Tun Mahathir Tidak Boleh Dianggap Sebagai Pembangkang Haniff Khatri



(Malaysia Gazette) – Ketika ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mempunyai dua ‘puak’ atau faction iaitu kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu yang kemudian bertindak keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) serta menubuhkan Perikatan Nasional (PN) sekaligus menjadi kerajaan dengan gabungan seperti UMNO, Pas, gabungan parti Sarawak.
Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu pula kekal dengan PH yang kini sudah bergelar pembangkang.
Laporan media pula menyebut ada kemungkinan Dr Mahathir akan duduk di blok pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 18 Mei depan.
Kenyataan ini juga diakui sendiri oleh Dr Mahathir semalam.
Bagaimanapun menurut peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula, walau apa pun ‘faction’ dalam Bersatu, Ahli Parlimen Langkawi yang juga bekas Perdana Menteri ke-7 sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai pembangkang.
“Walau apa sekalipun, ‘faction’ Parti Bersatu di bawah teraju Tun Mahathir tidak boleh dianggap sebagai tergolong di dalam pembangkang di bawah PH sama sekali.
“Sesungguhnya, hakikat ini adalah yang sebenar setakat kini, disebabkan mana-mana perubahan lanjut pendekatan para pemimpin berkenaan, cuma boleh dilaksanakan apabila isu dalaman parti dapat dibincangkan oleh pucuk pimpinan Parti Bersatu.
“Itupun selepas diangkat halangan pergerakan aktiviti Mesyuarat mahupun Perhimpunan Parti yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan sejak 16.03.2020 itu, yang dijangka selepas selesainya gejala COVID-19 kelak,” tulisnya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa bahawa parti Bersatu dengan dirinya sebagai Pengerusi kini terbelah dua.
“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.
“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan PH tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” jelas Dr Mahathir.
Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu, Haniff berkata, pada dasarnya ia mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dari sudut kedaulatan undang-undang walaupun mungkin “janggal” di fikiran rakyat biasa.
Beliau juga berpandangan bahawa ahli-ahli Bersatu dan rakyat Malaysia tidak harus melihat perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak baik.
Sebaliknya, kata beliau, mereka harus menerima perkembangan tersebut sebagai langkah positif agar politik negara dan tadbir urus kerajaan di bawah konsep demokrasi berparlimen di negara kita dapat keluar daripada kepompong mahupun tempurung politik kepartian semata-mata.’
“Pada masa yang sama, kesemua pihak harus sedar dan sabar terima hakikat, jikapun ada apa-apa penyelesaian positif di kalangan para pemimpin parti Bersatu secara muktamad ianya cuma boleh berlaku selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan gejala COVID-19 itu, kelak, In Shaa Allah,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/04/21/tun-mahathir-tidak-boleh-dianggap-sebagai-pembangkang-haniff-khatri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ketuai Pembangkang Bukan Mahathir

Anwar Ketuai Pembangkang Bukan Mahathir

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Buat masa ini saya ketuai pembangkang itu jawapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya tentang posisi Ketua Pembangkang ketika ini Pakatan Harapan ada 92 wakil dan telah membuat keputusan berdasarkan parti yang...
Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu

Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 291 hits
Kuala Lumpur Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bakal berdepan dengan tindakan di pecat dari parti itu kerana di anggap melanggar disiplin Menurut sumber parti itu ia ekoran dari kenyataan Tun Mahathir yang memilih untuk du...
Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 296 hits
YA que sera sera my way Maksudnya apa yang terjadi terjadilah Benarlah seperti mana tajuk lagu dendangan Doris Day penyanyi Amerika Syarikat pada 1956 itu yang sering diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masa hadapan di luar kaw...
Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 371 hits
Artikel ini pernah disiar di MR 1 Mac 2020 lalu Ini adalah Ulang Siar sahajaDaripada PH sibuk beli MP nak cukupkan SD adalah lebih baik PH sekarang ini bincang siapa yang bakal jadi Ketua Pembangkang Takkan yang ni pun nak tikam menikam Kal...
Tun Ditempat Pembangkang Di Parlimen

Tun Ditempat Pembangkang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 203 hits
BERSATU terpecah dua majoriti pro Muhyiddin Political move ini sangat bestari dan berakhlak Kedudukan ini memberi kelebihan kepada Tun dan pembangkang bagi memastikan kerajaan PN lebih prihatin rakyat
Apa Kesannya Tindakan Tun Mahathir Ini

Apa Kesannya Tindakan Tun Mahathir Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 295 hits
APAKAH MUHYIDDIN AKAN PECAT MAHATHIR ATAU MAHATHIR MEMANG MAHU DIRINYA DIPECAT Shahbudin Husin Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan Tun M...
Jawapan Rosli Dahlan Terhadap Analisa Perundangan Oleh Haniff Khatri

Jawapan Rosli Dahlan Terhadap Analisa Perundangan Oleh Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 168 hits
Kamarul YusoffTUN DR MAHATHIR SELAKU CALON TUNGGAL PENGERUSI BERSATU BELUM MENANGSEMUA PENJAWAT BERSATU AKAN TERUS LAKSANA TUGAS SEHINGGA PEMILIHANMAJLIS PRESIDEN BERSATU BERKUASA SAH UNTUK URUS DAN TADBIR PARTIBerikut ini adalah ulasan Ros...
Tak Boleh Pergi Bazar Ramadan Terawih Di Rumah Mungkin Tak Boleh Balik Kampung Pm

Tak Boleh Pergi Bazar Ramadan Terawih Di Rumah Mungkin Tak Boleh Balik Kampung Pm

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 333 hits
Baru sebentar tadi Perdana Menteri Kita Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dari 15 April sehingga 28 April Dalam kenyataan itu juga beliau ada menyebut bahawa masyarakat di Malaysia amnya mungk...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Perempuan Melawan Lara

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm

How To Earn 1 000 000 Using Ufanance

The Business Of Pgslot99