Gaji Rendah Graduan Lari Keluar Negara



Sikap para menteri di Malaysia yang tidak peduli mengenai gaji rendah diterima graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadi penyebab golongan cerdik pandai keluar meninggalkan negara (brain drain) dan mencari pekerjaan di luar.
Hal itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir bersama Setiausaha AMK, Syukri Razab.
Bagi mereka, walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih gagal membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 namun menteri tidak boleh lepas daripada tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat usaha mereka untuk mengelakkan pekerja dimanipulasi majikan dalam isu upah dan gaji.
“Menteri mesti bertanggungjawab dengan menjelaskan, terutama kepada golongan graduan berkenaan strategi dan pendekatan yang kerajaan usahakan mengekang manipulasi ini, serta usaha meningkatkan gaji minima.
“Di samping itu, situasi gaji amat rendah ini juga akan menjejaskan usaha negara mengekang fenomena brain drain (penghijrahan cerdik pandai bekerja di luar negara) yang menurut firma pengurusan pelaburan global, Schroders sebagai antara punca permasalahan ekonomi Malaysia.
“Ini sudah pasti akan memberi kesan besar terhadap masa depan negara sekiranya fenomena ini tidak dapat dibendung akibat kegagalan polisi kerajaan.
“Menteri-menteri PN seharusnya lebih peka menyelami permasalahan rakyat dan hentikanlah daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekeh atau menyalahkan rakyat yang mendambakan pembelaan,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut mereka lagi, gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed agar graduan bersyukur walau bergaji rendah amat mengecewakan dan menyimpang dari persoalan pokok yang perlu beliau jawab.
“Begitu juga kenyataan Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia pada Ogos 2020 yang menyeru supaya pekerja menerima kerja bergaji rendah daripada tiada kerja langsung dan mengulanginya sekali lagi semalam agar graduan menerima tawaran gaji sedia ada daripada menjadi penganggur.
“Kenyataan yang memperlekeh graduan serta golongan pekerja ini memberi gambaran kegagalan menteri untuk memahami realiti sebenar permasalahan di kalangan graduan. Maka tidak hairanlah ekonomi Malaysia kini berhadapan dengan kelembapan ketara dan gagal berada di atas landasan sepatutnya dalam fasa pemulihan,” kata mereka
Menurut Akmal dan Syukri lagi, fakta kegagalan pengurusan ekonomi Malaysia diburukkan dengan kemerosotan mendadak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) sehingga 68 %, penguncupan KDNK bagi tahun 2020 yang menyusut kepada -5.6 % serta peningkatan pengangguran sehingga 772,900 orang dengan kadar 4.8 % pada Disember 2020, walaupun Program Pengekalan Pekerjaan dan Program Subsidi Upah telah diperkenalkan.
Kata mereka, kemelesetan ekonomi itu kini ditambah pula dengan kenyataan culas menteri seolah-olah merestui tindakan sesetengah majikan memanipulasi keadaan secara membuang pekerja berpengalaman dan mengambil graduan sebagai pekerja baharu untuk ditawarkan gaji jauh lebih rendah.
Hal itu, kata mereka bukan sahaja menurunkan produktiviti dan menjauhkan pelabur tertapi juga menjadi faktor yang menjejaskan peratusan peningkatan gaji tahunan pekerja-pekerja di Malaysia.
Baru-baru ini dalam laporan Perangkaan Malaysia (DOSM), dilaporkan majoriti golongan lepasan siswazah di negara ini menerima gaji antara RM1,001 hingga RM 1,500, tidak cukup untuk membiayai hidup di kota besar yang memerlukan pendapatan di atas RM2,500 untuk menjamin hidup yang lebih selesa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31916

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Graduan Rendah Sikap Menteri Akan Menyebabkan Cerdik Pandai Lari Keluar Negara

Gaji Graduan Rendah Sikap Menteri Akan Menyebabkan Cerdik Pandai Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 217 hits
POSTED BY AMIR WRLRSikap para menteri di Malaysia yang tidak peduli mengenai gaji rendah diterima graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadi penyebab golongan cerdik pandai keluar meninggalkan negara dan mencari pekerjaan di l...
Gaji Rendah Graduan Siswazah Potong Gaji Menteri Selamatkan Ekosistem Pekerjaan Dr Zaliha

Gaji Rendah Graduan Siswazah Potong Gaji Menteri Selamatkan Ekosistem Pekerjaan Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 177 hits
POSTED BY AMIR WRLRKenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bahawa lebih baik gaji siswazah dibayar rendah daripada menganggur dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Zaliha Mustafa Menurut Dr Zaliha tidak sepatutnya M...
Isu Gaji Siswazah Bekerja Dengan Gaji Rendah Sama Teruk Dengan Tak Kerja Langsung Steven Sim

Isu Gaji Siswazah Bekerja Dengan Gaji Rendah Sama Teruk Dengan Tak Kerja Langsung Steven Sim

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 213 hits
Pada 14 April 2021Oleh Aziera NHAhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyelar kenyataan dua orang menteri Kerajaan Perikatan Nasional berhubung isu gaji siswazah sebelum ini Beliau menegaskan bekerja dengan gaji yang serendah RM1 000 ada...
Gaji Rendah

Gaji Rendah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 178 hits
Mohd Zaimi SaadBukan nak back up Menteri atau orang politik cuma nak bagi tau bahawa Malaysia punyai surplus tenaga kerja tidak termasuk tenaga kerja asing yang ada dalam negara sama ada secara sah diputihkan atau tidak sah Dalam masa sekar...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 368 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Gaji Bermaruah Untuk Graduan

Gaji Bermaruah Untuk Graduan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 258 hits
BERITA SEMASA 11 APRIL 2021 Ikuti BERITA SEMASA bersama Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengulas mengenai peluang pekerjaan yang kurang dikalangan graduan menyebabkan graduan terpaksa ke...
Graduan Gaji Kecil Pun Tak Apa Lah Kami Orang Susah Tapi Kami Ada Maruah Diri

Graduan Gaji Kecil Pun Tak Apa Lah Kami Orang Susah Tapi Kami Ada Maruah Diri

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 155 hits
HAMZAH RIE NATak kesahlah khianat mandat rakyat lepasan graduan dapat gaji ciput YANG PENTING sebulan dapat puluh ribu ringgit pencen sampai mati SR
Gaji Rendah Pun Sapu

Gaji Rendah Pun Sapu

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 217 hits
CALON mengisi borang ketika membuat permohonan kerja FOTO arkib NSTP Kuala Lumpur Terpaksa menerima sahaja peluang pekerjaan di hadapan mata tanpa banyak bunyi mengenai gaji yang ditawarkan Itu senario yang perlu ditempuhi graduan baharu un...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah