Kenapa Bibir Perokok Selalunya Hitam Ini Punca Dan Cara Merawatnya


Saban hari kita didedahkan dengan isu yang dikaitkan dengan rokok, dari padah yang menimpa si perokok sehinggalah kepada penguatkuasaan undang-undang terbaru mengenainya. Malah sejak dari kecil lagi lagi kita telah ‘ditanam’ dengan keburukan rokok terhadap kesihatan diri mahupun orang sekeliling.
Namun, antara banyak-banyak nasihat yang sering kita dengar, ada satu yang mungkin masih terngiang-ngiang ditelinga:
“Jangan merokok, nanti bibir kau hitam.” Paling ketara adalah apabila ada yang mula berteka-teki tentang penampilan luaran anda.
“Bibir kau hitam, mesti kau merokok kan?” Kesan Merokok Pada Kulit Dan Membran Mukus Sebenarnya impak merokok tidak hanya menjejaskan kesihatan dalaman anda, tetapi kebanyakan bahan kimia yang terdapat dalam tembakau turut boleh mendatangkan kerosakan pada fizikal anda, khususnya pada kulit dan membran mukus anda. Tabiat merokok boleh menyebabkan berlakunya penuaan kulit pramatang, melambatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan risiko jangkitan kulit serta beberapa masalah berkaitan kulit seperti psoriasis, hidradenitis suppurativa dan lupus erythematosus kulit (cutaneous lupus erythematosus).
Sebatian kimia yang terdapat di dalam tembakau menyebabkan tekanan kepada tisu dan saluran darah kecil. Dalam masa yang sama, akan berlaku pembentukan keradangan mikro di dalam saluran darah, yang boleh mengakibatkan oklusi iaitu penyumbatan atau penutupan saluran darah. Seterusnya, bekalan oksigen kepada kulit menjadi tidak mencukupi yang menyebabkan kematian tisu pada sekitarnya (tissue ischaemia) dan menjejaskan penampilan kulit.
Gambar Hiasan Selain itu, tembakau juga akan mengurangkan tindak balas imun individu perokok dan mendorong enzim yang dipanggil ‘metallo-proteinase MMP-1’, yang berperanan menyebabkan kemerosotan kolagen. Seperti yang anda ketahui, kolagen adalah penting untuk mengekalkan integriti kulit dan membantu penampilan kulit lebih anjal dan tampak muda.
Merokok dan bibir gelap Merokok bukan sahaja akan mengurangkan aliran darah ke bibir disebabkan pendedahan kepada tar dan nikotin yang akan menjadikan bibir kering dan berkedut, tetapi dalam masa yang sama mengubah warna bibir menjadi gelap. Hiperpigmentasi yang berlaku boleh menjadi kebimbangan estetik yang serius apabila warna gelap yang terjadi itu kelihatan tidak sama pada bibir dan gusi. Ia mungkin tampak seperti warna ungu, coklat gelap atau hitam.
Tompok berwarna coklat, yang kelihatan dalam mulut dipanggil ‘smoker’s melanosis’ dan akan terjadi pada 5 hingga 21.5% perokok. Hiperpigmentasi ini berlaku disebabkan rangsangan pengeluaran melanin, iaitu sebagai tindak balas terhadap pendedahan bahan kimia dalam tembakau serta ikatan melanin yang terdapat dalam sebatian asap tembakau. Hiperpigmentasi pada bibir dan gusi biasanya boleh dilihat pada perokok kronik. Oleh sebab ini, merokok dan bibir gelap adalah salah satu kesan estetik akibat merokok yang paling mudah dilihat, yang mana bagi sesetengah perokok merasakan ia sedikit mengganggu.
Apa yang boleh anda lakukan mengenai merokok dan bibir gelap? Bibir seorang perokok boleh menjadi gelap dalam masa beberapa bulan atau tahun seseorang individu itu merokok. Jika anda menginginkan cara pantas untuk memperbaiki masalah bibir gelap ini, penggunaan lipstik berwarna merah pasti boleh membantu. Ia merupakan cara yang popular dan mudah untuk membantu menutup masalah bibir gelap kerana merokok.
Walau bagaimanapun, jika anda mencari ubatan untuk jangka masa panjang, terdapat dua perkara yang perlu anda titik beratkan; tabiat merokok dan cara penjagaan bibir anda. Selagi anda dapat merokok dalam jumlah yang sama setiap hari, bibir anda tidak akan dapat pulih seperti sedia kala. Cara yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Doktor boleh membantu dengan memberi preskripsi Terapi Penggantian Nikotin (NRT) untuk melawan keinginan merokok dan membantu anda berhenti secara beransur-ansur.
Cara Terbaik Nak Rawat Bibir Hitam Apabila ia berkisar tentang perihal penjagaan bibir, anda boleh mencuba ubatan rumah atau mendapatkan bantuan profesional. Bantuan profesional sangat digalakkan jika anda berdepan dengan masalah bibir gelap yang teruk dan anda mencari jalan penyelesaian yang berkesan.
Anda boleh mencuba untuk membuat dan menggunakan masker bibir di rumah. Terdapat bukti yang menyatakan penggunaan masker yang mengandungi kunyit, lemon atau perahan air limau nipis boleh membantu mencerahkan bibir. Cuba gabungan campuran ini dengan satu atau lebih dengan minyak vitamin A atau E, sapukan di bibir dan biarkan ia selama 15 minit. Lakukannya sehari sekali. Anda juga boleh membeli topeng bibir yang dijual di farmasi.
Gambar Hiasan Bantuan profesional di sini merujuk kepada rawatan penggunaan laser. Ia dilakukan secara profesional oleh ahli dermatologi atau pakar bedah, rawatan laser ini akan menumpukan kepada penggunaan cahaya jauh ke dalam lapisan kulit. Rawatan ini boleh digunakan untuk mengembalikan warna semula jadi bibir, menyasarkan bintik-bintik gelap, menyingkirkan melanin berlebihan, merangsang pengeluaran kolagen dan menghapuskan kedutan sekitar mulut.
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kesihatan atau kesan estetik akibat merokok, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/03/kenapa-bibir-perokok-selalunya-hitam-ini-punca-dan-cara-merawatnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jeragat Mari Belajar Cara Membezakan Bintik Hitam Melasma Sunspot Dan Age Spot

Jeragat Mari Belajar Cara Membezakan Bintik Hitam Melasma Sunspot Dan Age Spot

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 876 hits
Panggilan sinonim bagi bintik hitam hitam di wajah ialah jeragat Tetapi sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang ketara Punca masalah bintik hitam ini juga adalah tidak sama Jika kita dapat membezakan masalah yang dihadapi insha Allah lebih m...
Ketahui Tanda Kulit Rosak Akibat Matahari Dan Cara Merawatnya

Ketahui Tanda Kulit Rosak Akibat Matahari Dan Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 593 hits
Adakah anda seorang yang prihatin terhadap masalah kedutan bintik hitam dan kulit yang kasar dan keras Masalah bintik hitam penuaan Masalah kedutan Usah bimbang lagi dengan hanya mengikuti beberapa panduan mudah dari Yayasan Kanser Kulit in...
Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

Niat Solat Jumaat Cara Mengerjakannya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 628 hits
shoes on pray by Bagaimana niat solat Jumaat Dan bagaimana pula cara mengerjakan solat jumaat Ini adalah panduan mudah untuk melakukan sembahyang fardu jumaat Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini ...
Isteri Tak Pernah Cakap Diri Penat Suami Hebat Tahu Cara Ceriakan Semula

Isteri Tak Pernah Cakap Diri Penat Suami Hebat Tahu Cara Ceriakan Semula

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 599 hits
Isteri di rumah menguruskan anak dan rumah tangga Tidak lupa juga isteri yang bekerja juga kepenatan dengan tugasan Tidak dinafikan senyuman manis kadang kadang bertukar muram tanpa disengajakan Situasi ini mungkin pernah dialami semua pasa...
Pertanyaan Yang Umumnya Ditanyakan Saat Interview Dan Cara Menjawabnya

Pertanyaan Yang Umumnya Ditanyakan Saat Interview Dan Cara Menjawabnya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 338 hits
Ya tak dapat dipungkiri bahwa saya saat artikel ini ditulis sedang mencari kerja lagi Sudah tentu dalam melamar sebuah pekerjaan itu kita perlu mengirimkan CV dan lamaran kita Yang dikirimkan itu tidak bisa satu atau dua begitu harus banyak...
Cara Jago Jualan Buat Para Pedagang

Cara Jago Jualan Buat Para Pedagang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 297 hits
Kali ini kami akan jelaskan terkait dengan Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai penda...
Perhatikan Cara Berikut Untuk Pelaku Reseller Jago Jualan

Perhatikan Cara Berikut Untuk Pelaku Reseller Jago Jualan

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 328 hits
Pembahasan kita sekarang ialah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai pendapatan tambahan ma...
Amboi Ambrosia Rasa Enak Epal Luv Ya Dari New Zealand Cara Malaysia

Amboi Ambrosia Rasa Enak Epal Luv Ya Dari New Zealand Cara Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 428 hits
AMBOI AMBROSIA RASA ENAK EPAL LUV YA DARI NEW ZEALAND Assalamualaikum semua Dalam banyak banyak buah buah yang selalu aku beli adalah epal sebab rasanya yang manis dan juicy Lagipun bila makan buah epal ni dah cukup mengenyangkan tanpa perl...
Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 365 hits
Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion yang diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan Sama juga konsepnya sep...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya