Anwar Dapat Sokongan Lebih Paras Mencukupi Untuk Jadi Pm Ke 9



SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ahli-ahli Parlimen fraksi Perikatan Nasional (PN) untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu.
Perkara itu didedahkan sumber terdekat kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menegaskan setakat ini, beberapa parti dalam blok pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) serta ahli-ahli Parlimen daripada PN sudah menyatakan persetujuan menyokong Anwar.
Jelas beliau, sokongan daripada ahli-ahli Parlimen fraksi PN yang diterima Anwar adalah berbentuk peribadi dan dikemukakan dalam bentuk warkah akuan sokongan untuk dipersembahkan kepada Istana Negara.
"Setakat ini, sudah ada persetujuan daripada beberapa parti pembangkang yang bukan bersama PH untuk menyokong Anwar, termasuk beberapa ahli Parlimen yang bersama PN ketika ini.
"Bagaimanapun, sokongan daripada parti atau ahli Parlimen luar PH bukan berbentuk perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) sebagaimana didakwa segelintir pihak.
"Sebaliknya, sokongan itu bagi membentuk sebuah kerajaan baharu yang mempunyai paras sokongan majoriti lebih daripada mencukupi," kata sumber berkenaan selepas dihubungi Sinar Premium pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson difahamkan sudah mendapat sokongan secara 'grand coalition' daripada parti-parti blok pembangkang untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.
Melalui sokongan secara 'grand coalition' berkenaan, Anwar dikatakan sudah menerima sejumlah 105 sokongan ahli-ahli Parlimen dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam lagi sokongan ahli Parlimen daripada blok kerajaan bagi meraih sokongan majoriti.
Ketika ini, spekulasi bertiup kencang mengatakan Anwar telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar parti itu kembali menyokong PH dalam mengembalikan mandat pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Untuk rekod, jumlah ahli Parlimen dalam blok pembangkang adalah seramai 120 orang terdiri daripada PH (89 orang), diikuti UMNO menolak PN (15), Warisan (8), Parti Pejuang Tanahairku (4), Ikatan Demokratik Muda (1), calon bebas (2), PSB (2) dan UPKO (1).
Majoriti mudah sokongan ahli Parlimen yang diperlukan seseorang calon untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu haruslah melebihi angka 110 orang.
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima warkah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta.
Susulan itu, Seri Paduka Baginda juga bertitah supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Mengulas lanjut, sumber PKR berkenaan bagaimanapun menafikan terdapat sebarang pertemuan antara kumpulan bekas ahli Parlimen PKR diketuai bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Anwar di sepanjang berlakunya krisis pentadbiran negara.
Jelas beliau, terdapat percubaan daripada kumpulan Mohamed Azmin untuk menghubungi Anwar, bagaimanapun mereka dihalang sepenuhnya oleh pucuk kepimpinan parti.
"Kami tidak pasti tujuan sebenar mereka hubungi Presiden parti kami. Namun kami memang tidak akan melayan sebarang rayuan atau percubaan untuk berbincang dengan kumpulan Azmin.
"Selain itu, kami turut dihubungi oleh bermacam-macam pihak termasuk parti-parti dalam PN. Tidak dinafikan pelbagai bentuk rundingan dikemukakan kepada kami, namun PKR tetap mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri baharu paling layak," katanya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin sewaktu dihubungi hanya menjawab ringkas beliau tidak nafi atau mengesahkan spekulasi berhubung Anwar sudah mempunyai angka sokongan lebih paras mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri baharu.
"Saya tidak ingin mengesahkan mahu pun menolak spekulasi berkenaan. Itu sahaja yang saya boleh ulas ketika ini," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu.
Seorang lagi pemimpin PKR turut mengunci mulut apabila ditanya mengenai spekulasi berkenaan.
Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebaliknya menjawab perkara itu akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk penentuan muktamad.
"Maaf saya tidak boleh komen buat masa ini. Serahkan kepada Majlis Presiden (PH)," katanya.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pendirian parti itu.
Enggan mengulas lanjut, Loretto sebaliknya meminta semua pihak menunggu sedikit masa lagi untuk mengetahui pendirian sebenar parti itu memandangkan keadaan politik semasa disifatkan 'sangat genting'.
"Saya tidak mahu komen dahulu. Kita tunggu sedikit masa lagi. Sekarang ini keadaan tengah genting.
"Berkenaan dakwaan Warisan akan menyokong Anwar, itu kena tanya pihak sana sendirilah sebab dakwaan itu datang daripada pihak mereka," katanya lapor Sinar Premium


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/anwar-dah-dapat-sokongan-lebih-paras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 198 hits
Anwar menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ...
Pkr Dakwa Sokongan Terhadap Anwar Lebih 105 Ahli Parlimen

Pkr Dakwa Sokongan Terhadap Anwar Lebih 105 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 224 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PKR mendakwa sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bertambah berbanding 105 Ahli Parlimen sebelum ini Ketua Penerangannya Shamsul Iskandar Mohd Akin bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah p...
Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

Gps Berkecuali Sokongan Ismail Di Bawah Anwar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 398 hits
Pendirian Gabungan Parti Sarawak yang seolah olah berkecuali dengan tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke 9 menimbulkan persoalan apakah Perikatan Nasional mempunyai majoriti sebagaimana digembar gemburkan mereka Kenyataan Pe...
Anwar Juga Tiada Majoriti Jadi Pm Lebih Baik Beri Rakyat Mandat Dalam Pru

Anwar Juga Tiada Majoriti Jadi Pm Lebih Baik Beri Rakyat Mandat Dalam Pru

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 183 hits
Blok pembangkang yang kini ditambah 14 MP UMNO tidak sepakat untuk melantik Anwar sebagai PM baharu mereka Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa rupanya juga tiada majoriti untuk dilantik Perdana Menteri baharu dan semata mata han...
Anwar Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15

Anwar Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 199 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu adalah cabaran untuk pembangkang bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang Bagi semua pimpinan anggo...
Ph Akui Anwar Tak Cukup Sokongan Jadi Pm

Ph Akui Anwar Tak Cukup Sokongan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 236 hits
AGENDA DAILY Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri namun Pakatan Harapan mengutus surat kepada Yang di Pertuan Agong setelah UMNO mendakwa 13 Ahli Parli...
Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

Kita Kerja Lebih Gigih Menangi Pru 15 Mesej Anwar Kepada Pembangkang Susulan Ismail Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 180 hits
Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu akan mendorong pembangkang bekerja lebih gigih untuk memenangi PRU15 KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim berkata pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana mente...
Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

Saya Pilih Anwar Kerana Negara Lebih Utama Dari Bangsa Kata Prof Agus

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 149 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 18 2021Saintis politik Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata beliau memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pilihannya kerana lebih mementingkan negara dari bangsa Kenapa DSAI pilihan saya ...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan