Kenapa Dr Rozaimi Dan Aiman Athirah Bodoh Nak Faham Analogi Cerita Hud Hud Ustaz Hashim



Saya hadir dan mendengar sendiri ucapan al-Fadhil al-Mursyid al-Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, yang disampaikan ketika perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak pada hari Sabtu 29 Ogos lepas
Tuan Guru membawa kisah burung belatuk (hud hud) dalam kisah Nabi Sulaiman alaihis salam yang dirakamkan dalam surah al-'Ankabut ayat 15 hingga ayat 44.

Burung hud hud melanggar perintah Nabi Sulaiman AS, yang memerintahkan semua bala tentera Baginda AS yang terdiri daripada jin, manusia, burung-burung agar berhimpun.
Ketika pemeriksaan barisan dilakukan, didapati burung hud hud tiada. Lalu Nabi Sulaiman AS berkata:"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)"

Sebab hud hud tidak hadir adalah kerana ia berada di negeri Saba', memerhatikan kaum yang dipimpin oleh seorang wanita sujud menyembah matahari dan tidak menyembah Allah subhanahu wa ta'ala

Ringkas cerita, akhirnya Raja Perempuan Saba' tunduk kepada kekuasaan Nabi Sulaiman AS dan memeluk Islam:Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam "

Ibrahnya, walaupun hud hud buat kesalahan tidak hadir dalam perbarisan tentera sehingga nyaris dikenakan hukuman berat daripada Nabi Sulaiman AS, namun hud hud ada alasannya, dan akibat daripada 'kesalahan' hud hud melanggar SOP itu, Nabi Sulaiman AS berjaya mengIslamkan seorang Raja Perempuan dan menundukkan kekuasaan sebuah negeri sehingga berada di bawah pengaruh pemerintahan Nabi Sulaiman AS.
Adakah hud hud bersalah kerana melanggar arahan supaya berhimpun? Jawabnya ya, ia bersalah kerana tidak berhimpun dan tiada dalam perbarisan.
Jadi adakah hud hud wajar dikenakan hukuman yang berat? Jawabnya Nabi Sulaiman AS mempertimbangkan alasan hud hud dan tidak terus menjatuhkan hukuman atas alasan melanggar SOP

Jadi itulah analogi Tuan Guru al-Mursyid al-Am kepada kes Dr. Khairuddin, Menteri Komoditi yang terlanggar SOP kerana tidak kuarantin setelah pulang dari luar negara

Jadi mari sama-sama kita fikir:
Adakah melanggar SOP itu satu kesalahan? Ya satu kesalahan

Adakah kita perlu pertahankan kesalahan orang yang langgar SOP, hanya kerana dia kawan kita
Tidak, adililah dia dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya

Adakah beliau dikenakan hukuman? Ya, beliau telah dikenakan hukuman dan beliau mengambil tanggungjawab untuk memulangkan 4 bulan gaji

Implikasi Dr. Khairuddin yang tidak kuarantin itu, apakah beliau menjadi sebab kepada penularan virus Covid? Tidak, tak ada pun kluster takiri, takanan, tatengah, tadepan ataupun tabelakang

Menilai prestasi Dr. Khairuddin sebagai menteri, adakah beliau 'perform'

'Performance' beliau yang wajar dipuji ialah kejayaan beliau melonjakkan harga komoditi sawit lebih tinggi daripada menteri sebelum beliau (anda boleh tanya orang yang ada kebun sawit dan buatlah perbandingan)
Yang terakhir, adakah Dr. Khairuddin wajar disiksa dan disembelih (letak jawatan menteri) seperti desakan daripada musuh politik beliau, terutamanya daripada orang 'kafir' yang 'jujur' dengan kes terowong ghaib dan 'lundingan telus'

Beliau 'perform' dalam kementerian beliau;
Beliau terlanggar SOP kerana giat bekerja untuk negara dan rakyat;
Tak nampak pun beliau sibuk berpolitik dan buka pekung mendedahkan kelemahan menteri sebelum beliau;harga sawit naik dan rata-rata pekebun puas hati dengan prestasi Kerajaan PN berbanding sebelumnya;
Tiada pun kluster Covid yang melibatkan beliau;
Beliau bukan buat kesalahan syariah seperti meliwat, zina, minum arak sehingga perlu dijatuhkan hukuman hudud dan qisas;
Beliau bukannya songlap duit rakyat ataupun buat projek ghaib yang belanja menelan bilion;
Beliau dah dikenakan tindakan dan bertanggungjawab di atas kesalahan;
Kesalahan beliau hanya tak ikut SOP kuarantin 14 hari .... dan beliau sudah pun kena hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Jadi isunya wajarkah hud hud Takiri ini disiksa dengan siksaan yang berat ataupun disembelih atas kesalahan langgar SOP

Soalan ini masing-masing tanya iman dan jawablah sendiri, masing-masing nak jadi hakim, tapi adakah hukuman kita adil umpama adilnya Nabi Sulaiman yang memutuskan hukuman terhadap kes hud hud

Kesimpulannya, poin Tuan Guru al-Mursyid al-Am dalam analogi ini bukanlah untuk membela atau mempertahankan kesalahan Dr. Khairuddin yang melanggar SOP tapi lebih kepada bertanyakan pendirian ahli PAS adakah wajar untuk hanya berdiam dan tunduk dengan desakan pihak lawan yang mahukan Dr. Khairuddin dikenakan hukuman yang lebih berat seterusnya melepaskan jawatan sebagai menteri, ataupun memberi sokongan kepada beliau untuk 'move on' dan teruskan tanggungjawab sebagai menteri, setelah beliau sendiri akur dengan kesalahan dan menerima tindakan

P/S: Kepada Dr. Rozaimi yang dirahmati dan para pembaca yang sudi baca certot ini sampai la ke perenggan ini, saya mengajak untuk bersama-sama mengaminkan doa ini:

اللهم أرنا الحق حقا و ارزقنا اتباعه, و أرنا الباطل باطلا و ارزقنا اجتنابه، و لا تجعله ملتبسا علينا فنضل و اجعلنا للمتقين إماما

Ya Allah! Bagilah kami nampak kebenaran itu jelas nampak benarnya dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, dan bagilah kami nampak kebatilan itu jelas nampak batilnya dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya, dan jangan bagi ia nampak samar-samar terhadap kami lalu kami pun tersesat, dan jadikanlah kami imam kepada golongan bertaqwa

Rif'aat Razman.

#Sumber : FB  dan Tajuk artikel ini adalah tanggungjawab MindaRakyat  

MR : penggunaan perkataan bodoh nampak kasar tapi banyak ayat Quran guna bodoh untuk orang hebat ilmuntya seperti Karun dan Firaun kerana jahil dan rasa besar diri   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/kenapa-dr-rozaimi-dan-aiman-athirah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Tak Nak Panjangkan Cerita Belum Setahun Berkahwin Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai

Hiburan Saya Tak Nak Panjangkan Cerita Belum Setahun Berkahwin Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 405 hits
Enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dengan suami Muizz Nasruddin yang didakwa sedang bermasalah pelakon Nadia Brian dilihat lebih berselindung apabila diajukan soalan sedemikian Ujar Nadia fokus utamanya sekarang adalah untuk menye...
Sikap Pas Terhadap Sekolah Vernakular Dan Masalah Orang Ph Bengap Nak Faham

Sikap Pas Terhadap Sekolah Vernakular Dan Masalah Orang Ph Bengap Nak Faham

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 296 hits
Oh saya baru perasan rupanya ada gerombolan PH menyerang status saya tahun lepas tentang isu Nga Kor Meng dan sekolah vernakular Kononnya saya perlu tarik balik perkataan tongong yang saya guna kepada pemimpin DAP tersebut sebab Ketua Pemud...
Cucu Atok Tak Nak Join Parti Boboi Kena Faham Tok

Cucu Atok Tak Nak Join Parti Boboi Kena Faham Tok

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 340 hits
Atok buat parti atok lantik boboi jadi presiden Mestilah cucu atok frust menonggeng Kalau dia join parti atok dengan dia sekali terpalit dengan masalah atok Baik cucu atok buat parti baru boleh jadi presiden sendiri Kalau hala tuju parti cu...
Mp Dap Memang Bodoh Habis Mb Selangor Engkau Nak Letak Mana

Mp Dap Memang Bodoh Habis Mb Selangor Engkau Nak Letak Mana

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 274 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Klang Charles Santiago meminta Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meletak jawatan jika kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Sungai Selangor dalam ...
Gigih Buat Cerita Propa Nak Paksa Anwar Dan Pkr Terima Tun Mahathir Dan Calonkan Tun Sebagai Pm9

Gigih Buat Cerita Propa Nak Paksa Anwar Dan Pkr Terima Tun Mahathir Dan Calonkan Tun Sebagai Pm9

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 263 hits
Zanirun Baba1 Tun memang gila kuasa Bukan setakat kalau Tun memang nak join Muhyiddin Yasin Dia siap sokong Muhyiddin PM8 Rakaman video dan bukti semua ada Tapi dia uturn last minute sebab tak terima penyertaan Najib Dan dia nak semua MP UM...
Usia Kandungan Sudah 6 Bulan Zahirah Aiman Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata Pertama Tahniah

Usia Kandungan Sudah 6 Bulan Zahirah Aiman Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata Pertama Tahniah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 551 hits
Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita gembira apabila pasangan cantik jelita dan tampan bergaya Zahirah Macwilson dan suami Aiman Hakim Ridza berkongsi dengan peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama la...
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 471 hits
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e Commerce di Malaysia Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang Dari usia kanak kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerj...
Dugaan Bertunang Isa Tak Nafi Ada Kadang Kadang Salah Faham Merajuk

Dugaan Bertunang Isa Tak Nafi Ada Kadang Kadang Salah Faham Merajuk

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 397 hits
Sepanjang proses pertunangan bersama aktres Risteena Munim pelakon Isa Khan 27 tidak menafikan ada dugaan yang ditempuhi Kata Isa salah faham dan merajuk sering berlaku namun itu bukan satu isu yang besar source
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever