Kanak Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma Kerap Menangis Mengigau


Kanak-Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma, Kerap Menangis & Mengigau
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) — Kejadian buli yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah sekolah kebangsaan, di sini memberikan kesan mendalam terhadapnya apabila mangsa kini mengalami trauma.
Ibunya Siti Suhana Misdi, 40, berkata keadaan berkenaan membuatkan anak keempatnya itu yang lazimnya berperwatakan ceria, kerap mengigau seakan-akan mengalami mimpi yang buruk.
“Apa yang boleh saya katakan, anak saya macam bermimpikan sesuatu dan apabila saya kejut daripada mengigau, dia bangun dalam keadaan terkejut dan menangis secara tiba-tiba.
“Kejadian buli yang pertama pada Februari lepas turut menyebabkan dia lebih kerap bersendirian, tahu-tahu sahaja dia menangis selain mudah berkecil hati,” kata suri rumah itu kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
Siti Suhana berkata anaknya yang mengalami masalah saluran pernafasan kronik sejak berusia lapan tahun dan telah menjalani pelbagai pembedahan selain turut menghidap hernia, mengalami pelbagai komplikasi akibat kejadian buli pada awal Ogos.
Anaknya terpaksa dirawat selama sembilan hari di sebuah hospital bermula dari 12 Ogos susulan komplikasi yang dialami termasuk sakit kepala, muntah-muntah dan air kencing kotor selain berasa seperti hendak pengsan.
Bagaimanapun, Siti Suhana berkata anaknya itu telah dibenarkan pulang dua hari lepas dan perlu mendapatkan rawatan susulan seminggu sekali, sekali gus menjelaskan anaknya yang masih cuti sakit tetap bersemangat dan teruja untuk kembali ke sekolah.
BACA JUGA: Buli: Enam Pelajar Tingkatan Lima MRSM Di Melaka Digantung, Cadang Dibuang  Dalam pada itu, Siti Suhana berkata keluarga kanak-kanak yang didakwa membuli anaknya telah tampil memohon maaf, namun dia berharap anaknya mendapat pembelaan yang seadil-adilnya mengikut lunas undang-undang sedia ada.
“Jabatan Pendidikan Negeri Johor memang beritahu akan ambil tindakan, cuma saya tidak pasti (tindakan seterusnya), siasatan telah dibuat, namun keputusan akhir (hasil siasatan dan keputusan tindakan seterusnya) belum diketahui,” katanya.
Terdahulu, Siti Suhana dan suaminya Azuan Isaidi Khairudin, 38, menerima sumbangan pelbagai barangan keperluan asas daripada Econsave Cash & Carry Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.
Baru-baru ini, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berangkat melawat kanak-kanak berkenaan dan menitahkan agar langkah-langkah penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan segera berikutan kejadian buli yang kerap berlaku belakangan ini.
Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad dipetik sebagai berkata siasatan berhubung kes buli terbabit hampir selesai dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu dibuli pada Februari dan Ogos lepas sehingga mengalami kecederaan serius.
Ibunya tampil membuat dua laporan polis masing-masing di Balai Polis Skudai pada 23 Mac dan Balai Polis Larkin pada 16 Ogos.
Sumber: BERNAMA
The post Kanak-Kanak Mangsa Buli Di Johor Trauma, Kerap Menangis & Mengigau appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/kanak-kanak-mangsa-buli-di-johor-trauma-kerap-menangis-mengigau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadhlina Mahu Siasatan Kes Buli Murid Di Johor Disegerakan

Fadhlina Mahu Siasatan Kes Buli Murid Di Johor Disegerakan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 276 hits
Fadhlina Mahu Siasatan Kes Buli Murid Di Johor Disegerakan JOHOR BAHRU 18 Ogos Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil Fadhlina berkata ...
Cadangan Tubuh Tribunal Bagi Kes Buli Kanak Kanak Akan Dibawa Ke Kabinet Pm Anwar

Cadangan Tubuh Tribunal Bagi Kes Buli Kanak Kanak Akan Dibawa Ke Kabinet Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 816 hits
Cadangan Tubuh Tribunal Bagi Kes Buli Kanak Kanak Akan Dibawa Ke Kabinet PM Anwar PUTRAJAYA 20 Ogos Cadangan untuk menubuhkan tribunal berhubung kes buli membabitkan pelajar dan kanak kanak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet kata Perdana Ment...
Tujuh Jenis Buli Senyap Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Elak Anak Jadi Mangsa

Tujuh Jenis Buli Senyap Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Elak Anak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2170 hits
Selain buli fizikal yang semakin berleluasa buli senyap juga semakin membarah dikalangan anak anak kita namun tidak disedari oleh mak ayah Buli jenis ini dilakukan melalui manipulasi emosi pengasingan sosial dan gurauan yang menyakitkan Nam...
Tak Menangis Tak Panik Kanak Kanak 3 Tahun Jalan Sendiri Ke Hospital Walau Pisau Tertusuk Kepala

Tak Menangis Tak Panik Kanak Kanak 3 Tahun Jalan Sendiri Ke Hospital Walau Pisau Tertusuk Kepala

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 519 hits
Di kala usia sekecil tiga tahun sepatutnya dunia anak kecil hanya dipenuhi dengan tawa dan belaian kasih sayang Namun siapa sangka seorang kanak kanak perempuan di Yunnan China terpaksa menanggung detik ngeri apabila sebilah pisau tertusuk ...
Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

Enam Orang Termasuk Empat Kanak Kanak Maut Api Terlalu Marak Sukar Untuk Selamatkan Mangsa

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 303 hits
KOSMOKeadaan rumah selepas dijilat api di daerah Charles negeri Maryland pada Ahad lalu Marshal Bomba Negeri MarylandANNAPOLIS MARYLAND Sekurang kurangnya enam orang termasuk empat kanak kanak maut dalam satu kebakaran besar di sebuah rumah...
Bendera Johor Dipasang Terbalik Pulak Dah

Bendera Johor Dipasang Terbalik Pulak Dah

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 251 hits
Polis siasat bendera Johor dipasang terbalik di pasar miniTogi Marzukiam hmetro com myPontian Polis membuka kertas siasatan berhubung pemasangan bendera Johor dalam keadaan terbalik di sebuah pasar mini di Pekan Nanas yang tular di media so...
Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 1935 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Anti Bully Centre sebagai platform menerima aduan dan cadangan berkaitan isu buli daripada orang ramai Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pusat itu diwujudkan bagi member...
Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 712 hits
Projek ETS3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke PUTRAJAYA 26 Ogos Perkhidmatan Tren Elektrik bagi laluan selatan ke Johor Bahru dijangka mula beroperasi Disember tahun ini kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Beliau berkata p...
Johor Bergegar Lagi Kini Dirasai Hingga Ke Pahang

Johor Bergegar Lagi Kini Dirasai Hingga Ke Pahang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 587 hits
KOSMO Lokasi gempa bumi yang dilaporkan MetMalaysia hari ini PETALING JAYA Gempa bumi lemah berukuran 3 2 skala magnitud telah dikesan berlaku di Johor pada pukul 8 59 pagi hari ini Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi tersebut b...
Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar

Pm Anwar Bersama Pengakap Semalaysia Di Johor

Wanita Maut Rempuh Kerbau Di Kuala Terengganu

Tak Sangka Dari Muda Sampai Ke Tua Tak Ada Idea Bijak Dan Bernas

Pretty Nina Minta Nuan Ngenang Baru Chord

Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Dragon Char Koay Teow Sedap Boleh Tahan

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iaman Kumpulan Saputra Dan Naqiu Juara The Chosen One Xtra Bawa Pulang Rm40 000

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Emie Sukmasari Kelate Mendonia Chord

Greenstyle A Sustainable Residential Complex By Castello Lagravinese Studio

Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says