Kenapa Kerajaan Bailout Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd



Ketika menjadi Ketua Pembangkang pada tahun 2022, Anwar Ibrahim telah menggesa kerajaan supaya memberi tumpuan kepada usaha menyiapkan kapal tempur pesisir (LCS) fasa sedia ada dan menamatkan fasa seterusnya.
Menurut beliau projek berkenaan menelan belanja yang sangat besar, justeru peruntukan untuk fasa berikutnya boleh dikembalikan kepada rakyat.
Dana tersebut, katanya, dapat dimanfaatkan untuk menangani isu kos sara hidup orang ramai, ataupun meningkatkan kebajikan veteran tentera yang turut tertekan dengan keadaan semasa.
"Sekarang ini apabila kita tanya kerajaan, (kerajaan jawab) tak ada wang.
"Tapi wang yang sebanyak ni (terlibat projek LCS) bukan saja melibatkan ketirisan, kebocoran, malah saya juga percaya ada unsur rasuah," katanya dalam sidang media pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.
Kenyataannya itu dibidas oleh Menteri Kanan Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, katanya kenyataan Anwar itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah selama 22 bulan sejak 2018.
Katanya, ketika itu PH memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS itu bagi mengukuhkan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jelas berkisar kepada pertimbangan dan mainan politik semata-mata kerana jika dihentikan (projek LCS) ia bercanggah dengan pendirian ketika mereka (PH) memerintah.
"Berdasarkan laporan yang saya terima, kenyataan Anwar itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. TLDM akan marah jika projek itu dibatalkan (kerana membabitkan aset mereka) dan tindakan itu juga akan menyebabkan 400 vendor `gulung tikar' dengan 90 peratus daripada jumlah vendor itu adalah kalangan veteran tentera," katanya.
Dan kini setelah menjadi Perdana Menteri projek yang didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai mempunyai pelbagai kepincangan itu diteruskan juga, tidak dihentikan sebagaimana gesaan Anwar ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang dulu..
Kenapa?.. berikut adalah laporan yang memberikan jawapannya..
KERAJAAN tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), supaya projek berkenaan dapat diselesaikan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.
“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Beliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Kementerian Kewangan telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS, sebagai anak syarikat kepada MOF.
Bagaimanapun Anwar berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung pengambilalihan syarikat itu.
Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS - The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/kenapa-kerajaan-bailout-boustead-naval.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Keh Wow Bonus Air Karat Sdn Bhd

Keh Keh Keh Wow Bonus Air Karat Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 360 hits
Maksud BONUS Dibayar sebagai ganjaran untuk tingkatkan prestasi atau produktivitiMaksud SAGUHATI Sumbangan untuk mengenang jasa Contoh AKSB memberi SAGUHATI RM 10 000 pada Ahli Lembaga Pengarah sebagai mengenang jasa mereka kerana rakyat Ke...
Umno Semakin Mengecil Tak Lagi Jadi Parti Tunjang Dalam Kerajaan

Umno Semakin Mengecil Tak Lagi Jadi Parti Tunjang Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 405 hits
ismaweb net 24 05 2023DAP sama sekali tidak pernah tinggalkan agenda Malaysian MalaysiaBANGI 4 Zulkaedah 1444H Rabu Sekiranya gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional diteruskan bersama dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke 16...
Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 514 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan tidak menandatangani pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke 76 di Geneva Switzerland minggu depan Aktivis PPIM D...
Prn Tiga Perkara Tentukan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah

Prn Tiga Perkara Tentukan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 252 hits
Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi kejayaan Kerajaan Perpaduan di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Menurut Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar semua pimpinan dan anggota parti kompon...
Gagal Di Sukan Sea Satu Peringatan Buat Kerajaan

Gagal Di Sukan Sea Satu Peringatan Buat Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu yang didakwa turut menjadi punca Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja adalah satu peringatan kepada kerajaan yang mentadbir ketika ini B...
Ganti Kerajaan Khabar Angin Sahaja Kata Razman

Ganti Kerajaan Khabar Angin Sahaja Kata Razman

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 232 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Nada Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria hari ini berubah apabila hanya menekankan pertemuan bersama wakil rakyat kerajaan sebelum ini hanya perjumpaan biasa selepas Saarani Mohamad menegaskan pentadbirannya st...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia