Merungkai Misteri Balas Balik Bermula 29 Mei 2025 Ini


 Assalamualaikum & hai semua..
Di sebalik sebuah kematian ada rahsia, di sebalik rahsia ada kebencian yang membunuh kemanusiaan


TIDAK semua kematian adalah penamat, adakala kematian menjadi jawapan yang selama ini terperangkap
dalam nafas kehidupan. 


Balas Balik diilhamkan daripada pemerhatian terhadap kesialan-kesialan itu yang boleh mendorong
manusia hilang pertimbangan. hidup dalam acuan amarah dan dendam tidak terpadam. Biar cuba dihapuskan, kesakitan silam menjadi racun dalam darah, natijahnya tanpa sedar sedikit demi sedikit membunuh nurani dalam senyap. Itulah Balas Balik sebuah kisah dendam yang terbenih dalam jiwa.





Mengambil polemik buli tidak berkesudahan dalam masyarakat, dari situlah lahir keinginan untuk mengangkat isu berkenaan dan kesannya yang berpanjangan.
“Kita turut terasa sakit setiap kali kisah buli terpapar dalam berita dan media sosial. Jadi saya terfikir untuk menunjukkan bagaimana trauma akibat buli boleh mendorong seseorang mencari keadilan dengan caranya sendiri, yang kadangkala membawa kepada tindakan yang tidak dijangka. 
“Apabila mahu difiksyenkan, saya pilih genre penyiasatan jenayah. Secara peribadi, itu genre kegemaran saya. Terima kasih pasukan penulis skrip saya yang sudah menjayakan idea tersebut,”jelas penerbit Balas Balik, Shaiba.
Diterbitkan Shaibha Vision Sdn Bhd dengan skrip daripada pemenang pelbagai anugerah,
Siti Jasmina Ibrahim, Balas Balik dihasilkan sebagai fiksyen penyiasatan bergaya,
sebuah filem dengan genre yang jarang diketengahkan filem Melayu di pawagam tanah air.


“Saya harap penonton dapat faham buli bukan isu remeh, dan kesannya boleh berpanjangan hingga dewasa.
Naskhah ini  mengajak penonton merenung pentingnya empati dan sokongan kepada mangsa buli,”jelas…l


Menjalani penggambaran selama sebulan sekitar hujung tahun 2022 di beberapa lokasi
di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang, Balas Balik bukan filem bajet mega atau sains fiksyen penuh CGI
tetapi ada kekuatan jalan cerita dan makna.


“Balas Balik cuba beri emosi watak utama dengan jujur dan menyentuh hati penonton.
Saya percaya pemilihan pelakon juga tepat dan Shukri Yahaya sebagai utama sudah memberikan yang terbaik.
Dia buat filem ini dulu sebelum Blood Brother dan drama Andai Itu Takdir, maknanya dia memang
pilihan tepat kamu, dia bukan pelakon watak kejam sahaja,
tetapi penyelesai puzzle yang genius,” katanya Shaiba.




SINOPSIS


Balas Balik merupakan sebuah filem ketiga arahan Fedoz Kader.
Dibintangi Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Marissa Yasmin, Isyariana, Adam Lee, Zarul Umbrella,
Meor Mohd dan Razman Mahayuddin. 


Mengisahkan Detektif Zul (Shukri Yahaya) yang menyiasat kematian misteri seorang CEO,
dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung. Dalam siasatan, dia mendapati ada rahsia gelap dan
dendam yang tersembunyi di sebalik kes berkenaan.


Semua pelaku mempunyai motif masing² tapi dalam ramai yang menjadi suspek, menjadi pertanyaan.
Siapakah yang dalang utama yang akan diseret ke muka pengadilan?


Jika Blood Brothers (BB) menyerang panggung dengan darah persaudaraan dan pengkhianatan,
BB versi Balas Balik pula sebuah penyiasatan merungkai misteri sebuah kematian bertingkah dendam.


Filem terbitan Shaibha Vision ini, akan memulakan tayangan bermula 29 Mei 2025.


INFORMASI
Genre: Penyiasatan Jenayah
Tarikh Tayangan: 29 Mei 2025
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Shaibha Vision


Pelakon/watak: 
Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul
Tony Eusoff sebagai Roslan
Marisa Yasmin sebagai Angel
Isyariana sebagai Nadia
Adam Lee sebagai Adam
Zarul Husin sebagai Kamal
Meor Mohd sebagai Jauhari
Razman Mahyuddin sebagai Ikhwan
Josiah Lim sebagai Danial
Maisara Sufia sebagai Mimi


Lagu  Tema (OST)
Tajuk: Balas
Penyanyi: Hariz Fayahet
Komposer & Lirik: Nurzaidi Abd Rahman


Trailer rasmi Balas Balik:



OST Balas Balik nyanyian Hariz Fayahet




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2025/05/merungkai-misteri-balas-balik-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

Filem Keluang Man Superhero Og Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 192 hits
Filem Keluang Man Superhero OG Pertama Di Malaysia Di Pawagam Bermula 29 Mei 2025 Assalamualaikum semua Siapa sangka dari siri animasi ke layar perak Keluang Man kini muncul semula dalam versi filem Kalau korang membesar dengan siri animasi...
Catatan Mei Jadi Ketua Pendaftaran Konsuri 2025 Belajar Banyak Benda Baru

Catatan Mei Jadi Ketua Pendaftaran Konsuri 2025 Belajar Banyak Benda Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum semua Bulan ni saya tak banyak dapat menulis Debaran bulan Mei sebagai ketua pendaftaran KONSURI 2025 memang terasa Pertama kali saya menjadi ketua urusan pendaftaran dari jarak jauh Kali terakhir saya memimpin tugasan sebes...
Top Commentator Bulan Mei 2025

Top Commentator Bulan Mei 2025

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah dengan masa yang saya ada nie saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mei 2025 Tahniah diucapkan pada nama nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie Wa...
Ramalan Untuk Eur Usd Pada 23 Mei 2025

Ramalan Untuk Eur Usd Pada 23 Mei 2025

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 138 hits
Pada hari Khamis pasangan EUR USD mengalami penurunan kembali ke zon sokongan 1 1260 1 1282 kemudian berbalik memihak kepada euro dan meneruskan pergerakan naiknya menuju zon rintangan yang belum diuji di 1 1374 1 1380 Penolakan dari zon ri...
Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 15 19 Mei 2025 Beli Di Atas 3 222 Atau Jual Di Bawah 3 203

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 205 hits
Pada awal sesi Amerika emas didagangkan sekitar 3 195 di bawah garis 5 8 Murray dan di bawah 200 EMA serta 21 SMA dengan kecenderungan kenaikan yang kuat Dalam sesi Eropah emas jatuh ke arah tahap 3 125 mencapai paras terendah 3 120 yang be...
Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 193 hits
Assalammualaikum semua Woww Anda semua memang generasi KRU Dari hari pertama kedua ketiga dan kemudian keempat Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT Hahaha Dato Norman Datuk Yusry Edry dan saudara Iman Tang mendenga...
Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 213 hits
PJ Night Car Boot Sale kembali lagi Dengan setulus ikhlas PJNCBS membawakan suasana bazar yang penuh kasih sayang warna warni dan Family vibe yang paling real 17 Mei 2025 Kompleks C MBPJ PJ New Town Terdapat vendor yang menjual Makanan Minu...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video