Pengalaman Saya Menuntut Di Politeknik Muadzam Shah Pahang


Zaman ini menuntut ilmu di Politeknik bukan lagi asing. Jika dahulu pelajar lepasan SPM menjadikan Politeknik sebagai pilihan kedua untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi, kini tidak lagi. Mentaliti masyarakat mula berubah dan bersifat terbuka. Mereka mula percaya kepelbagaian pendidikan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk anak-anak mereka membuat pilihan.
Begitu juga saya. Saya percaya pendidikan itu satu pilihan. Maka demi meraikan kepelbagaian kita semua, hari ini saya ingin kongsikan bersama anda semua tentang kisah saya. Pengalaman saya belajar di Politeknik Malaysia.
Saya produk Politeknik Saya merupakan seorang alumni Politeknik yang cukup bangga menjadi salah seorang daripadanya (Politeknik Hebat). Menerima pendidikan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), saya rasa bertuah menerima pendedahan awal pengaturcaraan (programming) di aliran teknikal.  Tak ada Politeknik, tidak adalah saya yang sekarang.
Antara faktor saya bersyukur melanjutkan pelajaran disini ialah bagaimana pembelajaran yang ada disini dijalankan secara praktikal disamping sillibus Politeknik yang sentiasa dikemaskini agar bergerak seiring dengan keperluan industri semasa. Ini bertepatan dengan agenda Politeknik yang ingin melahirkan seberapa banyak graduan separa mahir.
Kebetulan pula kerajaan giat menfokuskan pembelajaran Technical and Vocational Education and Training(TVET) daripada zaman YB Dato Seri Idris Jusoh (beliau memang dekat dengan hati warga Politeknik) sehinggalah sekarang wujudnya Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Malaysia, kepopularan Politeknik sebagai aliran alternatif terus menyerlah. Bak kata orang jika kita mahu terus releven menempuhi revolusi perindustrian 4.0, maka Malaysia perlu bersedia. Kita juga perlu bersedia. Ini cara kita bersedia.

Kenangan bersama classmate
Kami dulu selalu berseloroh dengan nasib kami yang menjadi tikus makmal kerajaan kerana keterlibatan kami dengan TVET. Dizaman saya ini pihak Politeknik sedang bereksperimen sama ada latihan industri perlu dilakukan pada semester 4 atau semester 6.
Keduanya mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri, tetapi bak kata orang malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. Pengakhirannya nanti kami juga yang menjadi mangsanya. Mujurlah kami ditetapkan pada semester 6 (tahun akhir), sekurangnya kami boleh terus bekerja selepas tamat belajar. Selamatlah semuanya. (Pembelajaran di Politeknik bagi kos IT adalah selama 3 tahun sahaja).
Percayalah cakap saya, adakalanya Politeknik ini sangat efisyen (bukan selalu). Jangan la pelik kalau saya cakap jurusan saya ini sudah tiada lagi. Ia betul. Jika dahulu diploma saya ditawarkan kos Teknologi maklumat pengaturcaraan (programming) dan rangkaian (networking), kini jurusan tersebut digantikan dengan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dengan pengkhususan (majoring) Pembangunan Perisian & Aplikasi (Software & Application Development) dan Sistem Rangkaian (Networking System). Gempak kan?
Nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Politeknik Muadzam Shah: Klik sini
(Salah satu faktornya saya malas nak tulis. Haha)
Kelebihan belajar di Politeknik Kata orang, belajar di Politeknik ini lebih teruk daripada universiti dan baik sedikit daripada matrikulasi. Mungkin sebab kongkongan Politeknik terhadap pelajar yang menginap di kolej Kediaman (KAMSIS) tentang peraturan pulang sebelum jam 10 malam disamping perlu berkemeja dan berbaju kurung jika ingin ke kelas. Zaman saya security guard Bakar (Burn) memang sangat terkenal dikalangan pelajar diatas kepailangannya menegur dan menyaman pelajar. Saya??
Saya tak kesah pun. Saya masih sukakan Politeknik ini. Saya rasa seronok. Keseronokan saya semakin bertambah apabila saya menikmati beberapa kemudahan seperti:
Yuran Politeknik sangat murah. Ye betul. Belajar di Politeknik sangat murah. Ketika zaman saya dahulu, yuran sekitar RM260 yuran pengajian + yuran penginapan. Ini harga yuran pada tahun 2012-2015. Sebab itulah pada zaman saya tak pelik kalau ramai pelajar tak buat pinjaman PTPTN. Tapi sekarang difahamkan yuran pengajian masih sama sekitar RM200. Cuma yuran asrama dinaikkan daripada Rm60 kepada RM360 maka totalnya RM560. Masih lagi murah berbanding dengan universiti awam termurah seperti UiTM. Anda masih lagi boleh memiliki diploma.
Hubungan pelajar lebih dekat dengan pensyarah. Disini begitu mudah untuk berurusan dengan pensyarah. Tidak seperti universiti yang memerlukan anda untuk melakukan temujanji, di sini semua pelajar boleh berjanji mulut dengan pensyarah. Adakalanya main redah sahaja untuk berjumpa dengan pensyarah di pejabat. Haha. Yang paling penting, tak akan sesat.
Biasanya kami gunakan kemudahan ini untuk bertanyakan tentang tugasan (assignment) yang perlu dihantar. Lepas tu kami kacau pensyarah kat sebelah meja pensyarah kami. Haha. Hubungan agak rapat, kebiasaannya seseorang pelajar itu akan kenal dengan semua pensyarah jabatannya.
Silibus pembelajaran yang releven Bagi saya silibus pembelajaran tak adalah teruk sangat, memandangkan kos saya kos IT, maka nak mengejar trend semasa agak sukar kerana teknologi bergerak terlampau laju. Akan tetapi sekurangnya tidaklah ketinggalan zaman. Fundamental memerlukan pelajar mendalami UI/UX dan pengaturcaraan seperti C++, kemudian java for android, .NET, PHP, mySQL. Agak nice jugalah.
Cuma apabila penyediaan tenaga kerja mahir menjadi satu keutamaan, kebiasaannya hanya kemahiran teknikal sahaja yang akan difokuskan. Tiada subjek pengurusan seperti kejuruteraan perisian.
Memang bermotifkan menyediakan produk untuk pasaran Politeknik berfokuskan kepada penyediaan produk untuk pasaran. Bayangkan bagaiman penyediaan pelajar itu bukan kepada kemahiran teknikal semata-mata, sebaliknya penyediaan itu daripada sekecil-kecil teknikal penyediaan resume sehingga ke cara temuduga. Jadi saya tak pelik kalau kebiasannya pelajar yang belajar di Politeknik tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sebab set mindsetnya begitu. Kerja.
Baiklah itu serba sedikit kebaikan yang anda dapat jika menuntut ilmu di Politeknik Muadzam Shah. Bagaimana dengan pengalaman saya ketika menuntut di sana?
Pengalaman di Politeknik Muadzam Shah Politeknik Muadzam Shah merupakan Politeknik yang ke 19 ditubuhkan dan di antara Politeknik yang terbesar di Malaysia. Saya merupakan kemasukan Sesi Julai 2012/2013 kira first batch untuk tahun 2012. Ketika kemasukan saya ada lebih kurang 800++ kemasukan pelajar baharu sahaja.
Sejujurnya ketika penempatan saya di sini, kesemua pelajar dan staff baru sahaja berpindah kampus daripada penempatan sementara di sekolah Teknik Muadzam Shah ke kampus yang baru disiapkan. Tak silap saya baru setahun.
Isunya macam biasa, kontraktor bermasalah yang silih berganti menyebabkan pembinaan Politeknik ini tertangguh hampir 10 tahun. Mujur ketika itu bangunan tidak mempunyai kerosakan infrastruktur yang serius. Ada juga diantara fasiliti yang tidak lengkap, namun selesa untuk didiami.
Kemudahan sukan seperti kolam renang, track larian yang selesa dan kemudahan sukan indoor, saya fikir apa yang ditawarkan lebih daripada cukup. Mereka pula baru mendiami kira-kira setahun, maka banyak kekosongan didalam Kamsis. Barangan juga masih baru.

Aktiviti riadah di petang hari
Mengenai saya, walaupun Politeknik Muadzam Shah (PMS) ini mempunyai kemudahan serba serbi untuk bersukan, sayangnya saya bukan atlet. Saya lebih aktif kepada aktiviti yang berbentuk akademik. Walaupun saya menyertai aktiviti berbentuk akademik, keutamaan saya menuntut ilmu di Politeknik bukannya dengan niat untuk menjadi pelajar yang cemerlang (kehidupan di universiti juga sama), sebaliknya saya lebih kepada pembentukan karakteristik pelajar yang boleh dijual. Jadi asal pointer melebih 3.00, itu sudah cukup baik bagi saya. Sebab pointer bukan keutamaan saya. Lagipun saya tak mahu pun anugerah pengarah.
Ketika saya sambung belajar, saya dimomokkan dengan khabar angin yang mengatakan graduan IT susah nak mendapat kerja, Politeknik tak ada standard dan sebagainya. Kalau pelajar cemerlang universiti pun tak ada kerja, maknanya masalah itu bukan terletak pada sistem semata, tetapi juga pada graduan. Sebab itu tujuan saya masuk berbeza dengan yang lain. Sebab saya lagi bijak daripada mereka. Terutama dengan pelajar universiti yang tanam anggur. Pedas kan? Hahaha. Lagipun saya nak tutup mulut juga mak cik-mak cik ketika itu yang memandang rendah kepada mereka yang belajar di Politeknik. Mujurlah situasi sekarang sudah berubah.
Timbul minat untuk belajar Suasana disini cukup berbeza. Saya sangat suka dengan silibus pembelajaran yang disediakan walaupun susah. Tak macam sekolah yang datang sebab terpaksa. Disini memang saya suka untuk datang ke kelas…. walaupun kadang-kadang lambat. Hahaha. Kalau nak diikutkan ada beberapa subjek saya yang saya tidak suka antaranya Human Computer Interaction (HCI) dimana saya perlu menghafal teori yang saya anggap remeh. Sebagai contohnya kenapa butang home page biasanya belah kiri dan kenapa butang home page dan back tidak boleh berada ditempat yang sama. Orang cakap common sense kot.

Bengkel Android bersama En. Zainoz. Mobile Apps pertama kami.
Tetapi saya bersyukur berkat silibut tersebut, saya mempunyai portfolio yang agak selesa untuk dicanangkan ketika proses memohon kerja. Hasil pembelajaran saya tentang photoshop, Flash(javascript), jQuery mobile, Java dan PHP menyebabkan saya ada lebih daripada 4 portfolio untuk ditunjukkan kepada bakal majikan tentang kemampuan saya untuk bekerja. Jadi sedikit sebanyak membantu saya untuk mengoreng dengan cukup rencah. Kira kalau sembang pokok pun boleh terbang.
Satu kelebihan yang saya suka ketika menuntut ilmu di Politeknik Muadzam Shah ini ialah staff Jabatan Pengajian Am (JPA) yang bagi saya memang unik dan terbaik. Mereka tidak jangal bergaul dengan pelajar dan ada diantara mereka yang masih berkawan dengan saya sehingga ke hari ini. Mereka antara individu yang menyumbang kepada pembangunan soft skills saya.
Bayangkan subjek yang membosankan ketika sekolah menengah ialah “English” dapat dikuasai dengan kacang sekali. Pensyarah pula sporting teruk dan keluar daripada norma kebiasaan. Saya ingat lagi dulu ketika kelas pertama saya, saya diberi tugasan untuk mencari satu nama yang dikira sebagai idola. Dulu dan kini idola saya masih sama iaitu Tun Dr. Mahathir. Kalau nak tau selepas daripada kelas itu nama saya terus ditukar kepada “Mahathir” sampai la pensyarah itu terlupa nama sebenar saya. Belum lagi kawan saya yang menggunakan nickname “boboy boy”. Kau rasa?
Aktiviti luar kelas yang saya sertai Menjadi MPP penggal 2012/2013 antara kenangan yang saya tidak lupa sampai bila-bila. Daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), logo pada zaman saya sampai 3 kali tukar. Hahaha. Ketika ini peranan saya tidaklah ketara sangat, kata orang macai sahaja. Tapi adalah juga manifesto pilihanraya yang berjaya saya kotakan. Akta 174 juga saya hafal. Jadi banyak juga perkara yang saya belajar termasuklah “action speak louder than word”.

Saya dan rakan seperjuangan satu ketika dahulu
Selain daripada itu, sepanjang menjadi MPP pelbagai aktiviti kesukarelawan yang saya sertai. Antaranya 1Malaysia for Youth (im4U) yang membantu mangsa banjir ketika itu di Kuantan, Yayasan Sukarelawan Siswa Politeknik (YES) dan Program Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin (MEKAR) sambil-sambil mendekatkan diri dengan masyarakat orang asli. Aktiviti bukan sukarelawan jangan cakap la. Banyak. Agak menyeronokkan juga mendekatkan diri dengan masyarakat. Bak kata orang, ” contribute back to the society”.
Ketika zaman saya ini, setiap MPP wajib menjadi fasilitator untuk Minggu Suai Kenal (MSK). Jadi nak tak nak kenalah juga bertugas. Yang seronoknya dengan MSK ini, saya tidak perlu risau tentang pemasalahan tenaga kerja kerana menjadi fesilitator untuk MSK juga menjadi kegilaan para pelajar senior. Sambil-sambil tu boleh mengurat junior.
Kalau tak percaya, tengoklah selepas habis MSK pasti ada junior dan senior berkepit di kafe. Hahaha. Biasanya MSK ini akan berlangsungnya sesi pendaftaran pelajar baru bersama Latihan Dalam Kumpulan (LDK) selama beberapa hari bagi membina hubungan dikalangan pelajar baru. Kebiasaannya kemasukan Politeknik akan berlangsung sebanyak 2 kali setahun. Satu bulan Julai, satu lagi bulan Disember. Jadi peluang akan sentiasa ada.

Dari dulu memang berbakat jadi pembangkang
Sambil-sambil itu saya agak aktif mewakili PMS ke Kejohanan debat diantara politeknik. Baik bahasa melayu mahupun bahasa inggeris, keduanya saya sapu. Kebetulan juga ketika itu minat membaca masih lagi menyelubungi diri, jadi setakat isu BR1M, perlembagaan persekutuan, perjanjian COMANGO dan pelbagai isu semasa pada ketika itu apalah sangat. Saya sempat mewakili Pertandingan debat Ala Parlimen antara Politeknik siri 1, 2, dan 3 serta satu Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di UKM. Walaupun saya pelajar jurusan IT, itu bukan satu halangan kepada saya untuk beraksi. Cuma kelemahan PMS ketika itu ialah teknikal debat. Tetapi berjaya juga perbaiki prestasi dari semasa ke semasa.
Selepas bersara daripada MPP dan debat, pihak Politeknik Muadzam Shah menawarkan 2 tawaran kepada saya untuk mewakili Politeknik ke program antarabangsa. Akan tetapi dengan syarat, saya mesti melalui proses temu duga (interview). Temu duga pertama saya perlu ke Putrajaya untuk melalui proses aktiviti sukarelawan ke Filipina. Saya terpaksa bersaing dengan peserta daripada Politeknik lain. Saya tidak lepas. Namun begitu menerusi temuduga kedua, saya berjaya terbang ke Perth, Australia bagi mewakili PMS ke program pengantarabangsaan Politeknik. Kalau ada rezeki itu tak kemana. Kerugian saya digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah.

Istirehat di Kings Park, Perth, Western Australia
Disebabkan oleh keaktifan itu, saya tercalon sebanyak 2 kali untuk anugerah Ikon Pelajar Hebat peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Politeknik Port Dickson dan Menara Kuala Lumpur. Saya tak ingat pula dicalonkan didalam kategori apa. Ini kiranya antara sisa-sisa pengalaman saya sebelum saya menjalani latihan industri dan terus pergi daripada Politeknik tercinta. Kenangan tu.
Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini menyebabkan saya berkenalan dengan ramai orang. Saya dapat kenal dengan pelajar PMS dimasa yang sama dengan pelajar Politeknik yang lain juga. Tak rugi berkawan. Malah ada mereka yang sudah pun berjaya. Ada yang menetap diluar negara, ada yang menjadi programmer, ahli politik, ahli perniagaan dan banyak lagi.
Cerita selepas latihan industri Selepas menjalani latihan industri, kebiasaannya para pelajar perlu melaporkan diri untuk menghantar laporan dan membuat pembentangan kepada para penilai. Bagi yang bertuah pula, mereka terus mendapat tawaran kerja daripada syarikat yang mereka jalani latihan industri. Saya pula? Selepas selesai tempoh latihan industri selama 6 bulan, saya antara mereka yang bertuah. Alhamdulillah rezeki saya tidak sempat menganggur terus mendapat jawatan yang saya impikan iaitu menjadi seorang programmer atau lebih tepat lagi Front End Developer. Gaji yang diterima sangat memuaskan. Tempat kerja saya juga di silicon valley Malaysia iaitu Cyberjaya. Ini macam impian jadi kenyataan. Tak sia-sia belajar di Politeknik.

Crash couse belajar Ruby on rails
Selepas daripada itu, maka tamatlah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar yang belajar di Politeknik. Banyak suka dan duka serta cabaran yang dihadapi bagi menghadap karenah manusia. Namun secara jujurnya sumbangan Politeknik ini didalam membentuk keperibadian dan pandangan saya untuk memandang dunia dengan lebih luas. Saya bangga menjadi sebahagian daripada TVET.
Baca juga: Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda
Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi
Ok baiklah, cerita pun habis. Terima kasih juga kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, tanpa segan sila anda boleh bertanyakan di ruangan komen. Jika perlu saya mungkin akan membuatkan entri khas untuk soalan tersebut.
Baiklah, selepas ini saya akan tuliskan pula pengalaman saya menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) pula. Apa yang menariknya kehidupan disana. See yaaaa..
The post Pengalaman Saya Menuntut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/belajar-di-politeknik-muadzam-shah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 429 hits
Mahaizura Abd Malik HUKUM menceraikan isteri ketika hamil adalah harus Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata talak boleh saja jatuh pada bila bila masa Cerai ada waktu harus dan haram Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan...
Cafe Cerita Kambing Di Delisha Wedding House Kompleks Anjung 7 Shah Alam

Cafe Cerita Kambing Di Delisha Wedding House Kompleks Anjung 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 522 hits
AssallammualaikumPejam celik pejam celik bulan puasa sudah hampir menjelma Kali ini Shailla nak kongsikan satu Cafe yang menghidangkan kambing sebagai menu utamanya Menurut Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari resipi ini diwarisi dari turun...
Food Delivery Shah Alam Murah Sedap

Food Delivery Shah Alam Murah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Harap semua sihat la ye Ainul nak kongsi pengalaman order makanan dengan food delivery di area Shah Alam Hari tu ada anjurkan kelas Energizer di Supermom opis Dari pagi sampai tengah hari Kami anjurkan kelas...
Exco Pahang Terima Rawatan Di Hospital Kl

Exco Pahang Terima Rawatan Di Hospital Kl

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Exco kerajaan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menjadi mangsa jangkitan kuman tanah kini dirawat di hospital swasta di ibu negara Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang itu di ...
Businesses Must Show Loyalty To Rulers To Get Permits Pahang Mb

Businesses Must Show Loyalty To Rulers To Get Permits Pahang Mb

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 265 hits
The Pahang government will formulate new enactment to compel business operators to show loyalty to the state ruler and the Yang Dipertuan Agong before permits and licences are issued This is according to the Pahang Menteri Besar Wan Rosdy W...
Pahang Mahu Tuntut Pampasan Rm17 1 Bilion Daripada Kerajaan Pusat

Pahang Mahu Tuntut Pampasan Rm17 1 Bilion Daripada Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 304 hits
KUANTAN 17 April Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan pampasan bagi kawasan hutan simpan dan hutan rezab hidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air untuk menseja...
Henti Seketika Urusniaga Di Pasar Malam Mngapa Adun Pahang

Henti Seketika Urusniaga Di Pasar Malam Mngapa Adun Pahang

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 373 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dicadangkan mengikut langkah kerajaan Kelantan dan Terengganu menghentikan seketika aktiviti perniagaan di pasar malam ketika solat Maghrib Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata langkah itu membolehkan peniaga dan orang ra...
Lirik Lagu Aryff Shah Cintaku Yang Sepi

Lirik Lagu Aryff Shah Cintaku Yang Sepi

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 403 hits
Info Lirik dan Lagu Aryff Shah Cintaku Yang Sepi Tajuk lagu Cintaku Yang Sepi Artis Penyanyi Aryff Shah Lagu Wanz Baron Lirik Aryff Shah Album Cintaku Yang Sepi Single Tanggal rilis 03 April 2019 Publisher Label Baron Bros Empire MVM Music ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever