Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023


 
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan tidak menandatangani pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR2005) yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke-76 di Geneva, Switzerland minggu depan.

Aktivis PPIM, Datuk Asri Yusoff berkata, Malaysia terutama Kementerian Kesihatan (KKM) perlu tegas dan tidak terikat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menguruskan masalah keselamatan kesihatan global seperti Covid-19.
Beliau menjelaskan, sekiranya kerajaan menandatangani pindaan berkenaan, secara tidak langsung telah memberi kuasa kepada pertubuhan itu untuk mengenakan peraturan dan mengikat Malaysia secara sah mengatasi kedaulatan negara.
"Sekiranya Malaysia menandatangani pindaan berkenaan, maka negara ini terikat dengan arahan dan peraturan yang dikenakan WHO dalam menguruskan isu keselamatan kesihatan global.
Oleh itu kami berharap kerajaan terutama KKM dapat memberi penerangan kepada rakyat mengenai implikasi sekiranya Malaysia tidak menandatangani pindaan tersebut demi menjaga kedaulatan negara," katanya kepada Sinar Harian.
Sebagai rekod, IHR2005 merupakan peraturan yang digunapakai WHO untuk mengurus dan mengawal kesihatan global, namun tidak bersifat terikat terhadap negara ahli di bawah pertubuhan berkenaan.
Usul pindaan IHR2005 yang akan dibentangkan pada persidangan itu telah dikemukakan kepada negara ahli termasuk Malaysia untuk menyokong Artikel 1 berkenaan definisi 'cadangan tetap' dan 'cadangan sementara' daripada tidak mengikat (non-binding) kepada terikat (binding).
Justeru, sekiranya pindaan berkenaan ditandatangani dan mendapat sokongan negara ahli, maka secara tidak langsung WHO berhak menetapkan peraturan dan mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang telah bersetuju.

Berdasarkan dokumen yang dikongsikan kepada Sinar Harian, pindaan definisi tersebut memberi kesan kepada IHR2005 melibatkan Artikel 15 dan Artikel 16.
Artikel 15 mengenai cadangan sementara, penambahan frasa 'keadaan yang berpotensi tersenarai dalam Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC)' yang mana Ketua Pengarah WHO perlu mengeluarkan syor sementara mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Perkara 49.
Artikel 16 mengenai cadangan tetap, penambahan frasa 'cadangan akses dan ketersediaan produk kesihatan, teknologi dan cara, termasuk peruntukan mekanisme bagi akses yang adil dan saksama.

Oleh itu, WHO dibenarkan untuk mengubah suai atau menamatkan syor tersebut mengikut kesesuaian berdasarkan Perkara 53.
Dalam pada itu Asri yang juga bekas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjelaskan, sekiranya pindaan terhadap artikel-artikel berkenaan diluluskan dan Malaysia menjadi antara negara ahli, IHR2005 akan menjadi undang-undang antarabangsa yang turut mengikat negara ini kepada arahan-arahan serta polisi WHO.
"Demi menyelamatkan kedaulatan negara, Malaysia wajib menolak pindaan IHR2005 dan keluar dari WHO," tegasnya.


Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM GESA KERAJAAN TOLAK PINDAAN IHR2005

https://www.sinarharian.com.my/article/259886/berita/nasional/ppim-gesa-kerajaan-tolak-pindaan-ihr2005


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/05/ppim-gesa-kerajaan-tolak-pindaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Kerajaan Rangka Undang Undang Membabitkan Pinjaman Ummah Today 12 05 2023

Ppim Gesa Kerajaan Rangka Undang Undang Membabitkan Pinjaman Ummah Today 12 05 2023

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyeru kerajaan untuk merangka undang undang yang berkaitan dengan pinjaman daripada bank dan syarikat luar Tindakan ini diperlukan kerana terdapat penipuan yang dilakukan terhadap pengguna un...
Negeri Perlu Warta Kebenaran Guna Pembesar Suara Luar Surau Masjid Sinar Harian 16 05 2023

Negeri Perlu Warta Kebenaran Guna Pembesar Suara Luar Surau Masjid Sinar Harian 16 05 2023

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 241 hits
SHAH ALAM Semua negeri disaran mewartakan penggunaan pembesar suara di luar surau atau masjid hanya untuk azan dan iqamah sahaja Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata daripada sudut undang undang tindaka...
Gangguan Perkhidmatan Di Plaza Tol Harus Ditangani Segera Ppim Kenyataan Media Ppim 19 05 2023

Gangguan Perkhidmatan Di Plaza Tol Harus Ditangani Segera Ppim Kenyataan Media Ppim 19 05 2023

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 19 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak kerajaan memandang serius kegagalan sistem bayaran tol lebuhraya utama negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi berkata gangguan perkhidmatan seperti yang berlaku Rabu...
Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 328 hits
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 ABPBH 35 kembali menghangatkan semula industri kreatif tempatan serta bagi mengiktiraf sumbangan kepada insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular ABPBH 35 akan diadakan secara berse...
Hiburan Didakwa Sokong Golongan Pelangi Pas Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Hiburan Didakwa Sokong Golongan Pelangi Pas Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 1244 hits
Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Nasrudin Hassan meminta kerajaan untuk membatalkan konsert kumpulan penyanyi dari British iaitu Coldplay yang bakal diadakan pada November nanti Menurutnya persembahan kumpulan penyanyi itu tidak membawa se...
Kenaikan Opr Penting Golongan Peminjam Tahu Pengurusan Kewangan Harian Metro 18 05 2023

Kenaikan Opr Penting Golongan Peminjam Tahu Pengurusan Kewangan Harian Metro 18 05 2023

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 294 hits
Kuala Lumpur Kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru baru ini menyebabkan orang ramai terpaksa mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan Tinjauan mendapati ramai terpaksa mengurangkan simpanan dan ...
Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpan kekal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terjejas disebabkan aktiviti penerokaan untuk tujuan pembalakan pelombongan dan sebagainya Timbalan Presiden PA...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas