Kenyataan Mohamaddin Hina Pasukan Keselamatan Kata Azmin



(FMT) – Pemimpin kanan Warisan Mohammaddin Ketapi (gambar) terus menjadi sasaran kritikan susulan kenyataan beliau yang menyifatkan insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 sebagai “sandiwara”.
Kali ini giliran Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali membidas Mohamadin dengan berkata, calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama itu memperlekeh pasukan keselamatan negara.
“Saya mengecam keras kenyataan pemimpin utama Warisan, Mohammadin Ketapi, calon Warisan DUN Segama, yang memperlekeh jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan Sabah dalam peristiwa Tanduo, Lahad Datu,” katanya di Twitter hari ini.
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan menggesa ketua menteri Sabah, Shafie Apdal menuntut Mohamaddin memohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga tentera dan polis yang terlibat dalam tragedi di Lahad Datu susulan keceluparan pemimpin itu.
“Ketua menteri yang juga bekas timbalan menteri pertahanan dan pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Sabah perlu menuntut calon Warisan Mohamaddin Ketapi memohon maaf kepada semua keluarga anggota tentera dan polis yang menyabung nyawa dan yang terkorban di Tanduo,” katanya.

Dalam klip video kira-kira 2 minit yang tular sebelum ini, Mohamaddin, yang juga bekas menteri persekutuan, ketika berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini berkata, pasukan keselamatan “mengebom kelapa sawit dan rumah”, dan “pasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing”.
“Bila pilihan raya (PRU 2013) berakhir, tiada lagi perang,” katanya, dengan menambah semasa berkhidmat sebagai Adun sebelum ini, beliau tidak pernah menemui lanun bersenjata atau warga Filipina yang mahu mengisytiharkan perang atau mengambil semula Sabah.
Beliau berkata, ramai orang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu itu kerana ia “sandiwara”.
Pada 11 Februari 2013, kira-kira 200 pengganas Sulu memasuki perairan Sabah dan mendarat di Lahad Datu, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Insiden itu berakhir dengan kematian 56 pengganas, 10 anggota keselamatan dan 6 orang awam. Pengganas yang hidup ditangkap atau menyerah diri.
Konflik itu diisytihar tamat pada 10 April 2013.
Kenyatan berbaur penghinaan itu turut dibidas oleh Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman yang menyifatkannya sebagai penghinaan terhadap pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan kedaulatan negara.
“Di manakah rasa hormat pemimpin parti Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?” soalnya.
Anifah berkata, kenyataan pemimpin itu tidak boleh diterima dan melukakan hati keluarga dan rakan seperjuangan pasukan keselamatan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/21/kenyataan-mohamaddin-hina-pasukan-keselamatan-kata-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Pasukan Keselamatan Elok Tukar Unity Ke Hate

Hina Pasukan Keselamatan Elok Tukar Unity Ke Hate

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 201 hits
Parti Warisan disarankan agar menukar tema Unity yang dilaungkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kepada Hate Cadangan itu dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan selepas calon parti itu Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa pasukan kese...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 660 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Polis Terima 46 Laporan Berhubung Kenyataan Mohamaddin

Polis Terima 46 Laporan Berhubung Kenyataan Mohamaddin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Polis hari ini menerima 46 laporan polis berhubung kenyataan pemimpin Warisan Mohamaddin Ketapi berkait dakwaan pasukan keselamatan mengebom kelapa sawit dan rumah dan pasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing Timbalan...
Tragedi Lahad Datu Jangan Hina Anggota Keselamatan Yang Terkorban

Tragedi Lahad Datu Jangan Hina Anggota Keselamatan Yang Terkorban

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 498 hits
M Update 21 9 2020 Dakwaan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah yang menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan ketika pencerobohan di Tanduo Lahad Datu sebagai sandiwara adalah pengkhianatan terhadap negara Presiden Parti Cinta Sabah Datu...
Kubur Masih Merah Kata Kata Fitnah Sudah Keluar Ini Luahan Sedih Ibu Sandra Dianne Tentang Kenyataan Seorang Gadis

Kubur Masih Merah Kata Kata Fitnah Sudah Keluar Ini Luahan Sedih Ibu Sandra Dianne Tentang Kenyataan Seorang Gadis

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 717 hits
IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah kesal dan kecewa dengan komen komen sinis yang ditulis segelintir netizen terhadap kem4tian anaknya di laman sosial Menurut Syakinah komen negatif terhadap arwah meninggalkan ...
Pejabat Pasukan Keselamatan Perlu Dibina Di Kawang

Pejabat Pasukan Keselamatan Perlu Dibina Di Kawang

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 440 hits
Bulan Ogos lalu 8 kali banjir bulan ini kami start kira sudah brapa kali Antara mangsa yg menyuarakan keluhan ekoran perniagaan yg turut terjejas akibat banjir di sekitar Pekan Kinarut Pilihan di tangan penduduk N28 Kawang Mahu kekal begini...
Hina Wira Negara Azmin Gesa Rakyat Sabah Tolak Warisan

Hina Wira Negara Azmin Gesa Rakyat Sabah Tolak Warisan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 375 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Sabah menolak Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah nanti Gesaan itu dibuat selepas pemimpin Warisan Datuk Mo...
Mohammadin Mohon Maaf Tapi Nafi Hina Anggota Keselamatan

Mohammadin Mohon Maaf Tapi Nafi Hina Anggota Keselamatan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 320 hits
MALAYSIAKINI Bekas menteri pelancongan seni dan budaya Mohammadin Ketapi menafikan dia menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou Lahad Datu Sabah pada 2013 Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa s...
Shafie Bermain Mata Dengan Filipina Kata Azmin

Shafie Bermain Mata Dengan Filipina Kata Azmin

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 281 hits
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal ditempelak kerana dilihat tidak tegas sebaliknya cuba bermain mata dengan Filipina Namun kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ironinya Shafie memusuhi pemimpin dal...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan