Kerajaan Baharu Perlu Untuk Bawa Negara Keluar Daripada Kemelut Kata Zaid


 
Nicholas Chung -April 19, 2021 Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata, masalah utama yang dihadapi negara kini ialah kepimpinan yang lemah di Putrajaya.PETALING JAYA: Bekas menteri pusat Zaid Ibrahim menggesa supaya pilihan raya umum diadakan pada pertengahan tahun bagi membolehkan kepimpinan baharu yang berkebolehan mengambil alih pentadbiran kerana kerajaan sedia ada “ternyata gagal”.
Zaid berkata, masalah utama yang dihadapi oleh negara kini bukanlah kemerosotan ekonomi atau wabak Covid-19, tetapi kepimpinan yang lemah di Putrajaya.
“Paling penting ialah sekumpulan pemimpin yang berkebolehan yang dapat membawa kita keluar daripada kemelut ini. Saya fikir, dan ramai yang lain juga percaya bahawa kerajaan sedia ada ternyata gagal.
“Bagaimanakah kita boleh mengubah keadaan ini? Satu-satunya cara ialah melalui pilihan raya.
“Hanya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat mampu melakukan tugas terbaik. Saya menggesa pemimpin kita dan juga Agong supaya meneliti semula isu ini dan mengadakan pilihan raya,” kata Zaid, yang merupakan bekas menteri undang-undang.
“Kita perlukan Kabinet lebih kecil, tetapi dengan menteri yang mampu menangani pelbagai isu secara berkesan.
“Ada banyak masalah yang perlu diatasi, tetapi kecuali beberapa orang, ramai menteri sekarang kurang berjaya,” katanya.
Beliau berkata, Muhyiddin Yassin boleh menjadi perdana menteri sementara selama tiga hingga enam bulan, tetapi persiapan bagi menghadapi pilihan raya mesti dimulakan dari sekarang.
Zaid mengakui bahawa kes jangkitan Covid-19 mungkin meningkat selepas pilihan raya, tetapi masalah yang dihadapi negara kini semakin memburuk dan pilihan raya baharu merupakan “jalan keluar terbaik daripada kemelut ini”.
“Negara lain berdepan kes Covid-19 yang lebih banyak, tetapi masih mengadakan pilihan raya mereka.
“Mungkin akan berlaku peningkatan (kes), tetapi dalam jangka panjang, kerajaan yang memerintah bertanggungjawab mengurus masalah yang dihadapi negara.
“Ini tidak bermakna tidak ada SOP semasa pilihan raya. Tidak ada topeng muka atau penjarakan fizikal.
“Ia hanya bermakna kita akan mendapat kerajaan yang dipilih orang rakyat, iaitu kerajaan yang diharapkan lebih kuat dan dengan kepimpinan baharu untuk mentadbir negara.
Ketika ditanya sama ada lebih baik diwujudkan sebuah kerajaan perpaduan melibatkan semua parti untuk mengurus wabak Covid-19 sebelum diadakan pilihan raya, Zaid berkata, ia tidak munasabah kerana pentadbiran sedemikian masih berkemungkinan berdepan masalah perebutan dan perbalahan dalaman.
Kerajaan perpaduan tidak semudah seperti yang diwarwarkan, katanya.
“Rakyat bimbang kerajaan sedia ada telah gagal. Jadi biar mereka putuskan siapakah yang harus memimpin. Biar rakyat berasa selesa bahawa mereka adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah yang kita hadapi.”
Muhyiddin sebelum ini mengulangi jaminan bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja wabak Covid-19 reda dan perintah darurat tamat.
Perintah darurat dijadual berakhir pada 1 Ogos depan.
Ia bagaimanapun boleh ditamatkan lebih awal jika wabak Covid-19 terkawal dengan jawatankuasa petugas khas bebas yang dilantik dan terdiri daripada wakil kerajaan, pembangkang dan pakar kesihatan menasihati Agong supaya menamatkan perintah tersebut.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kerajaan-baharu-perlu-untuk-bawa-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 654 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
2 148 Kes Positif Covid 19 Baharu Muhyiddin Kata Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Pkp 3 0

2 148 Kes Positif Covid 19 Baharu Muhyiddin Kata Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Pkp 3 0

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 534 hits
2 148 kes positif Covid 19 baharu Muhyiddin kata kerajaan tidak akan laksanakan PKP 3 0Khamis 15 April 2021 Malaysia hari ini mencatatkan 2 148 kes positif Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini adalah 367 977 kes Peningka...
Kerajaan Masih Ada Ruang Fiskal Perkenal Suntikan Baharu Badan Pemikir

Kerajaan Masih Ada Ruang Fiskal Perkenal Suntikan Baharu Badan Pemikir

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 282 hits
Jalan keluar penguncupan disebabkan pandemik dengan laksana langkah dasar pengembangan fiskal KUALA LUMPUR 2 Ramadan 1442H Rabu Kerajaan masih memiliki ruang fiskal untuk memperkenalkan suntikan baharu yang besar seperti ditunjukkan oleh Pr...
Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

Rakyat Marah Kerajaan Pn Bukan Raja Raja Melayu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 329 hits
freemalaysiatoday com April 22 2021 7 30 AMPenganalisis berkata jika perintah darurat tidak lagi efektif mengawal penularan wabak Covid 19 Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja raja sama ada mahu menamatkan atau meneruskannya PETALING...
Gaji Rendah Graduan Lari Keluar Negara

Gaji Rendah Graduan Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 268 hits
Sikap para menteri di Malaysia yang tidak peduli mengenai gaji rendah diterima graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadi penyebab golongan cerdik pandai keluar meninggalkan negara dan mencari pekerjaan di luar Hal itu dinyata...
Kerajaan Pun Keliru Rakyat Haru Biru Kenyataan Pm Duit Kerajaan Habis Tak Berasas Mengelirukan Kata Kumpulan Pemikir

Kerajaan Pun Keliru Rakyat Haru Biru Kenyataan Pm Duit Kerajaan Habis Tak Berasas Mengelirukan Kata Kumpulan Pemikir

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 200 hits
April 14 2021 Penyelidik Jaideep Singh berkata kerajaan perlu memperkenalkan langkah dasar fiskal yang diperluas untuk mempromosikan penggunaan dan pelaburan sektor swasta PETALING JAYA Sebuah kumpulan pemikir dasar awam menyifatkan kenyata...
Gaji Graduan Rendah Sikap Menteri Akan Menyebabkan Cerdik Pandai Lari Keluar Negara

Gaji Graduan Rendah Sikap Menteri Akan Menyebabkan Cerdik Pandai Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 239 hits
POSTED BY AMIR WRLRSikap para menteri di Malaysia yang tidak peduli mengenai gaji rendah diterima graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadi penyebab golongan cerdik pandai keluar meninggalkan negara dan mencari pekerjaan di l...
Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Kata Pm

Kerajaan Dah Tak Banyak Wang Kata Pm

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 207 hits
Kow Gah ChieKerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid 19 kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sudah ba...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online