Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Perbuatan buli di sekolah berasrama tidak lagi boleh dianggap sebagai kes displin yang terpencil.
Malah kejadian buli yang meragut nyawa Allahyarhamah adik Zara Qairina telah mendapat perhatian khusus dari YDP Agong.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, sebanyak 6,208 kes buli membabitkan pelajar sekolah direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), setakat Oktober 2024.
Dari sudut perundangan, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember dan di Dewan Negara pada 16 Disember 2024.
Tetapi sekiranya kita benar-benar serius mahu menoktahkan kejadian buli, terutamanya di sekolah, tindakan pro aktif mesti dilakukan segera.
Seksyen 507b, 507c, 507d, 507e, 507f dan 507g Kanun Keseksaan yang diluluskan pada Disember 2024 tidak memperuntukkan sub seksyen yang khusus untuk kejadian buli di sekolah.
Kejadian buli di sekolah kini sudah menjadi musuh utama di sekolah berasrama.
Kesannya, sekarang ini ibubapa dan murid mula merasakan kehidupan di asrama sekolah tidak lagi selamat.
Apakah Definisi Buli?
Untuk kita berhadapan dengan musuh, perkara yang paling asas adalah mengenali musuh yang kita hadapi.
Persoalan yang paling utama adalah, apakah golongan yang berisiko dengan kejadian buli dan golongan mahu memeranginya mempunyai definisi yang jelas tentang buli.
Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, kita tidak mempunyai definisi yang jelas mengenai jenayah buli.
Malah undang-undang yang sedia ada tidak mempunyai peruntukah khas terhadap perlakuan jenayah buli di sekolah.
Penulis bersetuju dengan beliau.
Seksyen 507b, 507c, 507d, 507e, 507f dan 507g Kanun Keseksaan yang ada lebih bersifat umum.
Masyarakat umum, pihak pentadbiran sekolah dan lebih utama pelajar sekolah mesti diberikan difinisi yang jelas mengenai jenayah buli.
Pendidikan untuk mewujudkan kesedaran kepada semua pihak mengenai keburukan jenayah buli mesti digerakkan secara bersepadu di semua peringkat.
Matlamatnya adalah supaya semua pihak melihat perbuatan jenayah buli sebagai satu jenayah berat yang sangat menjijikkan.
Berkesankah Dengan Hanya Laungan Saya Anti Buli?

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam, telah mengarahkan semua murid sekolah melaungkan slogan Saya Anti Buli setiap hari di awal dan diakhir sesi persekolahan.
Persoalannya, apakah dengan hanya laungan slogan Saya Anti Buli mampu menoktahkan kejadian buli di sekolah?
Pada pandangan penulis, slogan Saya Anti Buli adalah slogan yang terlalu berhemah untuk menimbulkan kebencian pelajar sekolah terhadap perbuatan buli.
Satu slogan yang lebih keras perlu menggantikan slogan sedia ada untuk menyampaikan mesej bahawa jenayah buli adalah kesalahan yang berat.
Kerajaan pernah memperkenalkan slogan Najis Dadah dan Rasuah Adalah Jenayah untuk menimbulkan kesedaran masyarakat.
Walau pun diakui slogan tersebut tidak dapat menangani masalah tersebut sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu membendung supaya tidak menjadi lebih parah.
Segerakan pemasangan CCTV di semua sekolah.
Kita akui, ianya akan melibatkan kos yang sangat tinggi untuk dilaksanakan.
Tetapi keselamatan dan nyawa anak-anak sekolah tidak boleh dikompromi.
Mereka adalah generasi pelapis di masa akan datang.
Sekiranya kita berjaya menoktahkan jenayah buli di sekolah, percayalah, di masa hadapan, negara kita akan bebas sepenuhnya dari jenayah buli.
Kerana anak-anak di sekolah ini merupakan imej masyarakat dan negara di masa hadapan.
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Di Syorkan Untuk Anda:
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Layari Laman Facebook:
mykmu.net
The post Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/08/19/mampukah-slogan-saya-anti-buli-menoktahkan-jenayah-buli-di-sekolah/