Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Gantung Keputusan Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara


azrulhakimie

Hakim buat keputusan itu selepas dengar hujahan prosiding KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing, berhak mendapat hak melalui pelaksanaan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak dalam prosiding itu secara dalam talian.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar apabila dihubungi berkata hakim mendapati ibu-ibu yang merupakan plaintif, telah menunggu lama dan mengalami kesukaran dan mereka tidak boleh menunggu sehingga proses rayuan berakhir kerana ia akan menjejaskan plaintif dan menyebabkan mereka terus mengalami kesukaran.
“Hakim Akhtar dalam keputusannya memutuskan bahawa pendirian defendan adalah bercanggah. Di satu pihak, mereka berkata pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan ibu hak itu harus terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja. Ini mengandaikan pindaan itu perlu.
“Bagaimanapun, tidak timbul soal pindaan kerana mahkamah telah memutuskan bahawa ibu mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, jika pindaan itu diteruskan, tidak timbul soal menarik balik sebarang dokumen yang dikeluarkan kepada ibu seperti yang diarahkan oleh mahkamah,” kata Gurdial.
Defendan adalah kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurut Gurdial, hakim itu juga mengatakan jika defendan berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka tidak boleh meletakkan sebarang halangan untuk ibu-ibu berkenaan.
Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan kerajaan membayar kos RM5,000.
Gurdial mewakili plaintif iaitu Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili kesemua defendan.
Pada 9 Sept, Hakim Akhtar dalam keputusan membenarkan saman plaintif bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak melalui peraturan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia.
Berikutan itu, kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dan turut memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan itu.
Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/mahkamah-tolak-permohonan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbelit Betul Ya Undi 18 Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Anak Muda Boleh Mengundi

Berbelit Betul Ya Undi 18 Tunggu Keputusan Mahkamah Sebelum Anak Muda Boleh Mengundi

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 252 hits
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional 2 0 yang menunggu sehingga Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Undi 18 perlu dilaksanakan pada hujung 2021 sebelum kerajaan berusaha untuk melaksanakannya amat mendukacitakan Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik A...
Anak Tolak Nasi Buatkan Jejari Nasi Bersama Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Anak Tolak Nasi Buatkan Jejari Nasi Bersama Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 544 hits
Bila anak tolak nasi berhari hari sanggup tak makan nasi memang buntu mama dibuatnya kan Tapi mama tak boleh give up mama kena lebih kreatif supaya anak anak dapat khasiat yang secukupnya Antara resipi yang mama boleh olah menggunakan nasi ...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 332 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Keputusan Rayuan Saman Kes Liwat Ii Anwar Kepada Kerajaan Di Ketahui 23 Februari 2022

Keputusan Rayuan Saman Kes Liwat Ii Anwar Kepada Kerajaan Di Ketahui 23 Februari 2022

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui pada 23 Februari tahun depan sama ada Mahkamah Rayuan akan mengembalikan semula tuntutannya berhubung kes liwat dua atau tidak Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh...
Ed Sheeran Perfect Cover By Shila Amzah Mendapat Pujian Dari Pendengar Luar Negara

Ed Sheeran Perfect Cover By Shila Amzah Mendapat Pujian Dari Pendengar Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKali ini post admin berkisahkan tentang lagu bertajuk Perfect nyanyian Ed Sheeran yang tengah popular di seluruh dunia Pelbagai cover version lagu Perfect ini telah dinyanyikan oleh artis Youtube termasukl...
Kerajaan Tolak Debat Calon Km Melaka Disiarkan Di Rtm

Kerajaan Tolak Debat Calon Km Melaka Disiarkan Di Rtm

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 241 hits
MALAYSIA POST FAKTOR hanya Pilihan Raya Negeri merupakan alasan debat antara calon Ketua Menteri Melaka ditolak untuk disiarkan menerusi platform media rasmi kerajaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ianya tidak...
Polisi Tolak Permohonan Penangguhan Penahanan Tersangka Kasus Diklatsar Uns

Polisi Tolak Permohonan Penangguhan Penahanan Tersangka Kasus Diklatsar Uns

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 361 hits
Penangguhan penahanan belum kita kabulkan karena terkait dengan kepentingan penyidikan ujar Ade Safri
Pas Sudah Lama Masuk Ipt Dalam Dan Luar Negara

Pas Sudah Lama Masuk Ipt Dalam Dan Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 296 hits
Kalau UMNO baru nak masuk IPTA PAS pula sudah lama bertapak di IPT baik di dalam negara mahu pun di luar negara Mereka ini selalu bertopengkan perkumpulan yang menyebarkan Islam untuk menarik pelajar tahun ketiga yang selalunya ingin kembal...
Persediaan Ke Luar Negara

Persediaan Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 189 hits
Gambar di atas hasil daripada program yang saya hadiri sebelum ini Tajuk dia Travelling Persediaan ke luar negara Sesuai dengan jiwa kami satu kumpulan haha Apa yang paling penting sebelum canang diri nak ke luar negara kat mak cik rumah se...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Plan For Your Retirement Wisely

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi