Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina


Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti-Buli – Azalina
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti-Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata pada masa ini, tiada definisi khusus atau hukuman yang jelas berkaitan kesalahan buli di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
“Perkataan ‘buli’ tidak dinyatakan secara khusus dalam Kanun Keseksaan, tetapi saya agak lega apabila kita telah meminda dan memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan.
“Kita juga bernasib baik kerana telah meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang membolehkan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak di Sabah dan Sarawak. Langkah ini sangat tepat pada masanya, tetapi secara adilnya kepada Kementerian Pendidikan, mereka juga sudah mempunyai garis panduan mereka sendiri,” katanya.
Azalina berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 bertemakan Memperkasakan Akses kepada Keadilan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN: Merapatkan Kerjasama Perundangan demi Pertumbukan Inklusif dalam Era Digital, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata Suhakam telah menyuarakan kebimbangan bahawa kedua-dua pihak, iaitu pelaku dan mangsa, adalah kanak-kanak, justeru Akta Kanak-Kanak 2001 masih terpakai kepada mereka.
“Ini perkara yang perlu dibincangkan oleh Jemaah Menteri, sama ada wajar diwujudkan satu proses lain apabila ia melibatkan kanak-kanak, seperti penubuhan sistem tribunal atau sama ada perlu dipertimbangkan undang-undang yang berbeza, untuk membolehkan pemulihan digunakan sebagai bentuk hukuman,” katanya.
Tahun ini, Malaysia memegang Kepengerusian ASEAN bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, berteraskan keyakinan bahawa institusi yang kukuh, undang-undang yang mantap serta akses saksama kepada keadilan menjadi asas kepada perpaduan dan pertumbuhan inklusif.
“Forum ini merupakan antara inisiatif penting di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia, melambangkan komitmen baharu terhadap kerjasama perundangan serantau dan reformasi institusi,” katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Zamri Misman, Setiausaha Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) Anna Joubin-Bret serta wakil negara anggota ASEAN dan rakan dialog.
Forum tiga hari itu, menghimpunkan 58 penceramah dan moderator dalam 15 sesi yang dikendalikan pakar, dengan lebih 300 peserta dari ASEAN dan luar rantau. Perbincangan merangkumi penyelesaian pertikaian alternatif, reformasi undang-undang komersial serta perniagaan dan hak asasi manusia.
BACA: Kes Zara Qairina: Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti – SUHAKAM Sumber: Bernama
The post Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti-Buli – Azalina appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/19/kerajaan-akan-kaji-keperluan-gubal-akta-anti-buli-azalina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 2652 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Anti Bully Centre sebagai platform menerima aduan dan cadangan berkaitan isu buli daripada orang ramai Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pusat itu diwujudkan bagi member...
Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 3412 hits
FOTO BERITA Sidang Media oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan NGO NGO mengenai isu gejala buli di Villa Puteri Condominium Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur 14hb Ogos 2025 KUALA LUMPUR 14 Ogos 2025 Persatuan Pengguna Islam Malaysia me...
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 330 hits
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah Perbuatan buli di sekolah berasrama tidak lagi boleh dianggap sebagai kes displin yang terpencil Malah kejadian buli yang meragut nyawa Allahyarhamah adik Zara Qairina telah...
Kerajaan Pertimbang Undang Undang Khusus Tangani Cabaran Perundangan Ai Azalina

Kerajaan Pertimbang Undang Undang Khusus Tangani Cabaran Perundangan Ai Azalina

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 234 hits
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sistem sedia ada perlu ditambah baik kerana undang undang berkaitan AI melibatkan pendekatan yang berbeza termasuk beban pembuktian ketulenan dan integriti dokumen Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Kerajaan ak...
Pencapaian Positif 14 Akta Baharu 97 Pindaan Diluluskan Bawah Pentadbiran Kerajaan Madani

Pencapaian Positif 14 Akta Baharu 97 Pindaan Diluluskan Bawah Pentadbiran Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 14 akta baharu digubal 97 pindaan akta dan 13 rang undang undang dilaksanakan sepanjang kerajaan MADANI mentadbir negara Menurut laporan Buletin TV3 beliau berkata pelaksanaan pe...
Kes Buli 6 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

Kes Buli 6 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1689 hits
Media melaporkan enam pelajar Tingkatan Empat ditahan Selasa lalu selepas seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dipukul dan dilondehkan seluar Ketua Polis Pasir Mas Kama Azural Mohamed berkata tempoh reman enam pelajar itu tamat hari ini ...
Kanak Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma Kerap Menangis Mengigau

Kanak Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma Kerap Menangis Mengigau

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 463 hits
Kanak Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma Kerap Menangis Mengigau JOHOR BAHRU 22 Ogos Kejadian buli yang menimpa seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah kebangsaan di sini memberikan kesan mendalam terhadapnya apabila ma...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia