Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar


Kenyataan Ahmad Maslan yang memaklumkan UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri dari dari menyokong Perikatan Nasional (PN) dan mengenakan syarat baharu jika mahu terus bekerjasama bukanlah ancaman tetapi satu keputusan sebulat suara dari pemimpin UMNO. 


Menurut sumber pucuk pimpinan tinggi itu berkata, dia boleh memberikan bayangan bahawa Kerajaan Muhyiddin kin berada di hujung tanduk. 


"Sejak penubuhan Kerajaan PN, UMNO satu-satunya parti dalam gabungan itu menjadi lemah dan tiada hala tuju.


"Selesai penubuhan kerajaan, UMNO yang mempunyai jumlah ahli majoriti dalam gabungan dipinggirkan dalam kabinet. Dahlah hilang jawatan PM walaupun parti paling dominan. TPM pun tak bagi. Jawatan dalam kabinet semuanya kurang penting sahaja. 


"Ini satu strategi untuk melemahkan UMNO dengan memberi nyawa kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.


"Di peringkat negeri, kami hilang kerusi MB Perak walaupun mempunyai kekuatan 25 ADUN. Terbaru, kami hilang jawatan Ketua Menteri Sabah, sedangkan kami merupakan parti paling banyak memenangi kerusi DUN berbanding BERSATU.


"Kesimpulannya, BERSATU semakin berkembang dengan kekuatan UMNO, manakala UMNO menjadi semakin terpencil," katanya. 


Dalam pada itu, sumber itu mengatakan UMNO akan mengenakan syarat baharu yang mungkin berat untuk dipersetujui oleh Muhyiddin. Ini termasuk kemungkinan meminta semua kerusi yang dimenangi oleh Ahli Parlimen UMNO yang menyertai BERSATU. 


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majib berkata, UMNO telah banyak berkorban untuk PN. 


"Kita telah banyak berkorban untuk Kerajaan PN kerana menerima apa sahaja keputusan dibuat oleh Perdana Menteri. 


"Jika dilihat dari segi jumlah kerusi, sepatutnya UMNO boleh dapat banyak kelebihan dalam kerajaan. Sepatutnya tak timbul soal UMNO tamak kuasa, gila jawatan dan sebagainya," katanya. 


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, UMNO bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ketua pembangkang itu mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat. 


Beliau berkata, tidak mustahil parti lain turut memberi sokongan kepada Anwar sekiranya mereka berpendapat Ahli Parlimen Port Dickson itu boleh memberi apa yang parti mahukan. 


"Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, Sinar Harian


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/kerajaan-abah-din-di-hujung-tanduk-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Muhyiddin Di Hujung Tanduk Kata Sumber Umno

K Jaan Muhyiddin Di Hujung Tanduk Kata Sumber Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 468 hits
B Nantha KumarPengumuman Biro Politik Umno semalam bahawa parti itu mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong gabungan Perikatan Nasional dan akan mengenakan syarat baru jika ingin terus bekerjasama bukan satu ancaman sebaliknya satu...
Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Anwar Dan Dap

Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Anwar Dan Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR UMNO konsisten dengan keputusan terdahulu tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendirian itu sudah diputuskan dala...
Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 792 hits
malaysiadateline com Siapa yang Umno lebih percaya Bos atau Muhyiddin Terbukti Umno tidak boleh percaya kepada Muhyiddin selepas diberikan peluang untuk membentuk kerajaan bersama Umno kata orang kanan Anwar Kegagalan kerajaan Tan Sri Muhyi...
Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

Perjuampaan Dengan Ku Li Adalah Strategi Mahathir Nak Bunuh Umno Anwar Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 444 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membunuh tiga pihak sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Umno Ini yang Tun Mahathir mahu lakukan Dia lain dari yang lain Dia mahu bunuh Umno Muhyi...
Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 344 hits
Ketika spekulasi mengenai perubahan kerajaan terus diperkatakan sekurang kurangnya tiga ahli parlimen Umno dan dua pemimpin parti menyatakan pendirian mereka menentang sebarang rancangan yang melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP H...
Realiti Buat Anwar Dan Umno

Realiti Buat Anwar Dan Umno

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 274 hits
Beberapa hari lepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang Di Pertuan Agong dan menyembahkan bukti beliau mempunyai sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin Be...
Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 288 hits
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan pembelot dalam Kerajaan Perikatan Nasional Dalam artikel terbaharu bertajuk Membuang Sial Langkah Sheraton yang dimuat naik di Facebooknya har...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation