Umno Semakin Mengecil Tak Lagi Jadi Parti Tunjang Dalam Kerajaan


ismaweb.net
Ainul Illia
24/05/2023

DAP sama sekali tidak pernah tinggalkan agenda Malaysian Malaysia
BANGI, 4 Zulkaedah 1444H, Rabu – Sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) diteruskan bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, UMNO berkemungkinan tidak lagi akan menjadi parti tunjang kerajaan, malah mengecil menjadi parti pelengkap (sekunder)

Ditambah pula dengan seruan pemimpin utama UMNO agar mengundi DAP dalam PRN akan datang memusnahkan doktrin utama perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ini kerana ideologi perjuangan DAP sama sekali bertentangan dengan UMNO.

“DAP sama sekali tidak pernah meninggalkan agenda Malaysian Malaysia, dan inilah menjadi penyebab tidak ada parti Melayu yang kekal berkawan dengan mereka kecuali Parti Amanah Negara (PAN),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata, meskipun ramai yang memandang sinis kesetiaan ahli akar umbi UMNO terhadap perjuangan agama, bangsa dan tanah air, pengalaman bersama di dalam Muafakat Nasional sebelum ini menunjukkan cukup ramai ahli akar umbi parti itu yang benar-benar jujur dengan perjuangan tersebut.

“Oleh sebab itu, apabila pimpinan utama UMNO berdakap dengan DAP, ahli-ahli akar umbi ini diyakini akan beralih kemudi.

“Persoalan yang timbul ialah, berapa peratus ahli akar umbi UMNO ini akan beralih kemudi? Pimpinan utama UMNO boleh jadi yakin, mereka yang beralih itu tidak ramai memandangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan padu dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

“Bagaimanapun, saya meyakini hampir separuh dari ahli akar umbi ummo akan beralih sokongan daripada menyokong gabungan PH-BN,” katanya.

Beliau menjelaskan pandangannya itu dengan mengimbas kembali konflik dalaman UMNO pada tahun 1987, dengan wujudnya Kumpulan A dan Kumpulan B, kemudian berpecah pula semasa Era Reformasi tahun 1998 dan yang terakhir Pasca Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun 2016.

Lazimnya, beliau berkata, perpecahan akan menyebabkan ahli akar umbi terbelah dua.

Apatah lagi kali ini, UMNO telah dibawa oleh pimpinannya berdakap dengan golongan yang menunjangi Malaysian Malaysia, katanya.

“Sekiranya separuh ahli akar-umbi UMNO beralih kemudi, maka berdasarkan dapatan daripada PRU ke-15 yang lalu iaitu 32 peratus pengundi Melayu menyokong UMNO, bermaksud tinggal hanya 16 peratus pengundi Melayu yang masih menyokong mereka.

“16 peratus yang selebihnya boleh jadi akan membuat undi protes terhadap PH-BN, sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi PN,” katanya.

Beliau berkata, dalam PRN akan datang, undi protes 16 peratus pengundi Melayu ini bakal menentukan siapa yang menang di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Undi protes ini juga bakal memperkukuhkan lagi dominasi PN di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Selain daripada itu, diyakini akan wujud pula undi protes dari pengundi bukan-Melayu terhadap PH, yang akan dikupas dalam rencana yang lain,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/umno-semakin-mengecil-tak-lagi-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Perlu Jadi Jurucakap Parti Lain Pemuda Umno Johor

Umno Tidak Perlu Jadi Jurucakap Parti Lain Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 245 hits
Pada Jumaat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Ahmad Maslan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon DAP UMNO tidak perlu menjadi jurucakap rasmi kepada parti lain tegas Ketua Pemuda UMNO Johor Noor Azleen Ambros Beliau berkata perkara terse...
Wan Rosdy Seru Setiap Ahli Umno Perlu Tanamkan Dalam Diri Kita Orang Parti

Wan Rosdy Seru Setiap Ahli Umno Perlu Tanamkan Dalam Diri Kita Orang Parti

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 263 hits
BENTONG Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru kepada anggota parti tanamkan dalam diri sebagai kita orang parti iaitu sentiasa meletakkan kepentingan UMNO sebagai asas dalam perjuangan Kata Menteri Besar Pahang itu berd...
Sehingga Kini Belum Ada Pimpinan Umno Yang Disucikan Oleh Kerajaan Ni

Sehingga Kini Belum Ada Pimpinan Umno Yang Disucikan Oleh Kerajaan Ni

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 257 hits
Selama beberapa bulan PH bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan perpaduan aku masih tak nampak pemimpin BN disucikan Begitu juga dengan penyokong BN Masih ada rasa skeptikal terhadap PH terutama DAP Ini tak pelik sebab dah lama bermusuhan...
Annuar Musa Lepas Dap Masuk Wtc Ahli Umno Tinggalkan Parti

Annuar Musa Lepas Dap Masuk Wtc Ahli Umno Tinggalkan Parti

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 362 hits
Malaysiakini Bekas pemimpin kanan Umno seakan melihat ada isyarat yang terpapar dari ibu pejabat parti itu apabila pelbagai pemimpin politik berkampung di situ petang semalam Menurut Annuar Musa program yang dikenali sebagai Konvensyen Kera...
Ramai Ahli Umno Masih Tidak Faham Kedudukan Parti Umno Hari Ini

Ramai Ahli Umno Masih Tidak Faham Kedudukan Parti Umno Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 348 hits
Oleh Adam MalikSehingga waktu ditulis rencana ini boleh lah kita buat rumusan masih ramai ahli UMNO masih tidak faham kenapa UMNO ambil Tindakan tertentu Atas sebab tidak faham maka ramai ahli UMNO terikut ikut Hasutan pihak lawan yang ambi...
Pemuda Umno Akan Bentang Resolusi Sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan

Pemuda Umno Akan Bentang Resolusi Sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 403 hits
PERGERAKAN Pemuda Umno Malaysia akan membawa resolusi yang dikemukakan oleh beberapa sayap negeri dan bahagiannya untuk dibawa dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok Ketua Pemuda Umno Muhamad ...
Konvensyen Kerajaan Campuran Hanya Menguntungkan Dap Dan Pkr Kata Bekas Kb Umno

Konvensyen Kerajaan Campuran Hanya Menguntungkan Dap Dan Pkr Kata Bekas Kb Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 532 hits
agendaily com16 05 2023Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail PKR dan DAP yang paling mendapat untung politik selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Dewan Merdeka baru baru ini Perhimpunan tersebut m...
Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 302 hits
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu sebagai janggal Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata penjelasan kepada a...
Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 335 hits
agendaily com19 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli UMNO agar melihat calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri sebagai waki...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Attention

China Mencatat Rekod Surplus Perdagangan Usd 1 Trilion Pencapaian Baharu Ekonomi

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock

Infinix Lancar Gtbuds 4 Dengan Harga Rm229

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged