Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk


Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan, Saintifik Pertama MHRA UK
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Seorang ahli akademik kelahiran Malaysia mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Perubatan dan Saintifik pertama bagi Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) di United Kingdom (UK).
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di ladang Bukit Rajah, Meru, Klang, Selangor, Profesor Jacob George membina kerjaya antarabangsa dalam bidang perubatan kardiovaskular yang akhirnya membawa kepada pelantikan beliau ke satu daripada jawatan kesihatan awam paling berpengaruh di UK.
“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini. Ia turut mencerminkan kekuatan komuniti ekspatriat Malaysia di United Kingdom dan di luar negara,” katanya kepada Bernama.
Profesor berusia 50 tahun itu, yang berkelayakan dalam bidang Farmakologi Klinikal dan Perubatan Dalaman Am serta merupakan Pakar Hipertensi Eropah bertauliah, berkata beliau gembira menyertai MHRA pada waktu penting bagi agensi itu serta sektor sains hayat UK.
“MHRA mempunyai pengaruh langsung terhadap keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan, vaksin dan teknologi kesihatan yang digunakan setiap hari oleh berjuta-juta orang di UK.
“Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sekerja untuk memberi sumbangan besar kepada penjagaan pesakit berkualiti tinggi dan inovasi sains hayat,” katanya.
Dalam satu kenyataan, MHRA memaklumkan George akan menyertai agensi itu pada 5 Jan 2026 dan akan berkhidmat di pejabat MHRA di London serta kampus sainsnya di Hertfordshire sambil terus menetap di Scotland, sejajar dengan komitmen MHRA untuk menjadi badan kawal selia yang aktif di keempat-empat wilayah UK.
Mengenang zaman kanak-kanaknya di Malaysia, George berkata bapanya bekerja di ladang Sime Darby di Bukit Rajah manakala ibunya merupakan ahli fisioterapi di Hospital Universiti, Petaling Jaya.
“Saya menikmati zaman kanak-kanak yang cukup indah ketika tinggal di ladang dan mendapat asuhan terbaik daripada ibu bapa serta keluarga saya,” katanya.
Membesar di Klang, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Jalan Batu Tiga, Taman Eng Ann sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Anglo-Chinese (ACS) Klang.
“Saya amat berbangga menjadi anak Selangor! “Guru-guru saya di sekolah sangat cemerlang dan apabila saya mengenang kembali selepas sekian lama, saya amat berterima kasih kepada mereka. Saya masih ingat Cikgu Subramaniam yang mengajar geografi di sekolah rendah sebagai antara guru yang luar biasa. Malah semua guru saya hebat,” katanya ketika ditanya mengenai kenangan semasa tinggal di Malaysia.
George berpindah ke London pada 1995.
Pada 2017, beliau dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia sebagai Ahli Penasihat Pakar Antarabangsa kepada Panel Kajian Saintifik Malaysia bagi Ujian Klinikal Fasa I dan kekal memegang peranan tersebut hingga kini.
George kini berkhidmat sebagai Profesor Perubatan dan Terapeutik Kardiovaskular di University of Dundee Medical School serta merupakan pakar perunding perubatan dan ketua klinikal bagi Perkhidmatan Risiko Kardiovaskular di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Tayside di UK.
Beliau mempunyai pengalaman luas di UK serta peringkat antarabangsa dan merupakan Felo Royal College of Physicians Edinburgh, European Society of Cardiology dan British Hypertension Society, selain Profesor Pelawat di Dnipro State Medical University, Ukraine. Beliau juga merupakan alumni Universiti Sheffield dan Universiti Dundee.
BACA: ACLE: Akui ‘Sakit’ Lepas Kalah, Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman
Sumber: BERNAMA
The post Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan, Saintifik Pertama MHRA UK appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/07/ahli-akademik-kelahiran-malaysia-dilantik-ketua-pegawai-perubatan-saintifik-pertama-mhra-uk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini Seorang Pegawai Bank Bank Ini Memalukan Rakyat Malaysia

Begini Seorang Pegawai Bank Bank Ini Memalukan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 258 hits
SEORANG YANG DIKATAKAN PEGAWAI DI SEBUAH BANK RASANYA ELOK BANK TERSEBUT AMBIL TINDAKAN SESUAI KOT RAMAI LAGI YANG NAK MASUK KERJA KO MEMANG BODO KALAU CERDIK KO KRITIK DENGAN ELOK KOT KRITIK TAPI SEBAB KO BODO KO MEMFITNAH INI FITNAH LA NI
Donald Trump Mendarat Di Klia Lawatan Pertama Presiden As Ke Malaysia Dalam 10 Tahun

Donald Trump Mendarat Di Klia Lawatan Pertama Presiden As Ke Malaysia Dalam 10 Tahun

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 303 hits
SEPANG Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di ibu negara menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad Pesawat rasmi Presiden AS Air Force...
Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 199 hits
Sekolah Agama Menengah Bestari mencatat sejarah dengan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kiosk Anti Buli Digital yang direka untuk membanteras budaya buli di sekolah Kiosk berteknologi tinggi ini adalah hasil inovasi S...
Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 263 hits
ROMPIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melakar sejarah menjadi kerabat diraja Pahang pertama yang menamatkan latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia hari ini Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 272 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo Matfa Fun Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 235 hits
Pertama Di Malaysia Kunjungi Ekspo MATFA Fun Malaysia 2025 Kuala Lumpur Persatuan Taman Tema Pusat Hiburan Keluarga Malaysia dengan penuh bangga mempersembahkan MATFA Fun Malaysia Expo 2025 sebagai ekspo pertama di Malaysia yang didedikasik...
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 223 hits
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara PULAU PINANG Syarikat pemula tempatan Silicon X Sdn Bhd berjaya membangunkan cip Field Programmable Gate Array milik sendiri sekali gus mencatat sejarah sebagai s...
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga Unesco Bagi Penggal 2025 2029

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 242 hits
Malaysia Lakar Sejarah Dipilih Ahli Lembaga UNESCO Bagi Penggal 2025 2029 KUALA LUMPUR 7 Nov Malaysia melakar sejarah gemilang di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan...
Modenas Z15gt Supermoped Malaysia Dengan Rekaan Arowana Teknologi Kawasaki

Modenas Z15gt Supermoped Malaysia Dengan Rekaan Arowana Teknologi Kawasaki

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 314 hits
Modenas Z15GT Supermoped Malaysia Dengan Rekaan Teknologi Terkini Modenas Z15GT muncul sebagai bintang baru dalam dunia motosikal tempatan apabila dilancarkan sebagai supermoped 150cc yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia Dengan reka bent...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan