Kepentingan Hafalan Dalam Menuntut Ilmu



Soalan:
Bolehkah berikan nasihat kepada sekalian penuntut ilmu, tentang cara dan tips untuk menguatkan hafalan dan ingatan.

Jawapan:
Sifat pelupa merupakan antara sifat tabi’e seorang manusia. Seorang penyair pernah bermadah:

وما سُمي الإنسان إلا لنسيه ولا القلب إلا أنه يتقلب
“Tidaklah dinamakan insan melainkan kerana sifat pelupanya (nisyan);
Dan tidaklah dinamakan hati (qalb) melainkan kerana ia berbolak-balik.”

Imam Syafi’e juga pernah mengadu kepada guru beliau, Waki’ akan lemahnya hafalan beliau, dan ia dirakamkan dalam syair beliau:

شكوت إلى وكيع سوء حفظي فأرشدني إلى ترك المعاصي
وقــال إن علم الله نــورٌ ونور الله لا يعطى لعاصي
“Aku mengadu kepada Waki’ akan lemahnya ingatanku;
Maka dia menyuruhku agar meninggalkan maksiat;
Beliau juga berkata sesungguhnya ilmu Allah itu cahaya;
Dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan kepada seorang pelaku maksiat.”

Maka difahami daripada nasihat Waki’ ini bahawa sesungguhnya maksiat itu melemahkan ingatan dan merupakan penghalang daripada meresapnya ilmu ke dalam dada manusia.

Allah SWT juga memberikan pesan agar manusia berzikir nama-Nya apabila mereka terlupa melalui firman-Nya:

وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
“Dan ingatilah Tuhanmu tatkala kamu terlupa.” [Surah al-Kahfi (24)]

Menghafal Ilmu

Para ulama amat mementingkan hafazan ilmu, selain daripada memahami dan menghafalnya. Muhammad bin Yasir pernah bermadah:

إذا لم تكن حافظا واعيا - فجمعك للكتب لا ينفع
“Jika kamu tidak mempunyai sifat menjaga dan menghafal ilmu, maka kitab-kitab yang yang kumpul tidak akan memberi manfaat walau sedikitpun.” (Rujuk Al-Jami’ fi Bayan al-Ilm wa Fadhlihi oleh Imam Ibn Abd al-Barr, 1/139)

Yunus bin Habib pernah mendengar seorang yang berkata:

وبئس مستودع العلم قراطيس
“Seburuk-buruk orang yang meninggalkan ilmu, ialah yang meninggalkannya pada lembaran-lembaran kertas (yakni tidak dihafal).”




Kerana itulah ada ulama yang menyatakan bahawa ilmu itu adalah apa yang dihafaz, dan hafazan tidak dapat dicapai melainkan dengan usaha keras, banyaknya ulangkaji dan perbincangan yang intensif. Perbincangan dan muzakarah merupakan nyawa bagi ilmu, dan tanpa ulangkaji, tiadalah hafalan. Benarlah kata-kata seorang hukama’:

وَلَيْسَ عِلْمًا مَا وَعَى الْقِمَطْرُ مَا الْعِلْمُ إِلا مَا وَعَاهُ الصَّدْرُ
“Ilmu itu bukanlah apa yang terbuku di dalam kitab, namun ilmu itu adalah apa yang terpelihara di dada dan ingatan.” (Rujuk Al-Hassu ‘ala Tolab al-‘Ilm wa al-Ijtihad fi Jam’ihi, hal. 1/67)

Diriwayatkan pula bahawa Abd al-Razzaq berkata: “Setiap ilmu yang tidak dibawa oleh pemiliknya ke dalam tandas (dengan erti kata tidak dihafal dan diingati), maka ia tidak dikira sebagai ilmu.” (Rujuk al-Dalil ila al-Mutun al-‘Ilmiyyah oleh Abd al-Aziz ibn Qasim, 1/53)

Kesimpulan

Ibn Abbas R.Anhuma pernah berkata:

الْعِلْمُ أَكْثَرُ مِنْ أَنْ يُحْصَى فَخُذُوا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ أَحْسَنَهُ
“Ilmu itu amat banyak daripada yang termampu untuk dihitung, maka ambillah setiap sesuatu itu yang terbaik.”

Kemampuan akal manusia adalah terbatas, dan kapasiti memori manusia juga mempunyai hadnya. Sifat pelupa merupakan satu kelemahan yang amat sinonim dalam diri manusia. Firman Allah SWT:

وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا
“Dan sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan fitrah sifat pelupa.” [Surah al-Nisaa’ (28)]

Maka dengan demikian, para pelajar hendaklah bijak dalam menapis dan menyaring segala maklumat yang diperoleh, dan memilih ilmu-ilmu yang benar-benar bermanfaat sahaja untuk dihafal, seterusnya disampaikan kepada orang ramai.

Kami mengambil kesempatan disini untuk menasihatkan kepada pelajar agar membudayakan hafazan dan mempelajari teknik hafalan yang berkesan serta mudah untuk dipraktikkan. Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/kepentingan-hafalan-dalam-menuntut-ilmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 461 hits
Oleh ADAB MENUNTUT ILMU YANG KIAN HILANG Aku tidak mahu mengulas panjang Cukuplah kalian baca sendiri luahan para guru seluruh Malaysia tentang kebiadaban pelajar zaman sekarang Adab menuntut ilmu kian terhakis Guru guru tidak lagi dihormat...
Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 295 hits
Soalan Yang manakah lebih berkesan dalam menuntut ilmu antara hafal dahulu baru faham atau faham dahulu baru hafal Jawapan Menurut Kamus Dewan maksud hafaz ialah terpelihara dan kekal dalam ingatan khususnya tentang bacaan ayat suci al Qura...
Kehebatan Michael Jackson Mencipta Lagu Tanpa Ilmu Tentang Muzik

Kehebatan Michael Jackson Mencipta Lagu Tanpa Ilmu Tentang Muzik

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 221 hits
Komposer terkenal Mozart mampu mendengar sesebuah simfoni dalam kepalanya John Lennon menggunakan peralatan seperti pensil untuk menghasilkan lagu dan penyanyi kumpulan Spiritualized Jason Pierce yang menyanyikan dahulu bahagian orkestra ke...
Pelbagai Ilmu Pengetahuan 9322

Pelbagai Ilmu Pengetahuan 9322

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 239 hits
Jenggot Rambut yang Disunnahkanby JENGGOT Siapa pria yang tidak ingin memiliki rambut di bawah dagu ini Lazimnya jenggot dipelihara oleh pria untuk sekadar gaya ataupun untuk terlihat dewasa Mungkin beberapa hari yang lalu sebuah program di...
Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 378 hits
Kesibukkan suami bekerja kadang kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia ...
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Terdidik Dari Aspek Adab Dalam Penguasaan Ilmu 9351

Terdidik Dari Aspek Adab Dalam Penguasaan Ilmu 9351

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 401 hits
Apa gunanya ilmu tanpa adab By 1 Sebahagian salafussoleh menegaskan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia Atas dasar itu Abdullah ibn a...
Aksi Damai Menuntut Kesejahteraan Perawat Di Rsud Soreang

Aksi Damai Menuntut Kesejahteraan Perawat Di Rsud Soreang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 167 hits
Senyumperawat com Ratusan pegawai RSUD Soreang Bandung melakukan aksi menuntut kesejahteraan perawat Aksi tersebut adalah bentuk ekspresi mereka agar agar segera dipenuhi haknya Pada aksi yang diselenggarakan pada Senin itu berlangsung dama...
Pengalaman Saya Menuntut Di Politeknik Muadzam Shah Pahang

Pengalaman Saya Menuntut Di Politeknik Muadzam Shah Pahang

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1320 hits
Zaman ini menuntut ilmu di Politeknik bukan lagi asing Jika dahulu pelajar lepasan SPM menjadikan Politeknik sebagai pilihan kedua untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi kini tidak lagi Mentaliti masyarakat mula berubah dan bersif...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry