Terdidik Dari Aspek Adab Dalam Penguasaan Ilmu 9351




Apa gunanya ilmu tanpa adab? 
By admin
1. Sebahagian salafussoleh menegaskan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia. Atas dasar itu Abdullah ibn al-Mubarak menegaskan bahawa:
نحن إلى قليل من الأدَب أحوجُ منا إلى كثيرٍ من العلم
“Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding dari memiliki ilmu yang menggunung.” (al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi)
2. Bahkan al-Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara ini dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah ibn Wahb yang menyebutkan:
ما نقَلْنا مِن أدب مالكٍ أكثرُ مما تعلمنا مِن عِلمه
“Apa yang kami pelajari daripada adab Imam Malik itu lebih banyak dari apa yang kami pelajari dari ilmunya.” (al-Asbahani, Hilya al-Aulia’)
3. al-Imam Malik dikatakan turut pernah menegur al-Imam al-Shafie yang dilihat seakan bermain-main dengan jarinya ketika majlis pengajian hadith dijalankan. Perbuatan bermain-main dengan jarinya itu seakan dilihat tidak menghormati pengajian hadith ketika itu. al-Imam Malik lalu memanggil al-Shafie untuk bertanya tentang kelakuannya itu. al-Shafie lalu menjawab:
يا سيدي! ما كنتُ أعبث ولكني كنتُ أسجل بريقي ما تقول حتى لا أنسى؛ لأنني فقير، ولا أملك الدرهم الذي أشتري به القرطاس والقلم
“Wahai Tuanku, aku tidak bermain-main, tetapi aku menulis dengan air liurku (di atas tapak tanganku) agar aku tidak lupa. Sesungguhnya aku adalah orang yang miskin dan tidak mempunyai dirham untuk memberi kertas dan pen.”
Rupa-rupanya al-Imam al-Shafie menulis diatas telapak tangannya menggunakan air liurnya. al-Imam Malik menyangkakan bahawa al-Shafie bermain-main dengan tangannya. Lihatlah betapa seriusnya al-Imam Malik dalam menjaga adab setiap anak muridnya ketika pengajian ilmu sedang berjalan.
4. Bahkan sebahagin hukama menyimpulkan bahawa adab yang tinggi adalah kesan dari ibadah yang diterima. Seakan tiada gunanya buat mereka yang mempunyai amal yang banyak tetapi tidak memiliki adab yang tinggi. al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan:
الأدبُ في العمل علامةُ قَبول العمل
“Beradab di dalam amalan itu (salah satu daripada) tanda amalan itu diterima.” (Madarij al-Salikin)
5. Seharusnya mereka yang dilihat memiliki pengetahuan yang luas itu turut dihiasi dengan adab yang mulia. Lihatlah bagaimana Allah mendidik Nabi Musa yang menyangkakan dirinya lebih mengetahui dari orang lain. Perkara ini diceritakan oleh Rasulullah yang menyebutkan:
أَنَّ مُوسَى قَامَ خَطِيبًا فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ ، فَسُئِلَ : أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ ؟ فَقَالَ : أَنَا ، فَعَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Nabi Musa memberikan khutbah kepada Bani Israel. Lalu beliau ditanya, siapakah yang paling mengetahui (paling mempunyai ilmu) dikalangan manusia. Lalu Nabi Musa menjawab: Aku. Maka Allah memberikan pengajaran kepada beliau (Nabi Musa).
Dikatakan pada Nabi Musa bahawa terdapat seorang hamba Allah (Nabi Khader/Khidr) yang mempunyai ilmu yang lebih dari engkau. Lihatlah bagaimana dalam proses pengajian Nabi Musa bersama dengan Nabi Khidr, beliau lebih banyak terdidik dari aspek adab.
6. Kadang-kadang mungkin kita terasa lebih bijak dan pandai dari yang lain sehingga terlepas aspek adab yang perlu dijaga. Ia adalah peringatan buat diri saya sendiri.
Semoga Allah membimbing kita semua dan mengurniakan kita adab yang diredai Allah.
Dr. Ahmad Sanusi AzmiPenasihat Syariah Indahnya Islamwww.indahnyaislam.my—-—Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:https://www.billplz.com/indahnyaislamMYDAKWAH RESOURCES5628 3464 5315 (Maybank Islamik)Apa gunanya ilmu tanpa adab? – Indahnya Islam
Persediaan para sahabat sebelum Ramadan
By admin

1. Para sahabat Rasulullah telah terdidik merindui Ramadan. Sebahagian mereka telah bersedia dengan lebih awal untuk menyambut Ramadan.

2. Seorang pembantu Saidina Ammar menyebutkan bahawa:

كان عمار يتهيأ لصوم شعبان كما يتهيأ لصوم رمضان
“Sesungguhnya Ammar akan menghidupkan puasa Sya’ban seperti mana dia menghidupkan puasa di bulan Ramadan.”

3. Saidina Anas pula menceritakan bagaimana suasana zaman mereka dahulu. Kata Anas:

كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرؤوها وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان
“Sesungguhnya kaum Muslimin, ketika masuk nya bulan Sya’ban, mereka akan mula menatap mushaf (al-Quran), mereka membacanya dan mengeluarkan zakat bagi membantu orang miskin untuk berpuasa di bulan Ramadan.”

4. Manakala menurut Al-Imam Ibn Rajab Al Hanbali, puasa Sya’ban adalah persediaan terbaik dalam menyambut Ramadan. Kata Ibn Rajab:

صيام شعبان أفضل من صيام الأشهر الحرم. وأفضل التطوع ما كان قريبا من رمضان
“Puasa Sya’ban adalah lebih afdal daripada puasa di bulan-bulan haram. Malah ia adalah sebaik-baik puasa sunat yang dekat dengan Ramadan.”

5. Malah di bulan Sya’ban inilah kita perlu mempersiapkan diri bagi menyambut bulan yang sangat dirindui ini. Sudahkah kita qadha (menggantikan) puasa-puasa yang tertinggal dahulu?

Benarkah kata Amru ibn Qais yang menyebutkan:

طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان
“Beruntunglah mereka yang mengislahkan (memperbaiki diri) mereka sebelum Ramadan.”

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my
Persediaan para sahabat sebelum Ramadan – Indahnya Islam

Ahli ibadah yang bermain-main 
By admin 
1. Seorang sahabat Nabi ﷺ bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegur beberapa ahli ibadah dari Kufah yang menyisihkan diri dari masyarakat. Apabila ditanya mengapa berbuat sedemikian? Mereka menyatakan bahawa mereka ingin mengelakkan diri dari hiruk pikuk dunia dan beribadah. Abdullah ibn Ma’sud lantas berkata:

لَوْ أَنَّ النَّاسَ فَعَلُوا مِثْلَ مَا فَعَلْتُمْ ، فَمَنْ كَانَ يُقَاتِلُ الْعَدُوَّ ؟ وَمَا أَنَا بِبَارِحٍ حَتَّى تَرْجِعُوا
Andai semua melakukan seperti yang kalian lakukan (hanya sibuk beribadah), siapa yang akan berjuang melawan musuh Islam? Aku tidak akan berganjak selagi kamu tidak pulang (kembali menyumbang untuk Islam). (Ibn al-Mubarak, Kitab al-Zuhud).

2. Pendekatan yang sama dilakukan oleh Abdullah ibn Mubarak, seorang tokoh tabi’en dan ilmuan hadith. Abdullah ibn Mubarak menegur seorang tabi’en yang masyhur iaitu Fudayl ibn Iyad yang menyibukkan diri beribadah di Tanah Haram. Abdullah ibn Mubarak menulis beberapa rangkap syair yang mengguris hati Fudail. Kata Abdullah:

يا عابدَ الحرمين لو أبصرتْـَنا … لعلمتَ أنَّكَ في العبادةِ تلعبُمَنْ كانَ يخضبُ خدَّه بدموعِه … فنحورنُـا بدمـائِنا تَتَخْضَبُأوكان يتعبُ خيله في بـاطل … فخيـولنا يوم الصبيحة تتعبُريحُ العبيرٍ لكم ونحنُ عبـيرُنا … رَهَجُ السنابكِ والغبارُ الأطيبُ
“Wahai ahli ibadah tanah haram, sekiranya engkau menyaksikan (jihad) kami, maka engkau akan tahu bahawa ibadahmu hanyalah bermain-main. Mereka (ahli ibadah) membasahi pipi mereka dengan air mata sedang tengkung-tengkuk kami dibasahi darah (pertempuran). Tubuhmu harum dengan wangian sedang minyak wangi kami adalah peluh dan debu di medan.”

Membaca syair yang dikirimkan ini, Fudail menangis lalu membenarkan apa yang diucapkan oleh Abdullah ibn Mubarak.

3. al-Imam al-Zahabi merekodkan kata-kata Yunus ibn Ubaid, seorang tabi’en yang terkenal. Yunus didapati menangis sebelum meninggal dunia. Apabila ditanya mengapa engkau menangis wahai Yunus? Dia berkata: Aku melihat kedua kakiku dan kakiku ini tidak pernah tersentuh debu-debu di medan jihad.

Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:

ما اغبرت قدما عبد في سبيل الله فتمسه النار
Dua kaki yang tersentuh debu di jalan Allah tidak akan disambar api neraka. (HR al-Bukhari)

4. Dunia hari ini penuh dengan cabaran pemikiran yang merosakkan kefahaman ummah tentang Islam. Idea-idea berteraskan kerangka pemikiran liberalisme, sekurlarisme, dan pelbagai lagi rencam pemikiran telah meracuni pemikiran ummah.

5. Andai tiada yang peduli, siapa lagi yang akan membantu berjuang memperbaiki keadaan ummah. Menyisihkan diri dari pergelutan pemikiran ini bukanlah pendekatan yang terbaik.

Moga setiap kita berperanan dalam membantu memuliakan syariat Allah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my
Ahli ibadah yang bermain-main – Indahnya Islam

Meriam Besar Sultan direka sendiri oleh Muhammad Al-Fateh 
By admin 
MERIAM besar atau Meriam Sahi yang digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya untuk meruntuhkan Kota Konstantinopel adalah meriam yang direka oleh baginda sendiri.

Sistem pengiraan balistik dan reka bentuknya yang sesuai untuk melancarkan peluru yang besar, laju dan memiliki impak yang kuat, semuanya dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kemudian selepas itu barulah Sultan Muhammad Al-Fatih meminta pakar-pakar meriam Uthmaniyyah untuk menghasilkan meriam seperti yang diidamkan baginda.

Pakar-pakar meriam yang menyumbang kepakaran ke arah penghasilan meriam ini di antaranya adalah Saruca dan Muslihuddin. Merekalah yang membentuk acuan tembaga dan mereka bentuk meriam berdasarkan permintaan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Namun adakah kisah Urban ini adalah kisah palsu dan tiada sumbangan langsung di dalam pembinaan meriam besar Sultan Muhammad Al-Fatih?

Urban mungkin ada sumbangannya di dalam pembinaan meriam ini tetapi dia bukanlah watak utama di dalam penghasilannya. Dia hanyalah seorang tukang buat meriam yang tidak berpuas hati dengan Byzantine lalu menawarkan khidmatnya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.

Adapun kebolehan Urban hanyalah sekadar berkaitan dengan acuan meriam. Walaupun begitu, meriam besar yang dicipta oleh Urban retak selepas tembakan pertama dan tentera Uthmaniyyah menggunakan meriam yang dicipta oleh pakar mereka sendiri untuk meruntuhkan tembok Konstantinopel.

Kebolehan Sultan Muhammad Al-Fateh di dalam mencipta Meriam Sahi bukanlah keganjilan pada dirinya. Ini kerana baginda adalah seorang yang menguasai ilmu sains dan genius di dalam ilmu matematik serta menguasai 9 bahasa dunia dengan fasih.

Ini lebih terbukti apabila Sultan Muhammad Al-Fatih telah mencipta senjata mortar untuk menyerang kapal Rom dan Latin di Teluk Konstantinopel.

Keadaan ini telah melemahkan semangat Rom lalu meminta perjanjian damai daripada Uthmaniyyah namun ditolak oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda berkata, “Sama ada aku mengambil Konstantinopel atau Konstantinopel mengambil aku” dan meminta Rom menyerahkan Konstantinopel.

Uthman Zaik
Aktivis Sejarah Melayu-Uthmaniyyah

Rujukan:
Ottoman History Misperceptions and Truths, Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk.
Osmanli History and Institutions, Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu.
www.indahnyaislam.my
Meriam Besar Sultan direka sendiri oleh Muhammad Al-Fateh – Indahnya Islam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/04/terdidik-dari-aspek-adab-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 462 hits
Oleh ADAB MENUNTUT ILMU YANG KIAN HILANG Aku tidak mahu mengulas panjang Cukuplah kalian baca sendiri luahan para guru seluruh Malaysia tentang kebiadaban pelajar zaman sekarang Adab menuntut ilmu kian terhakis Guru guru tidak lagi dihormat...
Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

Tuntut Ilmu Hafal Atau Faham Dahulu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 296 hits
Soalan Yang manakah lebih berkesan dalam menuntut ilmu antara hafal dahulu baru faham atau faham dahulu baru hafal Jawapan Menurut Kamus Dewan maksud hafaz ialah terpelihara dan kekal dalam ingatan khususnya tentang bacaan ayat suci al Qura...
Kehebatan Michael Jackson Mencipta Lagu Tanpa Ilmu Tentang Muzik

Kehebatan Michael Jackson Mencipta Lagu Tanpa Ilmu Tentang Muzik

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 223 hits
Komposer terkenal Mozart mampu mendengar sesebuah simfoni dalam kepalanya John Lennon menggunakan peralatan seperti pensil untuk menghasilkan lagu dan penyanyi kumpulan Spiritualized Jason Pierce yang menyanyikan dahulu bahagian orkestra ke...
Pelbagai Ilmu Pengetahuan 9322

Pelbagai Ilmu Pengetahuan 9322

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 240 hits
Jenggot Rambut yang Disunnahkanby JENGGOT Siapa pria yang tidak ingin memiliki rambut di bawah dagu ini Lazimnya jenggot dipelihara oleh pria untuk sekadar gaya ataupun untuk terlihat dewasa Mungkin beberapa hari yang lalu sebuah program di...
Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

Anak Tantrum Boleh Jadi Berpunca Dari Ayah Yang Terlalu Manjakan Anak Kurang Ilmu Keibubapaan Boleh Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 378 hits
Kesibukkan suami bekerja kadang kadang membuatkan kita terlupa bahawa masa anak anak perlu diisi dengan kehadiran bapa mereka Penglibatan suami dalam hal rumah tangga sangat besar impaknya dan mampu menjadikan sebuah keluarga lebih bahagia ...
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Kepentingan Hafalan Dalam Menuntut Ilmu

Kepentingan Hafalan Dalam Menuntut Ilmu

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 359 hits
Soalan Bolehkah berikan nasihat kepada sekalian penuntut ilmu tentang cara dan tips untuk menguatkan hafalan dan ingatan Jawapan Sifat pelupa merupakan antara sifat tabi e seorang manusia Seorang penyair pernah bermadah Tidaklah dinamakan i...
Sekolah Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Adab Di Rumah Poster Yang Digantung Oleh Pihak Sekolah Tular Di Media Sosial

Sekolah Minta Ibu Bapa Ajar Anak Tentang Adab Di Rumah Poster Yang Digantung Oleh Pihak Sekolah Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 492 hits
Adakalanya ibu bapa lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak anak mereka di rumah Ramai antara mereka yang menyerahkan sepenuh tanggungjawab mendidik dan mengajar anak kepada guru di sekolah Akibat terlalu sibuk dengan...
Adab Adalah Cara Hidup Kita 9342

Adab Adalah Cara Hidup Kita 9342

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 696 hits
Islam sebagai peradaban hidup Cara Singkat Tulis Shallallahu Alaihi wa Sallam di Microsoft Word Ini Diaby DALAM firman Nya Allah Subhanahu wa Ta ala memerintahkan kita untuk selalu bershalawat kepada Rasulullah Perintah ini terdapat dalam A...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean