Kenyataan Akhbar Yang Berhormat Young Syefura Othman Ahli Parlimen Bentong









Isu Caj Jalan Persendirian Genting di Laluan Masuk dari Lebuhraya Karak dan Batang Kali.


Saya mengambil maklum tentang keputusan Genting Malaysia untuk mengenakan kadar Caj Jalan Persendirian di laluan masuk ke kawasan Genting daripada arah lebuhraya Karak serta laluan masuk dari arah Batangkali. 


Untuk makluman semua, laluan jalan Genting sepanjang 24km itu disahkan oleh Kementerian Kerja Raya sebagai jalan persendirian dan bukan jalan persekutuan. Sejak 1960-an lagi, penyelenggaran jalan, cerun serta kerja-kerja mitigasi bencana sepanjang laluan tersebut telah ditanggung kosnya dan dibuat oleh pihak Genting Malaysia bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.


Pembinaan struktur kutipan Caj Jalan Persendirian yang dibuat bukan dibawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana diatas tanah persendirian. Walaubagaimanapun, spesifikasi pembinaan dan Kebenaran Merancang (KM) telah pun mendapat kelulusan pihak Majlis Perbandaran Bentong.


Hasil perbincangan dengan pihak Genting Malaysia, saya memahami keputusan berkenaan kewajaran kutipan Caj Jalan Persendirian. Namun sebagai wakil rakyat, saya juga mencadangkan beberapa perkara kepada pihak Genting Malaysia untuk pertimbangan :


1. Memastikan kadar kutipan Caj Jalan Persendirian yang munasabah dan tidak membebankan pengguna


2. Memastikan mekanisme kutipan bayaran yang efisyen dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda


3. Memberikan pengecualian khas atau diskaun Caj Jalan Persendirian sekurang-kurangnya kepada penduduk, pekerja serta mereka yang mempunyai anak yang bersekolah di Genting.


4. Memastikan pantauan dan penyelenggaran berterusan keadaan jalan dan cerun di sepanjang laluan jalan Genting secara berkala. 


Oleh itu, saya berharap agar semua pihak mendapat penjelasan yang jelas demi keselamatan dan keselesaan pengunjung dan pengguna jalan ke Genting. Saya akan berterusan mengadakan perbincangan dengan pihak Genting Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan baik dan tidak menjejaskan penduduk.


Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pusat peranginan Genting Highland merupakan kawasan popular yang akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai. Oleh itu, saya mendukung sebarang usaha dan kerjasama untuk memastikan keadaan jalan dan cerun di tanah tinggi Genting agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.


14 November 2025.


#BentongKita






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/kenyataan-akhbar-yang-berhormat-young.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polemik Dalaman Parti Surat Kepada Muhyiddin Dedah Pendirian 16 Ahli Parlimen Bersatu

Polemik Dalaman Parti Surat Kepada Muhyiddin Dedah Pendirian 16 Ahli Parlimen Bersatu

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 200 hits
Fahmy A RosliSalinan surat kepada Muhyiddin bertarikh 23 Oktober lalu yang dilihat oleh BH Kuala Lumpur Seramai 16 Ahli Parlimen BERSATU menandatangani sepucuk surat yang diserahkan kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyatakan k...
18 Ahli Parlimen Bersatu Berkumpul Laung Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin

18 Ahli Parlimen Bersatu Berkumpul Laung Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 165 hits
Seramai 18 Ahli Parlimen Bersatu berkumpul di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini dalam satu pertemuan yang memperlihatkan sokongan terbuka terhadap Presiden parti itu Ahli Parlimen Bersatu solidariti terhadap Presiden Menerusi raka...
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 166 hits
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama MHRA UK KUALA LUMPUR 6 Nov Seorang ahli akademik kelahiran Malaysia mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Perubatan dan Saintifik pertama ...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 365 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Sedekah Kepada Ahli Keluarga Daripada Az Zuhriy berkata telah mengkhabarkan kepada saya Sa id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda Sedekah yang paling bai...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Last Supper In 2025 Hello 2026

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Tekanan Diplomatik Tindakan Kerajaan Lebanon Di Tengah Cabaran Dari As Dan Israel