Buat Apa Lagi Umno Nak Tukar Calon Perdana Menteri




 Selain berterusan menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan tarikh PRU15, UMNO juga difahami agak berbelah bagi untuk mengekalkan lagi beliau menerajui negara.
Jika UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi benar-benar mahu Ismail Sabri terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi selepas PRU15, tiada sebab sebenarnya untuk mereka menekan dan mendesak Perdana Menteri mempercepatkan pilihan raya.
Kalau masih percaya dan mahu Ismail Sabri lagi sebagai Perdana Menteri, UMNO seharusnya menyerahkan sepenuhnya kepada beliau berkenaan tarikh pembubaran Parlimen itu.
Lagi pun, kuasa membubarkan Parlimen itu milik Agong setelah mendapat nasihat Perdana Menteri dan tiada kaitan langsung dengan kedudukan seseorang sebagai ketua parti.
Menekan dan mendesak beliau untuk menyegerakan PRU15 bermakna Zahid Hamidi yang disokong kuat oleh Najib Razak dan Mohamad Hasan ada percaturan lain siapa yang mahu diletakkan sebagai calon Perdana Menteri.
Tetapi, di sebalik ditekan dan diasak itu, Ismail Sabri malam tadi mencipta sejarah dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan juga blok utama pembangkang.
Ini adalah pertama kali seorang Perdana Menteri mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri secara bersama oleh pemimpin kerajaan dan juga pembangkang.
Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan pemimpin utama PH iaitu Mohamad Sabu dan Anthony Loke turut sama hadir dalam majlis yang diadakan di Seri Perdana itu.
Rakyat dilihat begitu teruja dengan apa yang dilakukan beliau kali ini.
Sebelum ini, apabila Perdana Menteri mengadakan majlis berbuka puasa, kecenderungannya ialah mereka hanya menjemput pemimpin kerajaan dan para penyokongnya sahaja.
Ismail Sabri telah memecahkan tradisi yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini.
Dengan itu, di sebalik ditekan dan diasak dan mungkin bukan pilihan utama UMNO untuk diletakkan sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, jalan damai dan harmoni yang dipilihnya itu tentu saja boleh diberikan penghargaan serta pujian.
Jika lebih masa diberikan kepadanya, tidak mustahil makin banyak jalan damai dan harmoni mampu dirintisnya, bukan saja untuk kebaikan UMNO, malah juga untuk negara.
Lalu, buat apa lagi UMNO mahu menukar calon Perdana Menteri bagi mewakili BN dalam menghadapi PRU15 akan datang?
Apakah calon lain yang mahu ditonjolkan itu mampu melakukan lebih baik daripadanya?
Ataukah UMNO lebih suka memilih calon yang suka berbalah, bermusuh dan tiada kecenderungan merintis ke arah jalan damai sebagai calon Perdana Menterinya?
Ahli-ahli UMNO sekalian, fikir-fikirkanlah hal ini sejenak di sebalik keghairahan mengejar kuasa yang belum pasti mampu dimiliki lagi dalam pilihanraya nanti. – ShahbudinHusin 11/04/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/buat-apa-lagi-umno-nak-tukar-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

Keputusan Mt Umno Hanya Gula2 Manis Untuk Paksa Pru15 Segera Tapi Bukan Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 165 hits
Melihat kepada keputusan mesyuarat MT UMNO petang tadi tiga daripada empat ketetapan yang diputuskan sebagaimana diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan adalah semata mata bertujuan memaksa Perdana Menteri Ismail Sabri agar membub...
Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

Tidak Ada Jaminan Ismail Sabri Kekal Perdana Menteri Walau Pun Di Namakan Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Tiada jaminan untuk Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai perdana menteri meskipun Majlis Kerja Tertinggi Umno mencalonkannyauj sebagai calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahm...
Imran Khan Disingkir Sebagai Perdana Menteri Pakistan Parlimen Megara Iti Sah Di Bubarkan

Imran Khan Disingkir Sebagai Perdana Menteri Pakistan Parlimen Megara Iti Sah Di Bubarkan

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 210 hits
PAKISTAN Imran Khan disingkir daripada jawatan Perdana Menteri Pakistan selepas pembubaran Parlimen negara yang selari dengan perlembagaan mengkehendaki langkah sedemikian kata menteri kabinet negara tersebut Bagaimanapun Presiden Pakistan ...
Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 149 hits
freemalaysiatoday com April 14 2022 7 59 PMIsmail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Umno mencadangkan naib presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agung Ahmad Maslan me...
Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 199 hits
MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Mesyuarat yang dipengerusikan Presid...
Perdana Menteri Umum Bantuan Rm500 Tahun 2022 Untuk Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Umum Bantuan Rm500 Tahun 2022 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 273 hits
Berita baik untuk semua penjawat awam yang Gred 56 dan ke bawah kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada mereka yang terlibat Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan Khas Aidilfitri ini Siapa Layak Terima...
Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 211 hits
Calon PM Pada PRU15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan MKT UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan yang mencadangkan agar be...
Perdana Menteri Raikan Penjawat Awam

Perdana Menteri Raikan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri raikan penjawat awam Lebih 700 pegawai kerajaan dan penjawat awam pelbagai agensi diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana malam ini Majlis yang diadaka...
Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 160 hits
Demi memastikan anak sentiasa naik berat badannya ada ibu yang mahu menggunakan beras special untuk anak seperti beras perang beras basmathi tidak kurang juga beras Sumo yang begitu popular di kalangan mak mak Soalnya perlu ke tukar beras M...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket