Kerajaan Pertimbang Undang Undang Khusus Tangani Cabaran Perundangan Ai Azalina




Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sistem sedia ada perlu ditambah baik kerana undang-undang berkaitan AI melibatkan pendekatan yang berbeza termasuk beban pembuktian, ketulenan dan integriti dokumen. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji keperluan undang-undang spesifik berkaitan kecerdasan buatan (AI) berikutan wujudnya cabaran dalam perundangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sistem sedia ada perlu ditambah baik kerana undang-undang berkaitan AI melibatkan pendekatan yang berbeza termasuk beban pembuktian, ketulenan dan integriti dokumen. “Pada masa kini, apa yang anda cakap, semua dokumen berada dalam talian dan kerana ia dalam talian, anda boleh mengada-adakan sebarang kandungan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) 2025-2030 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.
Beliau berkata mahkamah perlu mempunyai keyakinan untuk menerima bukti berasaskan AI, dengan teknologi itu mampu menghasilkan visual atau audio yang menyerupai individu sebenar tetapi tidak wujud dalam realiti, dan perkara ini memerlukan perhatian serius bagi melindungi orang awam daripada penipuan atau manipulasi.
Mengulas perkembangan penggubalan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik, Azalina berkata perkara itu masih dalam proses dan tertakluk kepada persetujuan parti-parti politik.
“Kita ada tiga sesi Parlimen setahun… ia masih dalam proses,” katanya.
Mengenai isu majikan menyimpan pasport pekerja, Azalina berkata undang-undang negara melarang perbuatan itu.
“Anda perlu berlaku adil kepada pekerja anda dan pulangkan semula pasport mereka,” katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia menghormati hak asasi semua pekerja, termasuk pekerja asing dari negara-negara ASEAN dan tidak seharusnya bertindak secara kasar atau bertentangan undang-undang terhadap mereka.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Azalina berkata pelancaran NAPBHR 2025-2030 menandakan rangka kerja nasional pertama negara bagi mengintegrasikan hak asasi manusia dalam perniagaan dan tadbir urus korporat.
Beliau berkata pelan itu mencerminkan komitmen Malaysia terhadap Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGPs) ketika negara memegang peranan Pengerusi ASEAN.
“Kejayaan pelan ini memerlukan lebih daripada sekadar usaha kerajaan, ia memerlukan pemilikan bersama,” katanya.
NAPBHR memberi tumpuan kepada buruh, alam sekitar dan tadbir urus serta dibangunkan melalui sesi libat urus sejak 2019 bersama kementerian, agensi, masyarakat sivil, pemimpin industri, komuniti Orang Asli, kesatuan sekerja dan ahli akademik.
— BERNAMA



Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/12/kerajaan-pertimbang-undang-undang-khusus-tangani-cabaran-perundangan-ai-azalina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 579 hits
Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina KUALA LUMPUR 19 Ogos Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal bagi mendengar kes buli melibatkan pelaja...
Aikkk Parti Lebai Nak Join Kerajaan Perpaduan Walaun Tak Leh Blah

Aikkk Parti Lebai Nak Join Kerajaan Perpaduan Walaun Tak Leh Blah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 216 hits
Sorang lagi mungkin akan letak jawatan selepas pembentangan RMK 13 nanti Tak pela PAS pun akan join madani tak lama lagi Jadi yang lain boleh lah pack bag masing masing ye Adala jawatan nanti nak bagi kat PAS
Ingat Duit Kerajaan Mak Bapak Hang Punya Ka Kiok Akai Tak Dak

Ingat Duit Kerajaan Mak Bapak Hang Punya Ka Kiok Akai Tak Dak

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 197 hits
Mukhlis EddiePondok tak berdaftar akaun tak diaudit tapi nak duit kerajaan Hang ingat ni tabung mak pak hang ka Ini duit rakyat bukan hasil kutipan tabung Jumaat pondok hang tu Nak bantuan rasmi ikutlah saluran rasmi Daftar elok elok Tunjuk...
Rmk13 Kerajaan Sasar 98 Liputan 5g Menjelang 2030

Rmk13 Kerajaan Sasar 98 Liputan 5g Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 257 hits
Kerajaan menyasarkan jaringan 5G mencapai 98 liputan di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang tahun 2030 Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas
Keterbukaan Kerajaan Madani

Keterbukaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 223 hits
Ridwan Abu BakarKerajaan Madani hari ini amat terbuka dan memberikan kebebasan bercakap ambil contoh dalam hal dakwah dan juga program keagamaan di saluran rasmi kerajaan sama ada di bawah Fahmi Fadzil atau Dr Mohd Naim antara muka yang pal...
Rmk13 Bekalan Kerajaan Hadapi Pru Ke 16

Rmk13 Bekalan Kerajaan Hadapi Pru Ke 16

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 211 hits
MK13 bekalan kerajaan hadapi PRU ke 16Hassan Abdul KarimPada hari ini di parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026 2030 dengan tema Melakar Semula Pembangunan Dengan PRU ke 16 dijangka diadaka...
Sekitar 50km Lebuh Raya Tiada Liputan Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Llm Mcmc

Sekitar 50km Lebuh Raya Tiada Liputan Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Llm Mcmc

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 295 hits
Awal bulan ini Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa hampir 50km jajaran lebuh raya di negara ini dikenal pasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi Antara kawasan terlibat termasuk beberapa bahagian di Lebuhraya PLUS L...
Biar Pas Memerintah Kita Lihat Sejauh Mana Kebijaksanaan Para Lebai Jangan Diajak Menyertai Kerajaan

Biar Pas Memerintah Kita Lihat Sejauh Mana Kebijaksanaan Para Lebai Jangan Diajak Menyertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 295 hits
MENGAJAK PAS SERTAI KERAJAAN DAN BAYANGKAN AKAN BEROLEH JAWATAN TPM APAKAH INI BERERTI UMNO TIDAK LAGI DIYAKINI 29 July 2025Apabila seorang pemimpin PKR Dr Maszlee Malik menyarankan adalah lebih baik PAS menyertai kerajaan perpaduan pimpina...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Drama Kelas Belakang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia