Kepentingan Merancang Pewarisan Harta Wanita Perlu Tahu Apa


Kesedaran wanita dalam membuat perancangan pewarisan harta masih lagi rendah. Meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentingan untuk melindungi waris-waris yang ditinggalkan. Sehinggalah berlaku kematian dalam keluarga, yang menyebabkan mereka hilang tempat bergantung dan pada masa yang sama tidak bekerja tetapi mempunyai tanggungan. Pada ketika itu wanita akan mula sedar mengenai kepentingan perancangan pewarisan yang sepatutnya dilakukan dan mencari jalan penyelesaian berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan. Kepentingan Merancang Pewarisan Harta; Wanita Perlu Tahu Apa? Biarpun wanita disifatkan seorang yang bijak dan teliti mengatur perancangan masa hadapan dan kewangan berbanding orang lelaki, tetapi tidak ramai yang mengambil berat terhadap perancangan pewarisan. Malahan, terdapat segelintir wanita yang bujang dan berkerjaya langsung tidak pernah terfikir ke mana harta yang dikumpul semasa hayat mereka akan diagihkan apabila meninggal dunia. Sedangkan perancangan pewarisan adalah pelengkap kepada perancangan kewangan yang patut dilakukan semasa hayat. Mulai hari ini, utamakan perancangan masa hadapan, jika ada lebihan barulah digunakan untuk membeli barangan kehendak seperti beg tangan dan lain-lain. JANGAN kita sebagai wanita salah dalam percaturan kewangan sendiri sehingga menyekat kebebasan kewangan. Baca : Kunci Rumah Pertama Kepentingan Perancangan Pewarisan Harta : Peringatkan suami dan pasangan Jika seseorang wanita itu telah berkahwin, kita sewajarnya sentiasa memainkan peranan mengingatkan suami secara kerap supaya melaksanakan perancangan pewarisan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan harta yang ditinggalkan. Jika suami belum membuat perancangan harta secara wasiat atau hibah, bincang dan beritahu suami untuk melakukannya selagi masih diberikan kesihatan yang baik dan kudrat untuk bergerak ke mana-mana. Tidak kiralah  sebagai seorang isteri yang berkerjaya ataupun suri rumah sepenuh masa sahaja, wanita perlu memainkan peranan mengingatkan suami untuk melaksanakan perancangan pewarisan demi kelangsungan hidup bersama anak apabila suami meninggal dunia kelak. Begitu juga jika wanita tersebut seorang yang hidup bersendirian sama ada ibu tunggal atau belum berkahwin, mereka juga tidak terkecuali membuat perancangan pewarisan supaya harta yang dimiliki dapat dibahagikan dalam bentuk jariah dan selebihnya dibahagikan kepada waris-waris yang berhak. Kepentingan merancang pewarisan harta adalah untuk kebaikkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Tanpa persiapan yang betul ke atas perancangan pewarisan tidak ada jaminan harta yang dikumpul semasa hidup bakal diwarisi dengan mudah, terutama jika seseorang mempunyai anak angkat dan anak tiri yang sememangnya kita berhasrat supaya mereka menikmati manfaat daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Simpan dan rekod maklumat harta : Dalam membuat perancangan pewarisan, perkara pokok yang perlu diketahui oleh wanita adalah dengan memastikan anda dan suami menyimpan semua geran atau perjanjian yang ada. Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik. Anda juga perlu menyimpan ‘cover note’ atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih. Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah. Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi. Jika ada nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan. Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada. Kepentingan Merancang Pewarisan Harta : Selain maklumat berkenaan harta, anda jangan lupa untuk mengenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baik. Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan. Selepas mengenalpasti semua harta dan hutang, anda perlu menyenaraikan semua waris yang ada. Waris-waris yang perlu disenaraikan adalah anak-anak, isteri, ibu dan bapa. Jika sebelum ini pernah berkahwin lain, mempunyai anak dan bercerai, perlulah dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebut. Waris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicari, walaupun mereka tinggal berjauhan, mereka masih mempunyai hak ke atas harta pusaka yang akan ditinggalkan. Dapatkan dan simpan salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia). Jika ada perkahwinan yang belum didaftarkan, daftarkan segera supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nanti. Begitu juga dengan anak-anak yang tidak didaftarkan, pastikan semuanya berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. Setiap waris adalah berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. Kenali instrument perancangan pewarisan harta Langkah yang paling penting ialah bagaimana anda sebagai wanita menasihati suami atau melakukan untuk diri sendiri melaksana instrumen-instrumen perancangan pewarisan harta. Antara instrumen-intrumen yang boleh digunakan adalah: Wasi / Penama / Pentadbir – Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti. Hibah – Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.   Wasiat – Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti. Amanah – Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda.   Wakaf – Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan. Faraid – Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada. APA YANG PERLU DIBUAT? ; Dapatkan khidmat dan nasihat profesional Selepas membuat draf pewarisan harta dan memilih instrumen-instrumen yang sesuai, draf tadi perlulah didokumenkan supaya menjadi satu dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan yang sah. Untuk menghasilkan dokumen yang sah memerlukan kepada bantuan daripada mereka yang arif dalam bidang pewarisan dan undang-undang. Sediakan peruntukan kewangan Apabila memerlukan khidmat profesional untuk menyediakan dokumen-dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan, sudah semestinya memerlukan kos. Oleh itu, sediakanlah peruntukan kewangan secukupnya. Walaupun kos terpaksa dikeluarkan, ketahuilah bahawa kos yang dikeluarkan ini mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan kos mengurus harta pusaka yang terpaksa waris-waris keluarkan jika tiada perancangan awal dibuat. BACA JUGA : Kenapa Perlu Hibahkan Harta dan Tunai? Maklumkan perancangan pembahagian kepada waris atau orang yang boleh dipercayai. Langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. Perancangan yang bijak yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat membantu waris-waris seterusnya mereka boleh menikmati harta pusaka dengan penuh kesyukuran dan mengekalkan hubungan erat silaturrahim dalam keluarga. Maklumat lanjut : Pemilik harta boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka. Hubungi MAIS di talian 03-55143773 atau 3772 atau layari www.mais.gov.my.
The post Kepentingan Merancang Pewarisan Harta; Wanita Perlu Tahu Apa? appeared first on Ummi Nani.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://umminani.com/2020/03/kepentingan-perancangan-pewarisan-harta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 310 hits
Assalamualaikum w b t Pewarisan Harta atau Wasiat Kesedaran tentang kepentingan merancang pewarisan harta ini masih rendah terutamanya bagi kaum wanita Meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentingan untuk melindungi waris waris yang diti...
Wanita Perlu Tahu Ilmu Perancangan Pewarisan Harta

Wanita Perlu Tahu Ilmu Perancangan Pewarisan Harta

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum Kali ni YF nak berkongsi sedikit info berkenaan pewarisan harta Bukan nak tamak haloba nak merampas harta juta juta macam dalam drama petang petang tu ya Ahaa Bukan bukan Ilmu Perancangan Pewarisan Harta ni wanita perlu ambi...
Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 271 hits
ADAKAH ANDA TAHU WAKTU SUBUR PASANGAN ANDA 1 Untuk memudahkan mendapat zuriat 2 Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat Kedua duanya adalah sama penting Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal JOM KITA FAHAMI ...
Rahsia Sejati Kaum Wanita Dengan Procare Rahsia Puteri

Rahsia Sejati Kaum Wanita Dengan Procare Rahsia Puteri

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 466 hits
Oo o ingatkan bila sudah mai on time dapatlah jumpa doktor pun on time jugalah mengikut temujanji Sekali hahaha ambil ko dah dekat sejam menunggu saje Tapi takpe Sementara menunggu no giliran ni dipanggil Ciktie nak bagitau satu rahsia pent...
Kakek 103 Tahun Nikahi Wanita Umur 40 Di Sulawesi Selatan

Kakek 103 Tahun Nikahi Wanita Umur 40 Di Sulawesi Selatan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 232 hits
Muhammad mengenakan jas dan sarungan Dia duduk di kursi berdampingan dengan Indo Alang Indo tampak cantik dengan gaun pengantin putih Warga datang menyalami Keduanya baru saja menikah Rabu 26 Februari kemarin Muhammad umurnya 103 tahun Indo...
Jom Rai Hari Wanita Sedunia Di Rumah Panjang Sarawak

Jom Rai Hari Wanita Sedunia Di Rumah Panjang Sarawak

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 414 hits
PAS Sarawak rai Hari Wanita di rumah panjangBINTULU Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan ziarah ke Rumah Panjang sempena meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia di sini kelmarin dahulu Acara khusus ini diada...
Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya

Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 669 hits
Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya Jika wanita pandai bawa kereta adalah satu kemudahan baginya Mudah nak menguruskan diri sendiri anak anak dan juga mengurus kerjayanya Wanita yang memandu kereta sendiri mungkin sebab dah selalu sangat...
Mabuk Di Hotel Motor Handphone Wanita Di Samarinda Digasak Teman Kencan

Mabuk Di Hotel Motor Handphone Wanita Di Samarinda Digasak Teman Kencan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 215 hits
An pun mabuk dan tidak sadarkan diri hingga akhirnya tertidur di ranjang kamar hotel Saat terbangun dari tidur sekitar pukul 04 00 WITA An sadar teman kencannya tidak ada di kamar
Baunya Seperti Wanita Yang Full Of Confidence Yaya Zahir

Baunya Seperti Wanita Yang Full Of Confidence Yaya Zahir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 209 hits
EH dan Chanel mengajak bintang media sosial dan hos TV Yaya Zahir mengambil angin di sekitar kesibukan Bukit Bintang bulan lalu dan kami rakamkan aksinya melangkah penuh yakin sambil mengamati kembara cahaya lewat petang itu bawa ke malam L...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids