Kerajaan Perkenal Semula Aliran Kerja Penjawat Awam Bagi Atasi Karenah Birokrasi


Imej via BernamaSERDANG: Sistem kerja lama berteraskan tiga garis panduan akan dikembalikan dalam jentera operasi kerajaan bagi menangani isu kerenah birokrasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, tiga garis panduan merangkumi sistem fail kerja, tatacara prosedur dan carta aliran tugas itu ketika ini dalam fasa akhir perincian sebelum ia dihebahkan ke sektor perkhidmatan awam.

“Saya sudah bincang dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara) untuk perkenalkan balik sistem lama, iaitu fail kerja, tatacara prosedur dan carta aliran tugas supaya penjawat awam dapat mengenal pasti apa permintaan pengguna.

“Ini cara tingkatkan kecekapan dalam bidang berkaitan birokrasi, namun orang ramai juga perlu tahu tempat untuk dituju jika ingin meminta sesuatu kelulusan.

“KSN ketika ini berusaha untuk bekalkan kepada orang awam berhubung apa yang perlu dilakukan sekiranya ingin melaksanakan sesuatu urusan.

“Contohnya nak buka hotel, apa yang perlu dilakukan dan di mana tempat untuk dituju bagi mendapatkan kelulusan,” katanya pada sesi dialog sempena Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Dr Mahathir berkata, kerenah birokrasi harus ditangani kerana ia berupaya mengundang kesan negatif, khususnya ke arah menggalakkan amalan rasuah dalam sektor perkhidmatan awam.

“Kerenah birokrasi ini lazimnya melambatkan kerja, justeru orang akan bagi upah untuk percepatkan proses. Itu rasuah dan tidak baik kepada sistem pentadbiran perkhidmatan kerajaan.

“Oleh itu, inisiatif menangani birokrasi ini sedang diusahakan KSN, sebelum ia dihebahkan kepada jentera kerajaan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptamanya merayu anggota CUEPACS dan penjawat awam memberikan kerjasama kepada kepemimpinan kerajaan baharu bagi menyokong usaha pemulihan negara.

Berbekalkan keamanan dan bebas daripada sebarang tindakan liar, katanya, usaha itu berupaya dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, sekali gus memacu matlamat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2025.

“Kita minta CUEPACS dan jentera kerajaan bersabar sikit, malah ‘ikat perut’ supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit angkara pentadbiran terdahulu dapat dikurangkan.

“Apabila hutang berkurangan, kita akan dapat membelanjakan wang ke arah usaha menangani peningkatan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan bersesuaian kepada rakyat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/kerajaan-perkenal-semula-aliran-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Masih Berlembut Dengan Penjawat Awam

Kerajaan Masih Berlembut Dengan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 227 hits
Jika REFORMASI mahu berjalan lancar tukar saja pegawai yang pro regim kleptokrat dan turunkan gred Mereka itu pengacau kelancaran program kerajaan Ramai dari menteri masih lagi menyimpan pegawai yang menjadi duri dalam daging Pegawai ini ma...
Penjawat Awam Harus Bantu Kerajaan Kurangkan Hutang Negara Dalam Tempoh 3 Tahun

Penjawat Awam Harus Bantu Kerajaan Kurangkan Hutang Negara Dalam Tempoh 3 Tahun

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 390 hits
Anggota CUEPACS dan penjawat awam disarankan agar memberikan kerjasama kepada kepemimpinan kerajaan baharu bagi menyokong usaha pemulihan negara Berbekalkan keamanan dan bebas daripada sebarang tindakan liar usaha itu berupaya dilaksanakan ...
Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

Penjawat Awam Akan Dikurangkan Kerana Kerajaan Mengalami Bebanan Kewangan Kata Tun M Viralhancing

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 603 hits
KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta Perdana menteri berkata kerajaan menyediakan pilihan kepada penj...
Kerajaan Akan Perkenal Semula Sistem Lama Tun M

Kerajaan Akan Perkenal Semula Sistem Lama Tun M

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 279 hits
Foto oleh BernamaSERDANG Kerajaan akan memperkenalkan semula sistem lama yang merangkumi prosedur manual fail meja dan carta aliran tugas kepada penjawat awam bagi menangani isu karenah birokrasi kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...
Penempatan Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikaji Semula Elak Pembaziran Pm

Penempatan Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikaji Semula Elak Pembaziran Pm

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengecilan saiz penjawat awam tidak bererti akan berlaku pengurangan peluang pekerjaan Beliau menegaskan Dasar Penswastaan yang dilaksanakan pada tahun 1983 me...
Penjawat Awam Tertekan Ada Yang Miliki Kad Psikiatri Cuepacs

Penjawat Awam Tertekan Ada Yang Miliki Kad Psikiatri Cuepacs

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mendedahkan ada penjawat awam terlalu tertekan dengan kerja sehingga mengalami gangguan mental bahkan ada yang diberikan kad psikiatri Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda be...
Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam

Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1383 hits
Cuepacs Care Medical Card Pelan Perubatan Untuk Penjawat Awam Jikalau anda merupakan salah seorang daripada 1 6 juta penjawat awam di Malaysia yang sedang mencari cari pelan medical card di malaysia boleh cuba cuepacs care medical card Deng...
400 Ribu Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi Kerana Kos Sara Hidup

400 Ribu Penjawat Awam Alami Tekanan Emosi Kerana Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 461 hits
Lebih 400 000 penjawat awam yang merangkumi 25 hingga 30 peratus daripada warga sektor itu didapati mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri demikian dedah Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam...
Gaji Naik Punca Kos Harga Barang Naik Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

Gaji Naik Punca Kos Harga Barang Naik Penjawat Awam Perlu Dikurangkan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 331 hits
Tun M menegaskan penjawat awam perlu dikurangkan Kenaikan gaji mereka juga punca kenaikan kos sara hidup rakyat Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan per...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Does The E90 Bmw 3 Series Have A Sway Bar All You Need To Know

Our Soft Offer


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Remaja Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

Hasil Kerjasama Tng Dengan Unhcr Makin Bermaharajalela Pendatang Haram Di Malaysia

Menteri Ekonomi Terlalu Obses Lupa Portfolio Diri Sendiri

Yayaa2106 Selalu Masuk Fyp Teruskan Hadirkan Flutedwallpanel Marblewall

To Buy Me Grilled Fish Husband Of Slain Food Vendor Claims He Met Suspect Once

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025