Kenali Jenis Koyakan Jahitan Lepas Bersalin Koyakan Parah Melepasi Dubur Perlukan Jahitan


Setiap kelahiran bayi kebanyakannya melibatkan koyakkan pada bahagian perineum akibat regangan kulit, episiotomi dan penggunaan alat bantu semasa proses kelahiran berlaku. Ikuti info lanjut dari Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital.

Koyakan ini lazimnya terjadi secara semula jadi semasa proses meneran atau insisi episiotomi yang dilakukan oleh bidan atau doktor untuk memudahkan proses bayi dapat dikeluarkan semasa proses kelahiran.
Jenis-jenis koyakan
Menurut Dr Ivan, jenis dan tahap koyakan semasa proses kelahiran boleh diklasifikasikan mengikut tempat ia terjadi dan ukuran kedalamannya. Ia melibatkan bahagian vulva, faraj (vagina), serviks dan rahim.  Lazimnya, koyakan semasa bersalin terjadi pada faraj dan vulva sahaja.
Empat tahap koyakan perineum semasa kelahiran
Darjah pertama iaitu satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan. Darjah kedua iaitu koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit dan biasanya memerlukan jahitan. Darjah ketiga iaitu koyakan dalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus (otot sfinkter) dan memerlukan jahitan. Darjah keempat iaitu koyakan parah yang melampaui otot-otot dubur. Koyakan mungkin melepasi dubur dan memerlukan jahitan. Episiotomi
Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi. Namun, dalam keadaan kecemasan episotomi dilakukan tanpa bius. Episiotomi dilakukan untuk melebarkan laluan kelahiran. Doktor akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan episiotomi iaitu;
Episiotomi dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran bayi untuk mengelakkan bayi lemas atau fetal distress. Menjangkakan bahu bayi akan tersangkut. Kes kelahiran yang memerlukan bantuan instrumen (bagi kelahiran normal) iaitu seperti ventouse dan Boleh mengelakkan ibu bersalin mengalami kekoyakan perineum yang teruk, terutamanya apabila saiz bayi yang besar. Risiko luka yang teruk
Kira-kira hanya satu daripada 100 orang ibu yang bersalin secara vagina mengalami koyakan darjah ketiga atau keempat. Selalunya, kes berikut cenderung mengakibatkan koyakan parah.
Kelahiran bayi pertama, Bayi dalam posisi belakang-menghadap-belakang. Berat badan bayi anda melebihi 4kg. Kelahiran dengan bantuan forseps. Penjagaan luka pada vagina selepas bersalin
Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan.
Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila pad sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas (lokia). Mencuci bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih. Menggunakan larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari. Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat menggalakkan proses penyembuhan luka. Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa dengan luka sehingga mengganggu pergerakan. Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ketidakselesaan ialah:
Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt. Meletakkan pek ais pada tempat jahitan untuk meredakanbengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama. Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan. Cuba elakkan sembelit dengan memakan makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya. Boleh mengambil pelembut najis jika perlu. Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran. Selepas dua bulan,
Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.
Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Sitz bath boleh membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.
The post Kenali Jenis Koyakan & Jahitan Lepas Bersalin. Koyakan Parah Melepasi Dubur Perlukan Jahitan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kenali-jenis-koyakkan-jahitan-lepas-bersalin-koyakan-parah-melepasi-dubur-perlukan-jahitan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jahitan Lepas Bersalin Terbuka Semula Ketahui Risiko Cara Penjagaan Luka Bersalin

Jahitan Lepas Bersalin Terbuka Semula Ketahui Risiko Cara Penjagaan Luka Bersalin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 355 hits
Kadang kala yang baru pertama kali bergelar ibu tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka Dalam hal ini episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau Kebanyakan kes jahitan terbuka boleh berlak...
Tiada Koyakan Tiada Jahitan Ini Tip Elak Koyakan Perineum Sewaktu Bersalin

Tiada Koyakan Tiada Jahitan Ini Tip Elak Koyakan Perineum Sewaktu Bersalin

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 299 hits
Wanita yang hamil semestinya mengimpikan kelahiran yang mudah dan tidak menyakitkan Ada antara mereka mengalami trauma bersalin disebabkan koyakan perineum yang mengakibatkan kesukaran untuk menjaga kawasan berkenaan semasa berpantang Prose...
Cara Atasi Sembelit Masa Berpantang Sila Baca Kalau Tak Nak Jahitan Bersalin Terbuka

Cara Atasi Sembelit Masa Berpantang Sila Baca Kalau Tak Nak Jahitan Bersalin Terbuka

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 549 hits
Masalahnya ialah ramai ibu berpantang yang alami sembelit terutama dalam minggu pertama lepas bersalin Bila dah sembelit memang pasti la korang akan menerankan Nak Tau Cara Elak Sembelit Masa Pantang
Cara Kenali 8 Sifat Wanita Berdasarkan Jenis Bra Yang Selalu Dipakai

Cara Kenali 8 Sifat Wanita Berdasarkan Jenis Bra Yang Selalu Dipakai

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 578 hits
Bra atau coli adalah pakaian dalam yang sudah menjadi pakaian wajib bagi wanita moden Bra dapat membantu menampung payudara lebih sempurna sehingga tulang belakang tidak terasa sakit dan penat selain dapat menjaga kecantikkan bentuk payudar...
Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa

Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 312 hits
Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya KenapaBaru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa
Punca Masalah Sembelit Masa Berpantang Mimpi Ngeri Ibu Lepas Bersalin

Punca Masalah Sembelit Masa Berpantang Mimpi Ngeri Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 490 hits
Sembelit masa berpantang memang boleh jadi mimpi ngeri yang takkan dilupakan sampai bila bila oleh ibu lepas bersalin Ramai yang terfikir fikir apa sebenarnya yang menyebabkan sembelit masa berpantang
10 Fakta Luka Bersalin Yang Ibu Ibu Mesti Tahu Biar Senang Sembuh

10 Fakta Luka Bersalin Yang Ibu Ibu Mesti Tahu Biar Senang Sembuh

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 430 hits
Selepas bertarung nyawa melahirkan bayi ibu ibu perlu tahu cara betul penjagaan luka bersalin supaya ia senang sembuh Penjagaan luka bersalin perlu dilakukan dengan betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku jangkitan kuman yang boleh ...
Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 776 hits
Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin Entry sebelum ni Fadzi ada cerita kan pasal pengalaman bersalin dekat Avisena Specialist Hospital kan Korang boleh baca dekat sini Dalam entry kali ni Fad...
Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 651 hits
Orang kata petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata Iya selagi belum cuba resultnya belum kita tahu kan Macam tu jugalah petua tambah susu badan selepas bersalin bagi ibu ibu yang baru melahirkan zuriat Sebenarnya tertarik dengan be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo