Kenapa Anwar Sukar Dapat Sokongan



PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak tahu sebab yang sering menghalang Presiden Anwar Ibrahim sukar mendapat sokongan untuk menjadi perdana menteri. 
Beliau berkata demikian pada malam ketika pemilihan untuk jawatan perdana menteri kesembilan melalui undian di kalangan ahli Parlimen menjadi tumpuan ramai

“Kalau Anwar nak jadi perdana menteri dia kena dapatkan sokongan majoriti Dewan Rakyat, tapi dia kerap kali tak dapat sokongan, pasal apa pun saya tak tahulah,” kata Dr Mahathir.
Tambanya, Pejuang juga kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan dan memilih menjadi kuasa ketiga.
Ini kerana Pejuang tidak tertarik untuk mengadakan kerjasama sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
“Kita dapati kedua-dua pasukan gabungan yang ada, PN dan PH tidak menarik sebab itu kita asingkan diri.
“Kita kuasa ketiga. Kita boleh pilih mana satu kita memihak kepada mereka tapi kita ingin tahu apa pendirian mereka.
“Pejuang tak bergabung dengan sesiapa waktu ini. Ada kawan-kawan tapi tak bergabung,” kata Dr Mahathir.
Beberapa petunjuk yang muncul pada waktu itu menunjukkan Anwar tidak berjaya mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.
Pejuang semalam enggan mendedahkan calon pilihan mereka namun kenyataan para pemimpinnya menggambarkan parti itu tidak menyokong calon daripada kem Umno, Ismail Sabri Yaakob.
Paling jelas kenyataan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir yang berkata pihaknya tidak akan menyokong calon yang bekerjasama dengan kleptokrat, merujuk kepada beberapa ahli Parlimen Umno.
Kerjasama Dr Mahathir dan Anwar dilihat kembali pulih apabila kedua-duanya tampil bersetiakawan dalam demonstrasi ahli Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Hubungan mereka tegang semula tahun lalu sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh apabila penyokong Anwar mendesak jawatan itu diserahkan kepada ahli Parlimen Port Dickson itu.
Sewaktu ditanya dalam wawancara dengan Bernama, Dr Mahathir berkata beliau hanya berminat untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara dan tidak berminat menjadi perdana menteri semula.
Katanya, kedudukan sebagai perdana menteri tidak harus menjadi keutamaan sewaktu negara berperang dengan wabak pandemik Covid-19.
“Saya tak berminat dengan (jawatan) Kabinet, saya nak ada kuasa tangani masalah Covid-19.
“Saya bukan nak jadi perdana menteri saya cuma nak jadi ketua Mageran (Majlis Gerakan Nasional) atau Majlis Pemulihan Negara.
“Tapi apa yang kita putuskan kerajaan kena terima, setakat itu saja,” katanya.
Majlis yang dicadangnya itu ditubuhkan Muhyiddin pada bulan lalu namun tetap dikritik Dr Mahathir kerana masih diketuai perdana menteri.
Beliau pada asalnya mencadangkan penubuhan majlis pemulihan tersebut dilibatkan pakar tanpa pengaruh politik ketika pentadbiran PN.
Dr Mahathir berkata majlis berkenaan harus berfungsi sehingga keadaan penularan wabak Covid-19 reda.
“Sehingga kita selamat daripada Covid-19 kita tak boleh beri masa 10 bulan atau setahun (kepada majlis).
“Covid-19 datang dalam pelbagai varian, saya bagi idea ini masa itu tak besar lagi, kes 2,000 sehari. Sekarang naik ke 22,000 sehari.
“Tak tahulah saya boleh lebih baik daripada itu. Saya rasa kalau kita runding orang yang betul yang fikir masalah ini kita dapat idea tangani Covid-19 ini.
“Kalau bagi (tubuh majlis sejak) awal dulu saya yakin dapat perlahankan kadar jangkitan,” kata Dr Mahathir.
Oleh itu, penubuhan majlis berkenaan amat penting untuk membolehkan negara keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19, katanya.
“Kita risau orang menderita banyak, mati, sakit, bunuh diri pun… kita tak pernah dengar orang Melayu bunuh diri sekarang bunuh diri.” ~ The Malaysian Insight



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/kenapa-anwar-sukar-dapat-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tidak Hubungi Gabungan Parti Sarawak Untuk Sokongan

Anwar Tidak Hubungi Gabungan Parti Sarawak Untuk Sokongan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 321 hits
KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata Anwar Ibrahim tidak menghubungi Gabungan Parti Sarawak untuk mendapatkan sokongan dalam cubaannya untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Tidak beliau tidak buat kata Aban...
Ph Akui Anwar Tak Cukup Sokongan Jadi Pm

Ph Akui Anwar Tak Cukup Sokongan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 279 hits
AGENDA DAILY Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri namun Pakatan Harapan mengutus surat kepada Yang di Pertuan Agong setelah UMNO mendakwa 13 Ahli Parli...
Anwar Bakal Hilang Satu Undi Sokongan Azis Langgar Kerahsiaan Agong

Anwar Bakal Hilang Satu Undi Sokongan Azis Langgar Kerahsiaan Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 185 hits
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman menunjukkan surat akuan beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mencetuskan persoalan mengenai kerahsiaan yang dititahkan Yang di Pertuan Agong Sudahlah tidak disokong oleh muridnya ...
Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 234 hits
Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata mustahil Umno mahu menyoko...
Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 249 hits
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa namanya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa sebagai calon Perdana Menteri daripada PH Plus KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa diri...
Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 263 hits
Anwar menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ...
Anwar Dapat Sokongan Lebih Paras Mencukupi Untuk Jadi Pm Ke 9

Anwar Dapat Sokongan Lebih Paras Mencukupi Untuk Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ahli ahli Parlimen fraksi Perikatan Nasional untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Perkara itu didedahka...
Ph Dapatkan Sokongan Kumpulan Klepto Umno Untuk Anwar Jadi Pm

Ph Dapatkan Sokongan Kumpulan Klepto Umno Untuk Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 284 hits
Penyokong Anwar dalam PKR berkata kleptokrat sokong kerajaan Pakatan Harapan tidak menyalahi undang undang Anwar Ibrahim Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak Kira kira 15 ahli Parlimen sekutu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi termasuk yang ber...
Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 501 hits
Pendirian Gabungan Parti Sarawak yang seolah olah berkecuali dengan tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke 9 menimbulkan persoalan apakah Perikatan Nasional mempunyai majoriti sebagaimana digembar gemburkan mereka Kenyataan Pe...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord

Palpitasi Punca Cara Hilangkan Degupan Jantung Laju

Mercedes Solar Paint A Bright Future For Electric Vehicles

Subaru S Windshield Settlement Owners Will Be Rewarded 5 000 And The Lucky Lawyers Will Receive 7 2m