Pesawat Hawk Gred D Dan Kedudukan Ke 57


Hawk mempunyai rekod penerbangan yang baik kerana kita sudah menggunakannya selama 26 tahun. KESEDIHAN dan kejutan adalah sesuatu yang lazimnya diungkapkan oleh pihak awam setiap kali mendapat berita mengenai kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghadapi kemalangan atau terhempas.
Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan pertahanan, khususnya berkaitan kemampuan TUDM, kemalangan ini sepertimana peribahasa Melayu, ‘tahu di angin turun naik’. Oleh itu apabila tersebar berita kemalangan pesawat Hawk 108, reaksi sebahagian besar mereka adalah lebih kepada keluhan dan bukan lagi kejutan.
Pesawat Hawk pertama diterima TUDM pada 1994 dan sehingga kini telah berlaku sembilan kejadian pesawat itu terhempas atau terlibat dalam insiden kemalangan.
Ramai yang berpendapat bahawa pesawat ini telah sampai ‘umur’ operasinya dan perlu digantikan. Ini adalah antara yang diperakui oleh TUDM pada 22 Jun tahun ini apabila mengumumkan tender mendapatkan 18 pesawat latihan tempur ringan atau LCA.
Namun setahun sebelumnya, pada 2019, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pesawat Hawk masih mampu beroperasi sehingga 10 tahun lagi dengan beberapa penambahbaikan terutama dalam sistem dan teknologinya.
Kenyataan ‘penambahbaikan sistem dan teknologi’ ini membawa implikasi besar dan umum perlu faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Ini bermaksud kemampuan untuk meneruskan Hawk untuk beroperasi bakal bergantung kepada peruntukan kewangan yang diberi kepada TUDM.
Sejak 2010 peruntukan pertahanan untuk Angkatan Tentera Malaysia telah menyaksikan trend penurunan secara terus menerus. Dengan keadaan ini, peruntukan TUDM tentunya juga akan merosot dan tidak dapat memenuhi jumlah yang dipinta oleh angkatan udara negara.
PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu

Contohnya antara tahun 2018 hingga 2019, kerajaan hanya mampu memenuhi 47 peratus sahaja dari kehendak logistik TUDM. Apabila ini berlaku ia meletakkan pihak TUDM dalam dilema memandangkan ia perlu membuat agihan yang sukar mengenai pesawat manakah yang perlu diberi keutamaan.
Bagi pesawat udara, proses senggaraan berkala adalah segala-galanya dan bakal menentukan prestasi pesawat apabila ia berada di udara. Apabila ini gagal dilakukan maka ia boleh menjadi satu mimpi ngeri kepada juruterbang dan kru.
TUDM kini mungkin terperangkap dalam situasi sama seperti pihak tentera udara Amerika Syarikat yang dipanggil sebagai lingkaran maut atau death spiral pada 2017. Lingkaran maut sesuatu platform akan berlaku apabila kita memiliki jumlah platform yang amat terhad. Namun kita terus menggunakannya pada tahap sama atau mungkin lebih.
Oleh kerana jumlah yang semakin sedikit, platform yang berbaki perlu melakukan kerja lebih banyak, menyebabkan platform akan lebih cepat haus atau wear out. Platform yang semakin haus tentunya tidak lagi boleh diguna pakai, oleh itu jumlah platform akan terus berkurangan!
Namun ancaman di sekeliling tidak membolehkan TUDM tidak mengoperasikan platform sama, terutamanya dengan insiden pencerobohan ruang udara negara yang semakin meningkat.
Apabila peruntukan yang diberi tidakpun mampu memenuhi 50 peratus dari keperluan logistik yang dipinta, apakah opsyen yang ada di tangan TUDM? Sekiranya senggaraan dilakukan, dari manakah peruntukan tersebut akan datang?
Apa yang lebih menggusarkan ialah bagaimana badan bebas Transparency International-Malaysia (TI-M) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa markah prestasi untuk Kementerian Pertahanan dalam pengurusan kewangan dan perolehan hanya mampu mendapat gred D atau 45 peratus dalam Indeks Integriti Kementerian Pertahanan.
Gred D ini menurut TI-M menunjukkan bahawa institusi berkaitan mempunyai tahap penolakan aktiviti berkaitan rasuah yang rendah. Apakah ini turut menyumbang kepada faktor ‘keuzuran’ pesawat Hawk?
Kita mungkin perlu belajar dari beberapa negara yang menggunakan pesawat Hawk. Pada 1992 Switzerland telah membeli pesawat Hawk Mk.66, namun pada 2006 telah menjualnya kepada Finland. Mereka telah melakukan senggaraan dan pemodenan pada pesawat sama bagi membolehkan ia diguna pakai sehingga 2019, dan kini sekali lagi pemodenan telah dilakukan dan pesawat tersebut boleh dioperasikan sehingga tahun 2030an!
Pada 2020, laporan badan bebas Transparency international (TI) mendapati Switzerland dan Finland mempunyai skor indeks persepsi rasuah 85 dari 100 dan keduanya mendapat tempat ketiga negara paling bersih dari rasuah. Malaysia hanya mendapat markah 51 dari 100 dan menduduki tangga ke 57. Mungkin di sinilah kuncinya.
* Muhammad Fuad Mat Noor merupakan penganalisis pertahanan dan geostrategik
Pesawat Hawk, gred D dan kedudukan ke-57
Baca Artikel Menarik:
Gambar intim Baby Shima tular Fenomena ‘Mana Mana Rancak, Berdosa!’ Jadi Trend [VIDEO] Benjolan di hadapan baju, Riena Diana tampil menjawab Punca ibu tunggal pilih Caprice Peguam mengamuk campak duit depan balai polis Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA [Siri 1] Ginie Lim sekolahkan Azmin Muhyiddin tiada faktor ‘wow’ Pesara bingung simpanan tetap dalam bank lesap Muhyiddin hanya ulang cerita basi – Tok Mat PRN Melaka: BN yakin menang 18 kerusi – Tok Mat Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat TUDM terhempas: Saksi dengar dentuman kuat

The post Pesawat Hawk, gred D dan kedudukan ke-57 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/18/pesawat-hawk-gred-d-dan-kedudukan-ke-57/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Seorang Terbunuh Pesawat Hawk 108 Tudm Terhempas

Kemaskini Seorang Terbunuh Pesawat Hawk 108 Tudm Terhempas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 157 hits
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID Seorang terbunuh selepas pesawat Hawk 108 yang dikhuatiri terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini sebentar tadi SEBERANG PERAI Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Ha...
Pesawat Hawk Terhempas Saksi Dakwa Dengar Letupan Kuat Sebelum Lihat Api Marak

Pesawat Hawk Terhempas Saksi Dakwa Dengar Letupan Kuat Sebelum Lihat Api Marak

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 197 hits
Saksi kejadian melibatkan pesawat Hawk yang terhempas mendakwa mendengar dua letupan kuat sebelum melihat api marak di atas landasan di Pangkalan Udara berkenaan Seorang peniaga kedai makan di Kampung Benggali Sungai Puyu dekat sini Mastura...
Tudm Kenal Pasti Identiti 2 Juruterbang Pesawat Hawk

Tudm Kenal Pasti Identiti 2 Juruterbang Pesawat Hawk

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 180 hits
Kedua dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut menurut Markas Tentera Udara PETALING JAYA Identiti dua juruterbang yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108
Pesawat Hawk Tudm Terhempas Di Butterworth Seorang Maut

Pesawat Hawk Tudm Terhempas Di Butterworth Seorang Maut

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 328 hits
Pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia dilaporkan terhempas di Butterworth malam ini Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM insiden berlaku jam lebih kurang jam 10 07 malam di kawasan landasan Pa...
Hiburan Seorang Maut Dan Seorang Cedera Pesawat Hawk Milik Tudm Terhempas

Hiburan Seorang Maut Dan Seorang Cedera Pesawat Hawk Milik Tudm Terhempas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 192 hits
Sebuah pesawat pejuang Hawk dimiliki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia telah terhempas ketika mendarat di kawasan landasan Pangkalan Udara TUDM Butterworth pada malam tadi Dalam pada kenyataan TUDM kemalangan berlaku pada jam 10 07 malam s...
Keadaan Sebuah Pesawat Pejuang Hawk 108 Milik Tentera Udara Diraja Malaysia Yang Terhempas

Keadaan Sebuah Pesawat Pejuang Hawk 108 Milik Tentera Udara Diraja Malaysia Yang Terhempas

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 387 hits
Keadaan sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang malam tadi Dalam kejadian tersebut seorang juruterbang TUDM Kapt Mohamad Affendi Bustamy...
Hiburan Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan Ds Hishamuddin Hussein

Hiburan Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan Ds Hishamuddin Hussein

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 189 hits
Susulan daripada insiden pejuang yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth baru baru ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan bahawa pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi M...
Dua Juruterbang Hawk Sempat Guna Kerusi Lenting Sebelum Pesawat Jatuh

Dua Juruterbang Hawk Sempat Guna Kerusi Lenting Sebelum Pesawat Jatuh

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 243 hits
AGENDA DAILY Jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia jenis Hawk Polis Pulau Pinang mengesahkan dua juruterbang BAE Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia sempat menggunakan kerusi lenting sebelum pesawat itu terhempas malam 16 Novem...
Lembaga Siasatan Terperinci Siasat Nahas Pesawat Hawk Terhempas Tudm

Lembaga Siasatan Terperinci Siasat Nahas Pesawat Hawk Terhempas Tudm

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 145 hits
MALAYSIA POST TENTERA Udara Diraja Malaysia akan memastikan urusan kebajikan keluarga juruterbang yang terbabit dalam nahas pesawat Hawk yang di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi diutamakan Pihak TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023