Kenapa Ph Membisu Perjanjian Land Swap 1990 An Soal Najib


Robin Augustin
-May 12, 2019 7:59 PM

Najib Razak mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan ‘land swap’ itu daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA: Najib Razak membidas tindakan Pakatan Harapan mendiamkan diri berhubung 4 perjanjian “land swap” di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang “menarik” ialah perdana menteri, menteri pertahanan dan kewangan ketika itu, semuanya berada dalam Pakatan Harapan sekarang.

Beliau merujuk Mahathir, Syed Hamid Albar dan Anwar Ibrahim.

Najib mengulas laporan media 4 daripada 16 perjanjian “land swap” yang ditekankan Menteri Pertahanan, Mohmad Sabu pada Khamis lalu, berlaku pada 1997 ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri.

“Walaupun kes ini membabitkan kerugian terbesar dan pelanggaran terang-terangan dengan memberi status pegangan kekal berbanding pajakan 99 tahun untuk tanah itu, ini bukan antara kes yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta polis oleh Kementerian Pertahanan minggu lalu.”

Beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan “land swap” itu daripada laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada zaman pemerintahan Mahathir.

“Saya tertanya-tanya kenapa.

“Sebenarnya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan saya perlu menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan kes-kes ini, termasuk menuntut kerugian akibat projek ini.”

Khamis lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa 13 daripada 16 projek “land swap” di bawah pentadbiran BN membabitkan Najib dan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Mat Sabu turut mendakwa kerajaan kerugian lebih RM500 juta akibat perjanjian “land swap” itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah pada harga rendah dan projek “land swap” diberikan kepada pemaju tidak berkelayakan.

Bagaimanapun, beliau menafikan Mahathir terbabit dalam perjanjian itu.

FMT cuba menghubungi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Syed Hamid untuk mengulas isu itu.

Terdahulu, Hishammuddin mencabar penggantinya, Mat Sabu dan Liew membuktikan beliau mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi daripada perjanjian “land swap” itu.

“Nasihat saya kepada mereka berdua ialah jangan mengkritik orang lain kerana masing-masing ada silap sendiri.”

Katanya, sebarang siasatan perlu membabitkan semua perdana menteri dan menteri pertahanan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/kenapa-ph-membisu-perjanjian-land-swap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Slams Ph S Silence On 1990s Land Swap Deals

Najib Slams Ph S Silence On 1990s Land Swap Deals

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 322 hits
Former prime minister Najib Razak wonders why the defence ministry has removed the report on the land swaps from its website after uploading it not long after news portals reported that these cases happened during Mahathir s time PETALING J...
Kenapa Dulu Tmj Tak Gesa Tukar Najib Soal Syed Saddiq

Kenapa Dulu Tmj Tak Gesa Tukar Najib Soal Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 597 hits
Kenapa dulu TMJ tak gesa tukar Najib soal Syed Saddiq Walaupun TMJ gesa orang Johor untuk kekalkan Najib pada PRU14 rakyat tetap bersama Tun Dr Mahathir dan menolak gesaan TMJ
Laporan Mindef Dapati Land Swap Juga Berlaku Di Bawah Dr M

Laporan Mindef Dapati Land Swap Juga Berlaku Di Bawah Dr M

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 574 hits
MALAYSIAKINI Rumusan laporan akhir jawatankuasa siasatan Kementerian Pertahanan berhubung projek land swap menunjukkan berlakunya pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan termasuk ketika penggal pertama Dr Mahathir Mohamad sebagai...
Land Swap Sesiapa Boleh Disiasat Termasuk Perdana Menteri

Land Swap Sesiapa Boleh Disiasat Termasuk Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 408 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa boleh menyiasat sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri berhubung projek pertukaran tanah Kementerian Pertahanan Beliau berkata tiada sesiapa di negara ini yang berada di atas undang undang ter...
Land Swap Pm Pun Boleh Kena Siasat

Land Swap Pm Pun Boleh Kena Siasat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 428 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Tan Sri Abu kassim dan Ketua Pengarah MAMPU Datuk Dr Mazlan Yusoff melancarkan buku My Portfolio pad...
Syed Saddiq Soal Tmj Dulu Negara Kleptokrasi Kenapa Tmj Tak Gesa Tukar Najib

Syed Saddiq Soal Tmj Dulu Negara Kleptokrasi Kenapa Tmj Tak Gesa Tukar Najib

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 885 hits
Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan mengapa Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menggesa Najib Razak digantikan sebagai perdana menteri ketika Malaysia dilabel sebagai negara kleptokrasi Sebaliknya...
Mana Janji 100 Hari Wujudkan Rci Najib Soal Ph

Mana Janji 100 Hari Wujudkan Rci Najib Soal Ph

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 399 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempertikaikan kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan menubuhkan Suruhanjaya Siasaran Diraja bagi menyiasat skandal membabitkan 1MDB Felda Tabung Haji dan Majlis Amanah Rakyat Najib berkata seh...
Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

Hari Ke 14 Kes Najib Peguam Dijangka Soal Balas Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 417 hits
KES NAJIB Ketika perbicaraan mahkamah Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 14 hari ini pasukan peguam bela bekas perdana menteri itu dijangka menyoal saksi ke 30 peng...
Buktikan Saya Terima Keuntungan Projek Land Swap Hishammuddin

Buktikan Saya Terima Keuntungan Projek Land Swap Hishammuddin

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 508 hits
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu serta Timbalannya Liew Chin Tong mengemukakan bukti bahawa beliau menerima keuntungan daripada projek pertukaran tanah ketika memimpin Kementerian Pertahanan sebel...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda