Keputusan Luar Biasa Spm 2020 Ketika Pdpr Tidak Begitu Teratur Menimbulkan Persoalan


KUALA LUMPUR – Keputusan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bertambah baik daripada 4.86 pada tahun 2019 kepada 4.80 pada tahun lalu menimbulkan persoalan.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, prestasi itu bermakna dalam keadaan pendidikan dalam persekitaran pandemik sejak Mac 2020, prestasi akademik murid-murid tetap meningkat.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan besar kerana semua tahu sesi persekolahan telah ditutup selama 110 hari sepanjang 2020, pelaksanaan PdPR 1.0 juga dalam keadaan yang tidak begitu teratur.
Menurutnya, ramai guru-guru dan ibu bapa mengeluh kerana sesi pembelajaran anak-anak mereka sangat terganggu tetapi keputusan SPM 2020 telah menunjukkan sebaliknya.
”Bukan sahaja GPN SPM 2020 tidak merosot seperti yang dijangkakan, malah GPN 2020 didapati bertambah baik dan lebih menarik lagi keputusan SPM 2020 menjadi yang terbaik sejak lima tahun yang lalu.
”Nampaknya walaupun waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah berkurangan dengan banyak (110 hari), guru sendiri mengakui sukar untuk melaksanakan PdPR, para ibubapa pula mengeluh anak-anak sukar belajar di rumah, data dari keputusan SPM 2020 menunjukkan keadaan sebaliknya.
Apakah faktor utama sehingga keadaan ini berlaku?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau percaya tentu sahaja ramai pakar pendidikan seluruh dunia mahu belajar dari kejayaan Malaysia.
”Tentu negara-negara lain ingin tahu bagaimana dalam keadaan bencana pandemik yang melanda negara, sesi persekolahan ditutup selama 110 hari tetapi prestasi akademik murid-murid masih terus meningkat malah prestasi yang lebih baik berbanding ketika negara dalam keadaan yang normal sebelumnya,” tambah beliau.
Persoalan kedua pula didapati GPN SPM 2020 bagi murid-murid luar bandar telah menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih tinggi berbanding GPN murid-murid bandar.
Data menunjukkan GPN pencapaian pelajar luar bandar meningkat sebanyak 0.08 bila dibandingkan antara tahun 2019 (GPN 5.14) dan 2020 (GPN 5.06), sedangkan pelajar bandar hanya meningkat sebanyak 0.02 sahaja.
Soalnya, perbezaan angka peningkatan sebanyak 0.06 adalah besar sebenarnya dalam pengiraan GPN dan ini sangat menarik.
”Maksudnya dalam keadaan persekitaran pandemik, walaupun sekolah lama ditutup dan tiada kemudahan akses Internet dan tiada pemilikan peranti pembelajaran untuk PdPR yang meluas dalam kalangan murid-murid luar bandar, mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi yang luar biasa.
”Skor peningkatan yang jauh lebih baik dari prestasi pelajar kawasan bandar. Jelas data ini membuktikan bahawa dalam persekitaran pandemik, bencana ini seolah-olah langsung tidak mempengaruhi prestasi murid-murid luar bandar sebaliknya telah pula meningkatkan lagi prestasi mereka berbanding tahun 2019,” ujar beliau.
Anuar mendakwa, data ini sangat bertentangan dengan banyak kajian pendidikan termasuk kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-​Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mengesahkan bencana pandemik telah menyebabkan pembelajaran murid-murid berada dalam keadaan sukar.
Bukan itu sahaja, malah motivasi belajar menurun dan prestasi akademik merosot.
Tetapi Malaysia menunjukkan sebaliknya malah lebih menarik, pendidikan dalam persekitaran pandemik sepanjang tahun 2020 juga telah menyebabkan jurang pencapaian akademik antara murid-murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan dari 0.44 pada 2019 kepada hanya 0.38 pada tahun 2020.
Soal beliau lagi, beberapa mata pelajaran teras didapati berlaku peningkatan prestasi dalam SPM 2020 berbanding SPM 2019 yang mana prestasi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sejarah didapati lebih baik berbanding SPM 2019.
Ini juga bermaksud dalam keadaan kekalutan pandemik, sesi sekolah ditutup begitu lama, guru-guru pula masih tidak begitu bersedia dalam PdPR 1.0 dan PdPR 2.0, keputusan empat mata pelajaran teras yang dianggapkan sukar oleh murid-murid boleh juga meningkat.
“Apakah rahsia sistem pendidikan pendidikan Malaysia? Apakah ini mengesahkan PdPR 1.0 dan 2.0 telah berjaya? Tentu ramai pakar dan pemimpin pendidikan negara lain ingin ketahui tentang cara Malaysia laksanakan PdPR.
“Tentu ini akan menjadi success story yang besar dalam dunia pendidikan global. Bagaimana KPM telah berjaya menguruskan pendidikan negara sehinggakan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sangat kritikal dan begitu sukar, prestasi murid-murid masih boleh lebih baik berbanding murid-murid sebelumnya yang belajar dalam keadaan normal,” katanya. – #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/keputusan-luar-biasa-spm-2020-ketika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Ditutup 110 Hari Tapi Keputusan Spm 2020 Luar Biasa

Sekolah Ditutup 110 Hari Tapi Keputusan Spm 2020 Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Gred Purata Nasional Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang bertambah baik daripada 4 86 pada tahun 2019 kepada 4 80 pada tahun lalu menimbulkan persoalan Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anu...
Senarai Top 10 Mrsm Terbaik Keputusan Spm 2020

Senarai Top 10 Mrsm Terbaik Keputusan Spm 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 529 hits
Tahniah kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 Anda hebat Keputusan SPM tahun 2020 telah merekodkan satu kejayaan cemerlang apabila pencapaian SPM kali ini mencatatakan Gred Purata Nasional 4 80 iaitu yang terbai...
Infografik Keputusan Spm 2020 10 Jun 2021

Infografik Keputusan Spm 2020 10 Jun 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 432 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Check Keputusan Spm 2020 Semakan Semula Cara Buat Rayuan

Check Keputusan Spm 2020 Semakan Semula Cara Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 469 hits
CHECK KEPUTUSAN SPM 2020 SEMAKAN SEMULA CARA BUAT RAYUAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut Tarikh 10 Jun 2021 Masa Mulai jam 10 00 ...
Semakan Keputusan Spm 2020 Online Dan Sms

Semakan Keputusan Spm 2020 Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 698 hits
Semakan keputusan SPM 2020 secara online dan SMS Keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 Keputusan penuh SPM boleh disemak secara online manakala ringkasan keputusan boleh disemak melalui SMS Tarikh Semakan Keputusan ...
Apa Luar Biasa Pembatalan Sidang Media Ku Li

Apa Luar Biasa Pembatalan Sidang Media Ku Li

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 134 hits
A Kadir JasinPengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah atau mesra dengan panggilan Ku Li dijadual mengadakan sidang media hari ini tetapi terpaksa dibatalkan Pegawai beliau Lokman Abdul Ghani memaklumkan kepada Malaysiakini ma...
Spm 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Spm 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 488 hits
SPM 2020 Pencapaian Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang Media keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2020 pada pagi tadi telah mengumumkan SPM 2020 pencapaian terbaik dalam tempoh 5 ...
Hartanah Boustead Menganjurkan Kempen Raya Bonanza Hingga 30 September Kerana Sambutan Luar Biasa

Hartanah Boustead Menganjurkan Kempen Raya Bonanza Hingga 30 September Kerana Sambutan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 324 hits
Kerana sambutan yang luar biasa pemaju hartanah Boustead Properties Berhad telah memperluaskan Kempen Raya Bonanza untuk mendorong keputusan untuk membeli rumah baru di satu tetapi tiga hartanahnya yang merangkumi Mutiara Hills di Semenyih ...
Slip Keputusan Spm Diberi Selepas Keadaan Mengizinkan

Slip Keputusan Spm Diberi Selepas Keadaan Mengizinkan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 184 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan kata Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghaza...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik