Sekolah Ditutup 110 Hari Tapi Keputusan Spm 2020 Luar Biasa





KUALA LUMPUR – Keputusan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bertambah baik daripada 4.86 pada tahun 2019 kepada 4.80 pada tahun lalu menimbulkan persoalan.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, prestasi itu bermakna dalam keadaan pendidikan dalam persekitaran pandemik sejak Mac 2020, prestasi akademik murid-murid tetap meningkat.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan besar kerana semua tahu sesi persekolahan telah ditutup selama 110 hari sepanjang 2020, pelaksanaan PdPR 1.0 juga dalam keadaan yang tidak begitu teratur.
Menurutnya, ramai guru-guru dan ibu bapa mengeluh kerana sesi pembelajaran anak-anak mereka sangat terganggu tetapi keputusan SPM 2020 telah menunjukkan sebaliknya.
”Bukan sahaja GPN SPM 2020 tidak merosot seperti yang dijangkakan, malah GPN 2020 didapati bertambah baik dan lebih menarik lagi keputusan SPM 2020 menjadi yang terbaik sejak lima tahun yang lalu.
”Nampaknya walaupun waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah berkurangan dengan banyak (110 hari), guru sendiri mengakui sukar untuk melaksanakan PdPR, para ibubapa pula mengeluh anak-anak sukar belajar di rumah, data dari keputusan SPM 2020 menunjukkan keadaan sebaliknya.
”Apakah faktor utama sehingga keadaan ini berlaku?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau percaya tentu sahaja ramai pakar pendidikan seluruh dunia mahu belajar dari kejayaan Malaysia.
”Tentu negara-negara lain ingin tahu bagaimana dalam keadaan bencana pandemik yang melanda negara, sesi persekolahan ditutup selama 110 hari tetapi prestasi akademik murid-murid masih terus meningkat malah prestasi yang lebih baik berbanding ketika negara dalam keadaan yang normal sebelumnya,” tambah beliau.
Persoalan kedua pula didapati GPN SPM 2020 bagi murid-murid luar bandar telah menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih tinggi berbanding GPN murid-murid bandar.
Data menunjukkan GPN pencapaian pelajar luar bandar meningkat sebanyak 0.08 bila dibandingkan antara tahun 2019 (GPN 5.14) dan 2020 (GPN 5.06), sedangkan pelajar bandar hanya meningkat sebanyak 0.02 sahaja.
Soalnya, perbezaan angka peningkatan sebanyak 0.06 adalah besar sebenarnya dalam pengiraan GPN dan ini sangat menarik.
”Maksudnya dalam keadaan persekitaran pandemik, walaupun sekolah lama ditutup dan tiada kemudahan akses Internet dan tiada pemilikan peranti pembelajaran untuk PdPR yang meluas dalam kalangan murid-murid luar bandar, mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi yang luar biasa.
”Skor peningkatan yang jauh lebih baik dari prestasi pelajar kawasan bandar. Jelas data ini membuktikan bahawa dalam persekitaran pandemik, bencana ini seolah-olah langsung tidak mempengaruhi prestasi murid-murid luar bandar sebaliknya telah pula meningkatkan lagi prestasi mereka berbanding tahun 2019,” ujar beliau.
Anuar mendakwa, data ini sangat bertentangan dengan banyak kajian pendidikan termasuk kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-​Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mengesahkan bencana pandemik telah menyebabkan pembelajaran murid-murid berada dalam keadaan sukar.
Bukan itu sahaja, malah motivasi belajar menurun dan prestasi akademik merosot.
Tetapi Malaysia menunjukkan sebaliknya malah lebih menarik, pendidikan dalam persekitaran pandemik sepanjang tahun 2020 juga telah menyebabkan jurang pencapaian akademik antara murid-murid bandar dan luar bandar semakin berkurangan dari 0.44 pada 2019 kepada hanya 0.38 pada tahun 2020.
Soal beliau lagi, beberapa mata pelajaran teras didapati berlaku peningkatan prestasi dalam SPM 2020 berbanding SPM 2019 yang mana prestasi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sejarah didapati lebih baik berbanding SPM 2019.
Ini juga bermaksud dalam keadaan kekalutan pandemik, sesi sekolah ditutup begitu lama, guru-guru pula masih tidak begitu bersedia dalam PdPR 1.0 dan PdPR 2.0, keputusan empat mata pelajaran teras yang dianggapkan sukar oleh murid-murid boleh juga meningkat.
“Apakah rahsia sistem pendidikan pendidikan Malaysia? Apakah ini mengesahkan PdPR 1.0 dan 2.0 telah berjaya? Tentu ramai pakar dan pemimpin pendidikan negara lain ingin ketahui tentang cara Malaysia laksanakan PdPR.
“Tentu ini akan menjadi success story yang besar dalam dunia pendidikan global. Bagaimana KPM telah berjaya menguruskan pendidikan negara sehinggakan walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sangat kritikal dan begitu sukar, prestasi murid-murid masih boleh lebih baik berbanding murid-murid sebelumnya yang belajar dalam keadaan normal,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/sekolah-ditutup-110-hari-tapi-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Luar Biasa Spm 2020 Ketika Pdpr Tidak Begitu Teratur Menimbulkan Persoalan

Keputusan Luar Biasa Spm 2020 Ketika Pdpr Tidak Begitu Teratur Menimbulkan Persoalan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Gred Purata Nasional Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang bertambah baik daripada 4 86 pada tahun 2019 kepada 4 80 pada tahun lalu menimbulkan persoalan Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anu...
Infografik Keputusan Spm 2020 10 Jun 2021

Infografik Keputusan Spm 2020 10 Jun 2021

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 496 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Ranking Sekolah Sbp Terbaik Spm 2020

Ranking Sekolah Sbp Terbaik Spm 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 906 hits
Ranking SBP terbaik tahun 2021 berdasarkan keputusan SPM 2020 Senarai lengkap berserta ranking semua Sekolah Berasrama Penuh berdasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2020 Lebih kecil nilai gred purata ...
Megawati Orang Indonesia Tak Bisa Disiplin Tapi Gotong Royong Luar Biasa

Megawati Orang Indonesia Tak Bisa Disiplin Tapi Gotong Royong Luar Biasa

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 205 hits
Megawati mengatakan Indonesia salah satu negara yang bisa bertahan menghadapi pandemi Covid 19 yang sudah melanda hampir satu tengah tahun Kondisi Indonesia dinilai lebih baik dibandingkan negara lain seperti India yang kasus virus coronany...
Senarai Top 10 Mrsm Terbaik Keputusan Spm 2020

Senarai Top 10 Mrsm Terbaik Keputusan Spm 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 603 hits
Tahniah kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 Anda hebat Keputusan SPM tahun 2020 telah merekodkan satu kejayaan cemerlang apabila pencapaian SPM kali ini mencatatakan Gred Purata Nasional 4 80 iaitu yang terbai...
Ranking Sekolah Mrsm Terbaik Spm 2020

Ranking Sekolah Mrsm Terbaik Spm 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 892 hits
Ranking MRSM terbaik di Malaysia tahun 2021 berdasarkan pencapaian keputusan SPM 2020 Berikut adalah senarai lengkap semua Maktab Rendah Sains Mara mengikut ranking berdasarkan indeks Gred Purata Maktab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ...
Check Keputusan Spm 2020 Semakan Semula Cara Buat Rayuan

Check Keputusan Spm 2020 Semakan Semula Cara Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 527 hits
CHECK KEPUTUSAN SPM 2020 SEMAKAN SEMULA CARA BUAT RAYUAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut Tarikh 10 Jun 2021 Masa Mulai jam 10 00 ...
Semakan Keputusan Spm 2020 Online Dan Sms

Semakan Keputusan Spm 2020 Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 766 hits
Semakan keputusan SPM 2020 secara online dan SMS Keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 Keputusan penuh SPM boleh disemak secara online manakala ringkasan keputusan boleh disemak melalui SMS Tarikh Semakan Keputusan ...
Keputusan Stam 2020 Diumumkan Pada 17 Jun Ini

Keputusan Stam 2020 Diumumkan Pada 17 Jun Ini

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 188 hits
Untuk makluman kepada semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia keputusan STAM 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 mulai 10 00 pagi bagi seluruh Malaysia BACA Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense