Keputusan Gantung Operasi Hawk Bergantung Siasatan Hishammuddin


Oleh Afiq Mohd. Shah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein GAMBAR: Jabatan Penerangan KEPUTUSAN mahu menggantung operasi semua pesawat pejuang Hawk 108 yang terlibat dalam nahas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, malam tadi bergantung kepada hasil lembaga siasatan khas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selagi pesawat berkenaan berfungsi dengan baik, ia boleh digunakan tetapi tetap bergantung kepada keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TUDM.
Menurut beliau, sebagai pengguna pesawat, TUDM boleh melaporkan keperluan berhubung penggunaan Hawk.
“(Keputusan) banyak berkisar kepada siasatan yang dibuat, sebelum ini pun pernah berlaku satu insiden berhubung kait satu pesawat dan keputusan kita ketika itu untuk menggantung semua pesawat.
“Itu bukan keputusan yang saya buat tetapi mesti datang daripada ATM dan TUDM.
“Bagi saya, penjelasan lebih rapi terserah kepada mereka yang lebih mengetahui,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kejadian yang berlaku malam semalam tidak menuntut kerajaan memikirkan pendekatan berbeza.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan tetap meneruskan perancangan untuk membeli pesawat baharu seperti yang telah diumumkannya dalam Sidang Parlimen atau menerusi dasar-dasar pertahanan.

“Saya harap apa yang telah dirancang mencukupi untuk memenuhi keperluan TUDM kerana akhirnya mereka adalah ‘pengguna akhir’.
“Sama ada mereka memerlukan pesawat baharu atau peruntukan untuk menyelenggara pesawat sedia ada mesti datang daripada kehendak mereka sendiri kerana kita bukan pakar dan penggunanya.
“Ia terletak di atas bahu TUDM sendiri untuk memastikan aset sedia ada selamat untuk menjalankan apa yang telah ditetapkan bagi memastikan negara selamat,” jelas beliau.
Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam Selasa itu, seorang juruterbang TUDM maut sementara seorang lagi cedera ketika kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang.
Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan mangsa yang meninggal dunia ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian, kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/keputusan-gantung-operasi-hawk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan Ds Hishamuddin Hussein

Hiburan Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan Ds Hishamuddin Hussein

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 196 hits
Susulan daripada insiden pejuang yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth baru baru ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi M...
Lembaga Siasatan Terperinci Siasat Nahas Pesawat Hawk Terhempas Tudm

Lembaga Siasatan Terperinci Siasat Nahas Pesawat Hawk Terhempas Tudm

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 150 hits
MALAYSIA POST TENTERA Udara Diraja Malaysia akan memastikan urusan kebajikan keluarga juruterbang yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk yang di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi diutamakan Pihak TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan p...
Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 246 hits
Hakim buat keputusan itu selepas dengar hujahan prosiding KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu wargan...
Jspt Adakan Operasi Khas Buat Pengayuh Basikal

Jspt Adakan Operasi Khas Buat Pengayuh Basikal

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM PETALING JAYA Satu operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur sempena Deepavali 2021 dengan tumpuan utama terhadap pengayuh basikal di sekitar ibu negara semalam Operasi berm...
Implan Hidung Bocor Angela Lee Menyesal Lakukan Operasi Ingatkan Publik Untuk Lebih Hati Hati

Implan Hidung Bocor Angela Lee Menyesal Lakukan Operasi Ingatkan Publik Untuk Lebih Hati Hati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 280 hits
Benar benar kapok Angela pun tak menyarankan publik untuk melakukan operasi seperti dirinya karena takut hal buruk serupa bakal terjadi
Siakap Harga Kayangan Kpdnhep Arah Pemilik Restoran Jelaskan Kos Operasi

Siakap Harga Kayangan Kpdnhep Arah Pemilik Restoran Jelaskan Kos Operasi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 268 hits
ALOR SETAR Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1 000 di Taman Geoforest Karst Kilim Langkawi diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya Ketua Pegawai Penguatkua...
Dua Juruterbang Hawk Sempat Guna Kerusi Lenting Sebelum Pesawat Jatuh

Dua Juruterbang Hawk Sempat Guna Kerusi Lenting Sebelum Pesawat Jatuh

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 258 hits
AGENDA DAILY Jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia jenis Hawk Polis Pulau Pinang mengesahkan dua juruterbang BAE Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia sempat menggunakan kerusi lenting sebelum pesawat itu terhempas malam 16 Novem...
Operasi Tangkapan Seekor Harimau Jantan Di Ladang Felda Kerteh 2 Kemaman Terengganu

Operasi Tangkapan Seekor Harimau Jantan Di Ladang Felda Kerteh 2 Kemaman Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 271 hits
OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2 KEMAMAN TERENGGANU Sebentar tadi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2 Ke...
Pesawat Hawk Gred D Dan Kedudukan Ke 57

Pesawat Hawk Gred D Dan Kedudukan Ke 57

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 152 hits
Hawk mempunyai rekod penerbangan yang baik kerana kita sudah menggunakannya selama 26 tahun KESEDIHAN dan kejutan adalah sesuatu yang lazimnya diungkapkan oleh pihak awam setiap kali mendapat berita mengenai kejadian pesawat Tentera Udara D...
Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Power Of Storytelling For Business

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik

Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Siapa Penunggang Agama Sebenar

Halim Ahmad Dengan Izinmu Chord

Pudar Gazza Merasa Sempurna Chord

A Famosa Safari Wonderland Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

El Barack Rilis Tarif Syuting Bersamanya Warganet Heran Karena Harganya Sangat Terjangkau

Rezeki Sebelum Ramadhan