Keputusan Mkt Umno Memihak Rakyat



Keputusan MKT UMNO memihak rakyat. Keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah keputusan yang memihak kepada rakyat.
Keputusan itu dibuat bersandarkan prinsip parti iaitu mengutamakan rakyat.
“Tunjang kami dalam perjuangan di dalam parti keramat ini adalah dengan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Maka perjuangan kita adalah untuk rakyat, demi rakyat dan kepada rakyat. Jika tunjang dan prinsip ini tidak lagi menjadi perjuangan parti, secara jelas, kami telah mengkhianati pejuang-pejuang yang mewariskan parti ini kepada kami.
“Atas sebab itulah, semalam MT UMNO memutuskan satu keputusan yang memihak kepada rakyat. Walaupun keputusan itu pahit dan walaupun keputusan itu mungkin dianggap tidak popular, tetapi UMNO mesti juga membuat satu keputusan mengenai hala tuju politik tanah air. Semuanya adalah untuk rakyat,” kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dalam satu kenyataan.
Mohd. Zaidy menjelaskan, partinya tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan tersebut jika benar-benar mahu terus berkuasa dan kekayaan.
“Jika mahukan kekuasaan. Mahukan kekayaan atau secara mudahnya jika mementingkan sifat materialistik, lebih baiklah Majlis Kerja Tertinggi UMNO terus memilih untuk bersama dengan kerajaan hari ini. Dapat jawatan. Ahli Parlimen dari kalangan pemimpin parti pun mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Kabinet.
“Namun, UMNO tidak melihat semua itu. UMNO melihat kepada kehendak rakyat. UMNO mendengar semua denyut nadi rakyat yang semakin hari semakin marah dengan Kerajaan. Rakyat ibarat dibisukan dan kerajaan seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata ketika seluruh rakyat sedang berhadapan dengan zaman pandemik yang serba payah ini,” katanya.
Tambahnya lagi, MKT juga membuat keputusan berdasarkan tahap ekonomi negara dan sistem kesihatan yang semakin lumpuh.
“Memahami akan kepayahan rakyat itulah, UMNO tampil untuk membuat satu keputusan. Keputusan untuk tidak lagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Biarlah UMNO berkorban hilang jawatan dalam kerajaan. Hilang jawatan di dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC).
“Asalkan protes UMNO ini dapat membangkitkan kerajaan daripada tidur yang lena dan menyedarkan mereka bahawa rakyat sedang susah. Rakyat perlukan sebuah Kerajaan yang efisien. Bukannya kerajaan yang syok sendiri dan terlalu selesa berada di atas kerusi empuk pemerintahan,” katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat dapat menerima keputusan yang dibuat oleh UMNO yang dianggapnya sebagai pengorbanan kepada rakyat.
“Mungkin bagi sesetengahnya menganggap ia sebagai satu keputusan bersifat politiking, tetapi percayalah, sejarah akan membuktikan sebaliknya. Keputusan telah dibuat. UMNO tidak akan menoleh ke belakang lagi. Mulai saat ini, UMNO akan terus melangkah bergerak ke hadapan mencari jalan untuk kembali memulihkan negara.
“Semua ini adalah kerana UMNO mewarisi sebuah perjuangan panjang untuk rakyat dan negara. UMNO bukan sekadar mewarisi jawatan penting dalam kerajaan. Jawatan dan kuasa bukanlah prinsip UMNO kerana selama-lamanya UMNO akan sentiasa mengutamakan rakyat, ini adalah hakikat,” katanya
Keputusan MKT UMNO memihak rakyat Baca Artikel Menarik :
Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat Layari Laman Facebook MYKMU
7 kegagalan PN yang tidak dapat dinafikan

 
The post Keputusan MKT UMNO memihak rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/11/keputusan-mkt-umno-memihak-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mkt Umno Langgar Keputusan Perhimpunan Umno

Keputusan Mkt Umno Langgar Keputusan Perhimpunan Umno

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 237 hits
Keputusan MKT UMNO langgar keputusan Perhimpunan UMNO Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bertentangan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Perkara itu dibangki...
Tidak Benar Presiden Umno Buat Keputusan Sendiri

Tidak Benar Presiden Umno Buat Keputusan Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 240 hits
MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama bangsa dan negara Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun Segalanya diputuskan secara ...
Pelantikan Ismail Sabri Keputusan Mkt Menjawab Segalanya

Pelantikan Ismail Sabri Keputusan Mkt Menjawab Segalanya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 258 hits
LANTIKAN jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO menjadi satu naratif perbincangan terbuka para netizen di semua medium media sosial
Mesyuarat Mt Umno Tumpu Usaha Rampas Jawatan Pm Berbanding Isu Rakyat

Mesyuarat Mt Umno Tumpu Usaha Rampas Jawatan Pm Berbanding Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 231 hits
agendadaily com8 7 2021Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung secara maya malam tadi Ketika rakyat berdepan cabaran pandemik Covid 19 dan mahu kebajikan mereka terbela UMNO nampaknya lebih berminat untuk membincangkan usaha meramp...
Keputusan Mt Umno Tak Gugat Kedudukan Pm Dan Jemaah Menteri Kata Ag

Keputusan Mt Umno Tak Gugat Kedudukan Pm Dan Jemaah Menteri Kata Ag

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 229 hits
AGENDA DAILY Pejabat Perdana Menteri Malaysia Pejabat Peguam Negara menjelaskan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional tidak mengugat k...
Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

Pelantikan Sebagai Tpm Untuk Checkmate Umno Kenapa Ismail Tak Bincang Dengan Mkt Dulu Kata Puad

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 229 hits
July 7 2021 Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional PETALING JAYA Ismail Sabri Yaakob perlu patuh kepada keputusan ahli Majlis Kerja Tert...
Urusan Berjalan Seperti Biasa Bagi Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Tidak Ikut Keputusan Parti

Urusan Berjalan Seperti Biasa Bagi Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Tidak Ikut Keputusan Parti

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 290 hits
MALAYSIA NOWSebarang keputusan parti politik itu mengenai sokongannya kepada kerajaan ketika ini tidak mempunyai kesan undang undang Kelangsungan pentadbiran Muhyiddin adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen seperti ...
Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 231 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada bila bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Putrajaya adalah pasti Katanya Umno s...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki