Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut Ini Penjelasan Saintifik


Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut? Ini Penjelasan Saintifik
Setiap kali keluar filem seram baharu, ramai yang sanggup beratur di panggung walaupun tahu nanti balik rumah terngiang-ngiang sehingga takut untuk ke bilik air. Ada yang tutup mata separuh ketika menonton, namun tetap tidak mahu ketinggalan.
Manusia yang teruja dengan pengalaman yang mendebarkan melalui cerita hantu, kisah mistik ataupun tontonan yang boleh buat jantung berdegup laju bukanlah sesuatu yang asing.
Dalam hidup seharian, kita biasanya cuba jauhi perkara yang boleh menakutkan. Namun, bila rasa takut itu datang dalam bentuk hiburan, ramai pula yang seronok melayannya.
Hari ini, SK akan kongsikan sebab saintifik di sebalik minat yang ‘pelik’ terhadap rasa yang cemas, kejutan dan debaran ketika menonton cerita seram.
Mengapa manusia suka menakutkan diri sendiri?
Menurut Reader’s Digest, rasa seram memberikan kita rangsangan segera.
“Ada individu yang menikmati lonjakan adrenalin,” kata seorang saintis tingkah laku yang berkhidmat bersama jabatan psikologi di Arizona State University serta penulis buku baharu Morbidly Curious: A scientist Explains Why We Can’t Look Away, Coltan Scrivner.
Difahamkan, menonton filem seram akan mengaktifkan amigdala, iaitu pusat pertahanan dalam otak yang berfungsi setiap kali kita mengesan ancaman.
Degupun jantung menjadi lebih laju dan otak melepaskan adrenalin, sejenis bahan kimia stres yang mempersiapkan tubuh untuk menghadapi bahaya.
Sebagai contoh, jika seseorang berdepan dengan seekor beruang, tenaga dan fokus itu membantu untuk melawan, berpura-pura mati atau melarikan diri.
Ia memberi kepuasan
Scrivner turut menjelaskan bahawa kisah seram membenarkan kita memenuhi rasa ingin tahu terhadap perkara yang menakutkan serta mengatasi ketakutan sendiri.
“Peminat genre ini sebenarnya bukanlah menyukai perasaan takut tersebut, tapi mereka gemar proses mengatasi rasa takut dan kepuasan apabila rasa ingin tahu mereka terjawab,” tambahnya lagi.
Dalam situasi ini, otak memainkan dua peranan, iaitu amigdala memberikan isyarat bahawa ada bahaya, tetapi korteks prefrontal menenangkan bahawa keadaan sebenarnya selamat kerana ia cuma tontonan.
Gabungan dua reaksi ini membuatkan seseorang berasa takut tetapi pada masa yang sama rasa ingin tahu, teruja dan sedikit selesa.
Keadaan ini membolehkan kita menghadapi ketakutan dalam suasana terkawal serta memberi rasa kepuyasan apabila berjaya melaluinya.
Ia membantu mengurangkan keresahan
Menurut The Healthy, menonton filem seram atau mendengar podcast yang menakutkan sebenarnya boleh membuatkan seseorang berasa kurang tegang. Kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya.
Scrivner dalam kajiannya mendapati ramai individu yang mempunyai masalah keresahan turut menggemari hiburan seram.
Dalam keadaan biasa, keresahan umum membuatkan seseorang berasa gelisah tanpa tahu puncanya. Otak mencari ancaman tetapi tidak menemui apa-aoa, lalu menyebabkan kitara cemas yang sukar dihentikan.
Namun apabila menonton cerita seram, amigdala mempunyai sesuatu yang jelas untuk difokuskan. Rasa takut masih wujud, tetapi kawalannya lebih mudah kerana penonton tahu mereka berada dalam keadaan selamat.
Selepas tontonan berakhir, tubuh akan rasa lega kerana sistem saraf parasimpatetik diaktifkan dan membantu menurunkan rasa cemas. Kesannya, seseorang boleh berasa lebih tenang berbanding sebelum menonton.
Ia membantu kita lebih peka terhadap bahaya
Hiburan seram dan kisah jenayah sebenar membuat kita lebih peka terhadap pelbagai bentuk bahaya, termasuk ancaman yang mungkin tida masuk akal.
Adegan tertentu cukup memberi kesan sehingga membuatkan penonton lebih berhati-hati.
Walaupun tujuan utama kita menonton filem seram bukan untuk mempelajari cara menyelamatkan diri, unsur itu tetap menjadi sebahagian daripada tarikannya.
Menurut Scrivner, cerita memberikan ruang yang sangat selamat untuk kita memerhati bahaya tanpa perlu mengalaminya sendiri.
BACA: Bau Minyak Wangi Cepat Hilang, Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama
Sumber: Reader’s Digest
The post Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut? Ini Penjelasan Saintifik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/kenapa-kita-suka-tengok-cerita-seram-walau-takut-ini-penjelasan-saintifik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 158 hits
Cerita Tukang Karut Malam Asrama Durjana Cerita Tukang Karut Malem Asrama Durjana Gaya Tukang karut moden Naratif Suasana seram realistik tempo perlahan Cerita Pendek Tukang Karut Orang kampung sini masih ingat lagi kisah malam tu Malam yan...
Air Mata Kucing Bukan Tanda Emosi Ini Penjelasan Saintifik Yang Ramai Tak Tahu

Air Mata Kucing Bukan Tanda Emosi Ini Penjelasan Saintifik Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 110 hits
Air Mata Kucing Bukan Tanda Emosi Ini Penjelasan Saintifik Yang Ramai Tak Tahu Kucing merupakan antara haiwan yang paling mudah menarik perhatian manusia Dengan bulu yang lembut mata yang tajam dan gelagatnya yang lincah kucing sering diang...
Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 142 hits
Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan Rangkaian jenama kopi tempatan terkemuka ZUS Coffee mengeluarkan kenyataan hari ini susulan penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden interaksi di salah satu cawangannya...
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama Mhra Uk

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 116 hits
Ahli Akademik Kelahiran Malaysia Dilantik Ketua Pegawai Perubatan Saintifik Pertama MHRA UK KUALA LUMPUR 6 Nov Seorang ahli akademik kelahiran Malaysia mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Perubatan dan Saintifik pertama ...
Penjelasan Pmx Isu 40

Penjelasan Pmx Isu 40

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 89 hits
Tentang 40 bayaran dari hasil cukai Sabah jawapan PMX Aku pun tak terfikir juga Hasil yang Kerajaan Pusat perolehi dari Sabah adalah sebanyak RM10 bilion Kalau 40 yang patut Pusat patut bayar RM4 bilion saja Akan tetapi peruntukan untuk neg...
Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk Ini Penjelasan Sebenar

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk Ini Penjelasan Sebenar

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 94 hits
Ada seorang ibu risau nak bagi anak makan ayam Katanya ayam sekarang banyak kena cucuk takut bahaya untuk anak lagi lagi yang ada eczema Isu tentang ayam cucuk ini juga kerap muncul bila dibuka perbincangan di Threads menunjukkan ramai rupa...
Hiburan Semua Dah Start Goyang Takut Nama Kena Petik Kau Sabar Jap Anju Bakal Dedah Sisi Gelap Dunia Selebriti

Hiburan Semua Dah Start Goyang Takut Nama Kena Petik Kau Sabar Jap Anju Bakal Dedah Sisi Gelap Dunia Selebriti

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 132 hits
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas meluahkan rasa geram terhadap seorang pelakon senior yang didakwa membuat laporan terhadapnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Menerusi hantaran di I...
Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 178 hits
Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan Penduduk sebuah kampung di Majalengka Jawa Barat menjadi resah selepas beberapa insiden penampakan sosok menyeramkan yang dipercayai sebagai pocong didakwa kerap berla...
Prn Sabah Bukan Calon Lompat Parti Rafizi Ingatkan Pkr Semangat Reformasi

Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

7 Ulam Power Untuk Badan Sihat

Perkembangan Terkini Redenominasi Rupiah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Jenis Daging Lembu Panduan Lengkap Power Untuk Pilih Potongan Terbaik

Pemimpin Sekolah Mendapat Autonomi Dalam Pelaksanaan Pengajaran Bersama

Vpn Terbaik Untuk Pengguna Malaysia Selamat Laju

Bel M Tower Panduan Lawatan Pelancong Muslim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Yeo Bee Yin 30pc Women S Quota In Politics Strengthens Democracy Reflects Malaysia S Diversity

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

Resipi Cireng Kudapan Indonesia Yang Senang Dibuat

Putera Bobo Kisah Hidupku Chord

Exco Kedah Mohon Maaf Ucapan Beri Rakyat Sabah Roti Gardenia