Keputusan Dnaa Riza Dibuat Lepas Dapat Taklimat Dpp Kata Ag



Peguam Negara, Idrus Harun, berkata beliau memberi persetujuan untuk menerima tawaran anak Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz, selepas mendapat taklimat daripada timbalan pendakwa raya (DPP) yang mengendalikan kes berkenaan.

Menjelaskan isu itu dalam satu kenyataan pagi ini, Idrus berkata, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, peguam negara terdahulu, Tommy Thomas, bersetuju secara prinsip untuk menerima representasi daripada Riza.

"Perkara ini telah dibentangkan kepada saya setelah saya dimaklumkan tentang pendirian terdahulu Tan Sri Thomas.

"Setelah ditaklimatkan oleh timbalan-timbalan pendakwa raya yang mengendalikan perkara ini, saya bersependapat dengan pandangan mantan peguam negara sebagaimana yang telah ditaklimatkan kepada saya, dan telah bersetuju untuk menerima tawaran Riza tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap semua terma dan syarat," katanya.

Menurut Idrus lagi semenjak pertuduhan difailkan di mahkamah, Riza mengemukakan beberapa representasi ke Jabatan Peguam Negara melalui peguam cara penerbit filem itu, Tetuan Scivetti & Associates.

Menjelaskan hal itu beliau menyenaraikan kronologi perkembangan kes berkenaan.

Katanya pada 18 Nov 2019, peguam cara Riza menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk memohon agar semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikaji semula.

Surat representasi itu - antara lain - mencadangkan agar Riza menyerahkan haknya ke atas tiga hartanah yang disita oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada kerajaan Malaysia.

Sedia beri pertimbangan

Hartanah tersebut adalah, seunit banglo di Beverly Hills, California; seunit pangsapuri di New York; dan seunit rumah bandar di London, United Kingdom.

Riza juga bersetuju agar wang yang dirampas daripadanya - dan menjadi hal perkara dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

Selain itu Riza sedia membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Saya telah dinasihatkan bahawa Thomas - setelah meneliti surat representasi itu melalui satu minit bertarikh 19 Nov 2019 - memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.

"Saya selanjutnya dinasihatkan bahawa Gopal - setelah berbincang dengan ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya - mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

"Saya juga dinasihatkan bahawa Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya.

Tommy Thomas

Isu berkenaan timbul selepas SPRM pada 14 Mei lalu mendakwa keputusan untuk memohon agar Riza dilepas tanpa dibebaskan mendapat persetujuan Thomas.

Thomas kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai suatu pembohongan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, kemudian dipetik sebagai berkata, beliau mempertahankan kenyataan berkenaan.

Riza adalalah anak tiri Najib Razak yang berdepan dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) membabitkan dana 1MDB.

Hasil persetujuan yang dicapai itu, kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta).

Ringankan beban bayar hutang 1MDB

Riza merupakan pengerusi syarikat Red Granite Pictures yang menghasilkan filem The Wolf of Wall Street dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Martin Scorsese, serta dibintangi ramai pelakon kelas A Hollywood.

Menurut Idrus pada 16 April lalu SPRM membalas surat peguam cara Riza yang secara asasnya menyatakan bahawa pendakwa raya bersedia untuk memohon perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan Riza.



Katanya ia tertakluk kepada langkah yang diambil Riza untuk memastikan semua wang dan harta yang disita dikembalikan kepada kerajaan Malaysia dan seterusnya membayar kompaun.

Pada 21 April pula katanya SPRM menulis kepada peguam cara Riza untuk mengarahkan tertuduh turut melepaskan hak, hak milik dan kepentingannya ke atas satu lagi aset, Metropolis Poster yang merupakan sekeping poster tiga helai berwarna litograf berbingkai ciptaan seorang pelukis Jerman bernama Heinz Schulz-Neudamm.

Poster berkenaan dihasilkan untuk filem senyap bertajuk Metropolis yang telah diterbitkan pada 1927.

Pada 13 Mei lalu, kata Idrus SPRM sekali lagi menulis kepada peguam cara Riza bagi mengarahkannya memindahkan sejumlah AS$14,087,072.76 - yang berada dalam satu akaun escrow di Huntington National Bank di AS - kepada Kerajaan Malaysia.

"Dengan perkiraan ini, kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali kira-kira AS$108 juta (tertakluk kepada harga jualan sebenar aset-aset dan penolakan apa-apa kos) untuk dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.

"Ini adalah tambahan kepada AS$57,036,688.68 yang telah dilucut hak pada April 2019 daripada Red Granite iaitu syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza yang dananya dapat dikesan berkaitan dengan 1MDB," katanya.

Menurut Idrus, perkiraan yang diambil itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan mendapatkan kembali aset-aset berkaitan 1MDB.

"Saya telah dimaklumkan bahawa rundingan dengan beberapa pihak pada tahun-tahun lalu - terutama berkaitan dengan aset yang berada di luar negara - dengan jayanya mendapatkan kembali serta pemulangan wang-wang yang akan meringankan beban kerajaan membayar hutang 1MDB.

"Rundingan tersebut adalah amat rumit, memerlukan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di luar negara, dan masih berterusan," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/keputusan-dnaa-riza-dibuat-lepas-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Lepas Riza Aziz Dengan Syarat Pulangkan Jutaan Ringgit

Mahkamah Lepas Riza Aziz Dengan Syarat Pulangkan Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 329 hits
Keputusan mahkamah hari ini melepas tanpa membebaskan penerbit filem Hollywood Riza Aziz bergantung kepada pematuhannya terhadap persetujuan yang dicapai bersama pendakwaan untuk memulangkan jutaan ringgit wang kerajaan yang didakwa berkait...
Malaysia Bakal Terima Rm465j Hasil Persetujuan Lepas Tanpa Bebas Riza

Malaysia Bakal Terima Rm465j Hasil Persetujuan Lepas Tanpa Bebas Riza

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 373 hits
Malaysia bakal terima RM465j hasil persetujuan lepas tanpa bebas RizaKerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS 107 3 juta hasil persetujuan dicapai di antara pihak pendakwaan dan Riza Shahriz Aziz berh...
Jangan Ingat Selamat Lepas Balik Kampung Kata Timbalan Igp

Jangan Ingat Selamat Lepas Balik Kampung Kata Timbalan Igp

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 308 hits
Orang ramai yang ghairah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dan berjaya melepasi sekatan jalan raya rentas negeri dengan menggunakan pelbagai helah tidak akan terlepas daripada tindakan undang undang Memberi amaran itu Timbalan Ke...
Ada Kata Ph Jatuh 66 Hari Lepas Sumpah Laknat Saya Najib

Ada Kata Ph Jatuh 66 Hari Lepas Sumpah Laknat Saya Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 440 hits
MALAYSIAKINIBekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak Allah SWT telah menunjukkan kebenaran susulan sumpah laknat yang dibuatnya apabila runtuhnya kerajaan PH yang didakwa menganiayai dirinya MP Pekan dipetik portal Malaysia Gazette b...
66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 372 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menafikan ada orang yang mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah laknat pada 20 Disember tahun lepas dengan tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari tahu...
Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 508 hits
Kredit Haniff Khatri Pada sebelah pagi hari ini 14 05 2020 telah terular berita berkaitan PERINTAH PELEPASAN yang dianugerahkan oleh MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR kepada RIZA SHAHRIZ AZIZ daripada pertuduhan Jenayah AMLA berkaitan pertuduhan...
Jangan Hipokrit Takiyuddin Beritahu Dr M Selepas Mahkamah Lepas Riza Aziz

Jangan Hipokrit Takiyuddin Beritahu Dr M Selepas Mahkamah Lepas Riza Aziz

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 272 hits
May 16 2020 10 50 AMMenteri di Jabatan Perdana Menteri Takyuddin Hassan berkata kerajaan berharap Dr Mahathir Mohamad tidak terus mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau keliru PETALING JAYA Kerajaan menasihatkan bekas perdana menteri ...
Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 310 hits
Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju seca...
Ppbm Masih Sebahagian Ph Kata Dr M

Ppbm Masih Sebahagian Ph Kata Dr M

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 233 hits
Dr Mahathir Mohamad menegaskan PPBM masih sebahagian Pakatan Harapan bertentang dengan apa yang diumumkan Presiden Muhyiddin Yasssin sebelum ini Katanya majlis pimpinan tertinggi parti itu tidak pernah membuat keputusan keluar Pakatan Harap...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

My Experience With Fue Hair Transplant At Peters Radiant Clinic In Malaysia


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941