Land Swap Sesiapa Boleh Disiasat Termasuk Perdana Menteri



Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak berkuasa boleh menyiasat sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri berhubung projek pertukaran tanah (land swap) Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata, tiada sesiapa di negara ini yang berada di atas undang-undang termasuk Perdana Menteri.


Loading... “Polis (pihak berkuasa) akan siasat Perdana Menteri juga. Tiada sesiapa berada di atas undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Ke-8 di Bangunan Perdana Putra di sini, lapor Utusan Online hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam sidang akhbar mendakwa pelaksanaan 13 daripada 16 projek land swap terbabit didapati melibatkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan.

Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang itu turut mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan daripada projek tersebut melebihi RM500 juta.

Kesemua 16 projek itu terdiri daripada 2,923 ekar (1,183 hektar) tanah milik Kementerian Pertahanan yang telah dan akan dipindah milik.

Mohamad bagaimanapun menafikan Dr. Mahathir terlibat dalam penyelewengan tersebut walaupun mengakui kaedah land swap itu dimulakan sejak tahun 1997 ketika Dr. Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, berhubung tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang seorang wanita yang dikehendaki pihak berkuasa Thailand berkait pandang anti monarki, Perdana berkata, hal tersebut merupakan masalah melibatkan negara Thailand.

“Itu masalah mereka, bukan kita. Kalau ada permintaan kita terpaksa hantar balik,” katanya.

Menjawab laporan Bloomberg bahawa para pelabur semakin ‘hilang sabar’ dengan Malaysia, Perdana Menteri berkata, hakikatnya Malaysia berada pada tahap yang baik dan para pelabur terus datang ke negara ini.

“Kita berharap kepada pihak media. Kalau kita meraih kedudukan yang bagus sebagai negara yang baik untuk pelaburan, tetapi pakar-pakar hebat menulis Malaysia teruk seolah-olah dalam peperangan,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, kerajaan mengkaji sama ada wujud keperluan menyiarkan dapatan insiden 13 Mei 1969 kepada umum berikutan cadangan segelintir pihak.

Berhubung dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa terdapat staf lantikan politik yang mengganggu tugas penjawat awam, Perdana Menteri melihat ia bukanlah sebagai satu bentuk gangguan.

“Kadangkala terdapat perselisihan pendapat jadi, perlu ditegurlah,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/land-swap-sesiapa-boleh-disiasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Land Swap Pm Pun Boleh Kena Siasat

Land Swap Pm Pun Boleh Kena Siasat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Tan Sri Abu kassim dan Ketua Pengarah MAMPU Datuk Dr Mazlan Yusoff melancarkan buku My Portfolio pad...
Perdana Menteri Papua Hadiri Agenda Internasional Di Markas Pbb

Perdana Menteri Papua Hadiri Agenda Internasional Di Markas Pbb

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 341 hits
SHARE Laporan singkat perjalanan Pemimpin Politik Papua Barat Merdeka Mr Edison Waromi SH ke Markas Besar PBB kota New York Masuk keluar Penjara Indonesia dan perjalanan Mr Edison Waromi ke Markas Besar PBB selaku President Eksekutif West P...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 501 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Berikut merupakan pautan teks ucapan alu aluan untuk rujukan kita bersama terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography...
Cermin Belakang Cermin Sisi Kiri Kanan Bahagian Penumpang Belakang Boleh Gelap Habis Menteri

Cermin Belakang Cermin Sisi Kiri Kanan Bahagian Penumpang Belakang Boleh Gelap Habis Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 373 hits
Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini Menurutnya peraturan yan...
5 Hal Penting Jalani Puasa Perdana Bareng Pasangan Halal Kupas Tuntas Termasuk Soal Ena Ena

5 Hal Penting Jalani Puasa Perdana Bareng Pasangan Halal Kupas Tuntas Termasuk Soal Ena Ena

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 220 hits
Dari soal persiapan sahur sampai urusan mengatur waktu bercinta di atas ranjang mari cari tahu di sini
Prosecute Ex Ministers Involved In Land Swap Deals Gov T Urged

Prosecute Ex Ministers Involved In Land Swap Deals Gov T Urged

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 287 hits
Swift action should be taken to prosecute former ministers involved in land swap deals of the Defence Ministry s real estate said Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad In a statement he said the deals had an impact on national security as they...
Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

Fam Jemput Wakil Perdana Menteri Sertai Rombongan Ke Jepun

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 207 hits
Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Dato Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra Putrajaya Beliau diiringi oleh Setiausaha A...
Rosmah Mansor Perdana Menteri Sebenar Dia Mahu Semuanya

Rosmah Mansor Perdana Menteri Sebenar Dia Mahu Semuanya

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 410 hits
Pada 4 Oktober 2018 Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan melibatkan wang haram di mana 12 dakwaan berkaitan deposit haram RM7 097 750 melalui 235 transaksi ke akaun Affin Bank antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 Manakala lima lagi pertuduh...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City