Kerajaan Akan Perkenal Semula Sistem Lama Tun M


   Foto oleh Bernama
SERDANG - Kerajaan akan memperkenalkan semula sistem lama yang merangkumi prosedur manual, fail meja dan carta aliran tugas kepada penjawat awam bagi menangani isu karenah birokrasi, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Beliau berkata, ia membolehkan seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat apabila terdapat permintaan untuk melaksanakan sesuatu prosedur kerja tanpa melalui proses birokrasi yang rumit.

Loading...
Katanya, beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ismail Bakar untuk memperkenalkan balik sistem lama itu.

“Kalau tidak tahu buat tugas, perlu tanya kepada orang lain, dan ini akan melambatkan proses. Kalau ada carta aliran tugas, penjawat awam boleh laksanakan tugas dan serahkan tugas selanjutnya kepada orang lain.

"Apabila sampai ke pegawai tertinggi, perkara itu akan disemak sama ada dilakukan dengan betul sebelum meluluskan permintaan, dan ini boleh meningkatkan perkhidmatan birokrasi," katanya dalam sesi soal jawab selepas melancarkan Perhimpunan Perdana Bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

"Contohnya, kalau mahu membuka hotel, ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum mendapatkan lesen membuat hotel. Mereka akan diberitahu di dalam buku, perkara inilah kamu kena buat dan jabatan perlu pergi. Maka itu, (apabila) dapat kerajaan lakukan, saya fikir karenah birokrasi ini akan berkurangan.


"Kadangkala karenah (birokrasi) itu ada juga kerana ada kelemahan di antara kita. Kalau kita mahu supaya dilayan dengan baik, kita juga akan meminta daripada kerajaan. Dan kalau kita melambatkan kerja, itu adalah cara rasuah. Kalau lambat, ada orang bagi upah untuk mempercepatkan tugas itu," katanya.

Menjawab soalan berhubung kos sara hidup yang meningkat, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berusaha untuk mengawal kenaikan harga barang memandangkan kos sara hidup meningkat walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dihapuskan.

"Dalam perniagaan, kos orang tengah amat tinggi. Contohnya, sayur yang ditanam di Cameron Highlands berharga kira-kira 50 sen satu kilogram, tetapi apabila sampai ke pasar, ia dijual pada harga RM7 sekilogram. Takkan perjalanan dari tempat ditanam ke pasar begitu mahal," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, beliau telah meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub untuk menyiasat kenaikan harga sayur begitu tinggi.

"Ramai orang berpendapat, apabila pendapatan gaji dinaikkan, mereka dapat membeli dengan lebih banyak. Apabila kita menaikkan gaji minimum, pihak swasta juga akan menaikkan gaji mereka dan menyebabkan barangan keluaran mereka juga naik harga.

"Dan apabila kos keluaran dan perkhidmatan meningkat, barangan akan dijual dengan harga tinggi, maka kos sara hidup juga meningkat," katanya.

Kepada soalan sama ada peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan oleh dimonopoli satu pihak, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menghapuskan sistem monopoli dan pada masa yang sama, memantau harga barangan agar kos sara hidup tidak meningkat secara mendadak.

"Kita mahu hapuskan monopoli tetapi perlu berhati-hati jika berlaku persaingan yang hebat, akan membawa masalah bekalan tidak mencukupi. Kerajaan akan mengawasi perkara ini dan rakyat perlu memberitahu harga-harga yang dikenakan agar dapat mengawal harga barangan tidak meningkat keterlaluan," katanya.

Dr Mahathir, ketika ditanya sama ada kerajaan akan membentuk satu sistem untuk kebaikan penjawat awam, berkata Malaysia ingin menjadi negara maju dan untuk mencapai hasrat itu, kerajaan perlu melatih generasi muda mempunyai kecekapan bekerja dan mencari pelabur untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya Malaysia mengimport barang makanan setiap tahun sebanyak RM60 bilion, di mana semua itu boleh ditanam di Malaysia untuk mengurangkan pengaliran wang ke negara asing. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/kerajaan-akan-perkenal-semula-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perkenal Semula Aliran Kerja Penjawat Awam Bagi Atasi Karenah Birokrasi

Kerajaan Perkenal Semula Aliran Kerja Penjawat Awam Bagi Atasi Karenah Birokrasi

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 360 hits
Imej via BernamaSERDANG Sistem kerja lama berteraskan tiga garis panduan akan dikembalikan dalam jentera operasi kerajaan bagi menangani isu kerenah birokrasi kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata tiga garis panduan merangkum...
Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti Menyamun Dan Susahkan Rakyat

Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti Menyamun Dan Susahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 450 hits
11 Mac 2019 SPB YDP Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah merasmikan Mesyuarat Kedua Parlimen Siri 14 Ada beberapa perkara yang menarik perhatian umum pada sidang parlimen kali ini Pertama inil...
Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 424 hits
Kerajaan menepis dakwaan terbaru mengaitkan Yang di Pertua Negeri Sarawak Taib Mahmud dengan rasuah dan salahguna kuasa mengatakan maklumat tersebut maklumat lama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata Peguam Negara Tommy...
Ppbm Gesa Kerajaan Semak Semula Kontraktor Bumiputera

Ppbm Gesa Kerajaan Semak Semula Kontraktor Bumiputera

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 341 hits
PPBM menggesa kerajaan menyemak semula senarai kontraktor kecil dan sederhana terutama kontraktor Melayu Bumiputera dalam pemberian kontrak kerajaan Ahli Majlis Tertinggi PPBM Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan perlu mendengar keluhan golo...
Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 632 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta Perdana menteri berkata kerajaan menyediakan pilihan kepada penj...
Tiada Keperluan Untuk Kerajaan Negeri Buka Semula Panggung Wayang

Tiada Keperluan Untuk Kerajaan Negeri Buka Semula Panggung Wayang

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 451 hits
Tiada keperluan untuk kerajaan negeri buka semula panggung wayang KOTA BHARU Kerajaan Kelantan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pe...
Masalah Kesehatan Kulit Ini Bisa Mengancam Jika Terlalu Lama Terpapar Cahaya Matahari

Masalah Kesehatan Kulit Ini Bisa Mengancam Jika Terlalu Lama Terpapar Cahaya Matahari

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 281 hits
Paparan sinar matahari terutama dalam waktu yang lama bisa menyebabkan sejumlah masalah yang mengancam kesehatan kamu Masalah kulit yang bisa muncul akibat cahaya matahari ini beragam mulai dari kulit terbakar hingga jadi berkerut
Dua Juruterbang Hawk Tudm Catat Rekod Dunia Terbang Lama

Dua Juruterbang Hawk Tudm Catat Rekod Dunia Terbang Lama

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 577 hits
Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang menyaksikan Penasihat Kanan Ketenteraan BAE Sir Andrew Pulford menyampaikan pengiktirafan kepada Mejar Fairul Mohd Rustam dan Mejar Zulkifli Mohamad Foto Bernama LANGKAWI 28 Mac Dua jurute...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual