Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia| Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang. Dari usia kanak-kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes.
Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerjaya yang utama ataupun bisnes part-time menambah pendapatan.
MF sendiri pernah berbisnes secara part-time, dan suami MF pula menjadikan bisnes sebagai satu kerjaya utama sekarang setelah tamat sebagai tentera tahun 2016.
Namun, sejak berlakunya PKP akibat Covid-19, ramai yang ambil serius dengan bisnes online. Ada yang mula berjinak-jinak dengan bisnes yang kecilan, ada juga mula mencipta nama dan brand.
MF sendiri melihat bisnes e-Commerce ni satu bisnes online yang boleh berkembang jauh.
EH! Apa beza e-Commerce dan bisnes online?
Bisnes online ni bisnes atau perniagaan atas talian. Tapi bisnes e-Commerce ni more than that… Bukan setakat berniaga atas talian, tapi mula memasarkan produk secara meluas.
Jadi, jika ada yang bercita-cita nak berniaga secara serius dan bercadang nak serius dalam berniaga, ini MF nak kongsikan beberapa panduan dan tips bagi yang baru nak mula bisnes e-Commerce di Malaysia.
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia
#1 Pilih produk yang sesuai
Bila niat nak bisnes online secara serius atau baru nak mula bisnes e-Commerce, kena ada produk. Kena survey dan study apa produk yang boleh bertahan lama dalam bisnes system e-Commerce ni.
Jadi, pilih produk yang sesuai… Antara produk yang biasa orang buat bisnes e-Commerce yang tak lapuk dek musim ialah produk-produk berkaitan dengan keperluan asas manusia, iaitu pakaian, makanan dan teknologi.
Produk seperti tudung, baju, fesyen, makanan ringan, jajan, aksesosi teknologi dan gadjet pasti akan mendapat tempat dihati pembeli.
#2 Pilih platform e-Commerce yang betul
Platform e-Commerce ni ibarat tapak kedai kita lah. Kalau kedai offline, kita pasti akan cari tapak kedai yang strategik… Kedai online pun sama juga macam tu.
Jadi, perlu pilih tapak e-Commerce yang strategik.
Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah sistem/platform e-commerce?
(i) Boleh masukkan gambar-gambar produk
Ini ciri yang sangat penting. Kebiasaannya dalam mana-mana sistem e-commerce, kita memang boleh masukkan gambar-gambar produk. Sebaik-baiknya boleh masukkan banyak gambar, dimana kita berikan gambar produk dari sudut yang berbeza.
Umpama seperti kita nak beli barang di kedai, kita akan belek-belek produk yang kita nak beli kan, macam tu juga sistem di e-Commerce kita boleh masukkan gambar tanpa had. Jadi, orang boleh belek sampai puas dan buat pilihan dengan tepat sebelum membeli.
(ii) Boleh masukkan video berkaitan dengan produk yang nak dijual
Sekarang ini, video mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Terutama jika produk kita berkaitan dengan teknologi kan. Mesti orang nak tengok cara guna dan sebagainya.
Jadi, bila ada video, orang akan luangkan sikit masa untuk tonton video berbanding sebelum ini kita cuma boleh baca keterangan yang panjang berjela. Kalau yang jenis tak suka membaca, boleh tonton sahaja video.
(iii) Ada fungsi sistem review atau feedback dari pelanggan
Ini juga merupakan satu fungsi yang sangat penting. Bila sesuatu produk tu ada banyak feedback dari pelanggan, kita jadi lebih yakin untuk beli. Kalau semua feedback yang kita dapat tu adalah feedback yang positif, pelanggan tidak akan teragak-agak untuk beli.
Macam kita beli online kan, memang akan cari dan baca review sebelum beli. Kalau takde review macam teragak-agak nak beli kan.
(iv) Pelawat boleh tanya soalan secara public untuk dijawab oleh penjual atau lain-lain pengguna
Tak banyak platform e-Commerce ada sistem macam ni… Tapi kalau ada, ianya satu kelebihan. Memang orang suka baca review dan feedback bagi pengguna atau pembeli yang sedia ada.
(v) Ada sistem pembayaran
Sistem pembayaran yang bagus dan mudah, buatkan kedai online kita lebih menarik pengguna datang.
Kaedah pembayaran yang pelbagai seperti online banking, MEPS, Credit Card, Debit Card dan e-Wallet menjadi pilihan ramai pengguna masa kini. Zaman sekarang, semua benda nak cepat kan…
(vi) Sistem inventori
Sistem inventori ini dapat memudahkan kedua-dua belah pihak. Automatik sistem kira berapa yang telah terjual dan berapa yang ready stock. Jadi, ia memudahkan kedua-dua pihak. Penjual dan pembeli.
(vii) Sistem live chat
Sistem live chat ini bukanlah sistem yang wajib ada, tapi kalau kita perhatikan sekarang ini ada banyak juga laman web ecommerce yang dah mula memasang sistem live chat.
Sebab ada orang suka tanya itu ini sebelum membeli. Jadi live chat ni boleh dikatakan ciri yang penting dalam sistem e-Commerce.
Ciri-ciri platform yang kita tak boleh abaikan ialah mesra SEO dan menjamin keselamatan pengguna (pembeli) dan juga penjual. Dengan zaman scammer sekarang ni, memang aspek ni paling utama.
Dan sememangnya salah satu komponen platform e-Commerce di Malaysia ialah hosting. Hosting ni adalah server untuk sesebuah website yang berfungsi menjadi “orang” tengah di internet.
How to choose the best hosting for e-Commerce business?
Hosting for e-Commerce business is a lot now… Among the popular, Wordpress Hosting, Shared Hosting, Cloud Hosting. And among the latest to be the choice of many e-Commerce business owners is VPS Malaysia by Go Get Space.
VPS Hosting or Virtual Private Server Hosting by Go Get Space provides most of the benefits of a dedicated server at a low cost. All VPS servers are located in Kuala Lumpur, Malaysia. The resources are completely dedicated to the server that includes CPU, RAM and Disk Space which are upgradable at the click of a button on your demand. On the order side, VPS Server provides fast setup, root access, install almost any operating system or applications and change/modify any file on your server.
VPS Malaysia Hosting is suitable for both small and high-end websites. Our powerful and cheap VPS are highly scalable web, email and application hosting solution for businesses, developers and web hosting resellers. VPS is also the perfect solution if you want to try a virtual server for the first time or to look to switch from shared web hosting to a bigger virtualized server.
#3 Hebahan Produk
Nak bina sesuatu bisnes e-Commerce tak susah, tapi yang agak mencabar ialah mencipta jenama.
Jenama produk boleh tercipta dengan strategi promosi produk yang berkesan.
Zaman teknologi ini, tak susah nak promosi produk baru. Gunakan semua saluran media sosial yang ada. Bina jenama di media sosial seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan Blog.
Bila jenama telah tercipta, orang dah kenal… tak susah dah nak bangunkan dan majukan bisnes e-Commerce anda.
Contoh antara bisnes e-Commerce yang berjaya antaranya kalau fesyen muslimah la, macam Hijab Galeria, Mawar Cotton, Zalora. Kalau bisnes buku Bookcafe antara sistem yang terkenal.
Itulah serba sedikit panduan atau tips yang boleh MF kongsikan. MF pun dalam plan ni bisnes e-Commerce untuk bisnes sticker suami MF… Memang masih study lagi ni. Sebab nak kena ada ilmu juga kan kalau nak buat.
Dan antara yang MF tengah survey sekarang ni tentang VPS Malaysia tu la... Sebab tengah cari tapak kan... Penting tu sebab melibatkan modal... dan VPS pula melibatkan keselamatan online... dan kesan jangka panjang.
Semoga bermanfaat buat para bisnes online nak yang kembangkan bisnes jadi satu bisnes e-Commerce di Malaysia yang berjaya dan terkenal satu hari nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2020/08/ini-tips-bagi-yang-baru-nak-mula-bisnes.html