Kor Ming bangun menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah al-Fatihah.

Mengulas lanjut Hadi yang juga MP Marang turut membidas pihak yang sering kali menyebut mengenai keperluan integriti, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang dan lain-lain kata slogan yang dicipta, namun hakikatnya mereka tidak mematuhinya.

“Hal ini kerana laksana jasad yang tiada roh yang memandu akal dan ilmu, dan boleh berubah menjadi penipu kerana politik kenegaraan dianggap di luar daripada ilmu Allah SWT dan hukuman-Nya,” katanya yang memetik hadis Rasulullah SAW yang memberi amaran bahawa bencana akan menimpa umat Islam apabila berlakunya beberapa perkara.

Antaranya kata beliau ialah apabila amanah yang besar itu dianggap sebagai satu peluang keemasan untuk individu terbabit mengejar kekayaan.

Wakil Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata ada individu yang telah dijangkiti penyakit ingin menjadi pemimpin hinggakan nafsunya telah mengatasi akal dan ilmu.

“Fenomena yang pesat berlaku dalam politik sekular, sama ada melalui saluran demokrasi yang telah dinodai politiknya ataupun melalui kekerasan dengan rampasan kuasa. Sehingga perkara tersebut telah mencetuskan peperangan dan akhirnya bertukar kepada pemerintahan secara diktator (dictatorship) yang lebih zalim.

“Maka, jawatan yang penting dalam politik berkonsepkan sekularisme akan diusahakan untuk mendapatkannya secara rakus, tanpa akhlak dan maruah diri. Sehingga ada kalangan yang berusaha mendapatkannya dengan apa sahaja cara sekalipun, sehingga matlamat menghalalkan cara,” katanya.

Hadi berkata ini termasuk dengan cara haram seperti memberi rasuah, menipu dan berbohong kepada rakyat.

“Inilah antara kekotoran yang dilakukan dalam politik berkonsepkan duniawi tanpa panduan agama yang berwawasan akhirat,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/haram-umat-islam-lantik-individu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wapres Sebut Pimpinan Umat Islam Bertanggung Jawab Jika Ada Klaster Usai Iduladha

Wapres Sebut Pimpinan Umat Islam Bertanggung Jawab Jika Ada Klaster Usai Iduladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 264 hits
Dia pun mengajak segenap pemimpin umat Islam di Indonesia untuk bersama meneguhkan sikap kepada para masyarakat Muslim Tanah Air agar bisa mengutamakan kesehatan dalam kegiatan Iduladha Salah satunya dengan beribadah dengan cara yang berbed...
Dubes Arab Untuk Ri Harap Situasi Membaik Umat Islam Bisa Kembali Umrah Dan Haji

Dubes Arab Untuk Ri Harap Situasi Membaik Umat Islam Bisa Kembali Umrah Dan Haji

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 278 hits
Duta Besar Kerajaan Arab Saudi untuk Indonesia Syekh Essam bin Abed Al Thaqafi memastikan bahwa Indonesia merupakan negara yang menjadi perhatian utama dari Kerajaan Arab Saudi Penutupan izin umrah dan haji untuk jemaah Indonesia hanya bers...
Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 374 hits
AGENDA DAILY Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pengawalseliaan oleh Bank Negara Malaysia ke atas Tabung Haji bertujuan memperkasakan agensi dan meletakkannya kepada tadbir urus yang diyakini kata Men...
Tpm Nafi Khabar Angin Beliau Akan Di Lantik Pm Interim Cubaan Pecah Belahkan Kerajaan

Tpm Nafi Khabar Angin Beliau Akan Di Lantik Pm Interim Cubaan Pecah Belahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 342 hits
BERA Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai perdana menteri interim dalam mengatasi kekalutan politik negara pada masa ini Beliau menyifatkan khabar angin yang berk...
Kerajaan Kini Pertimbang Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin

Kerajaan Kini Pertimbang Rentas Negeri Individu Lengkap Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan sedang mempertimbang cadangan bagi membenarkan individu yang menerima dos lengkap vaksin COVID 19 merentas negeri Foto NSTP KUALA LUMPUR Kerajaan sedang memperhalusi cadangan bagi membenarkan individu yang sudah menerima dos lengka...
Pru 15 Kuburkan Kerajaan Melayu Islam Yang Gagal

Pru 15 Kuburkan Kerajaan Melayu Islam Yang Gagal

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 214 hits
PRU 15 kuburkan kerajaan Melayu Islam yang gagalOleh July 15 2021Negara mungkin mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sebaik sahaja rakyat mencapai imuniti kelompok iaitu setelah lebih 70 menerima vaksin Covid 19 Bagaimanapun menurut Ahli Parl...
Ibu Yati 2 Individu Mengaku Tak Salah Doktrin Palsu Agama Islam

Ibu Yati 2 Individu Mengaku Tak Salah Doktrin Palsu Agama Islam

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 256 hits
Ibu Yati dan Noorafiza dituduh menjelaskan doktrin bertentangan dengan hukum syarak manakala Abdul Hamid dituduh kerana mempersendakan ayat al Quran SHAH ALAM Tiga individu termasuk bekas wartawan Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali...
Kerajaan Berhati Hati Sebelum Beri Kemudahan Individu Lengkap Vaksin

Kerajaan Berhati Hati Sebelum Beri Kemudahan Individu Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 207 hits
MUHYIDDIN YASSIN PUTRAJAYA Kerajaan mengambil pendekatan berhati hati sebelum membuat keputusan memberikan kemudahan kepada individu yang lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini termasuk...
Kerajaan Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya Kata Pemimpin Pas

Kerajaan Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 294 hits
Dulu dulu bila kalah saja dalam mana mana Pilihanraya Kecil akan ada sajalah keluar ayat untuk pujuk diri sendiri oleh mana mana Pemimpin PAS Yang paling popular ialah Kita bukannya kalah tapi kemenangan kita ditangguhkan Sekarang bila dah ...
Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Ibu Selamat Lahirkan Bayi Hampir Lemas Dalam Kandungan Terkandas Tanah Runtuh

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Pokok Buah Tin Yang Dah Semakin Tinggi

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik