Jahitan Lepas Bersalin Terbuka Semula Ketahui Risiko Cara Penjagaan Luka Bersalin


Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin  yang perlu sentiasa dipantau.

Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.  Melalui pengalaman doktor sendiri, kebanyakan kes  jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.
Tanda-tanda jahitan terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan  nampak terbuka.
Komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut
Risiko
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourished) dan urang daya tahan penyakit.
Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka.  (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka. Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan lambat sembuh
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tindakan anda
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Jahitan terbuka semula?
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika  jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan.  Oleh kerana itu, ada sesetengah kes,  luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti  dibersihkan setiap hari atau  pengambilan  makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
Tempoh sembuh
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam  minggu.
Luka cepat sembuh
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
Penjagaan luka jahitan 
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Bahaya jahitan terbuka
Jahitan terbuka tidak membahayakan nyawa kecuali kalau ada jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan dan lambat mendapat rawatan. Selain itu, jika tidak dijahit, dan  dibiarkan, luka jahitan terbuka bersalin memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.
Rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan. Segera berjumpa doktor untuk pastikan jahitan tidak terbuka.
 
The post Jahitan Lepas Bersalin Terbuka Semula? Ketahui Risiko & Cara Penjagaan Luka Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jahitan-lepas-bersalin-terbuka-semula-ketahui-risiko-cara-penjagaan-luka-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Atasi Sembelit Masa Berpantang Sila Baca Kalau Tak Nak Jahitan Bersalin Terbuka

Cara Atasi Sembelit Masa Berpantang Sila Baca Kalau Tak Nak Jahitan Bersalin Terbuka

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 549 hits
Masalahnya ialah ramai ibu berpantang yang alami sembelit terutama dalam minggu pertama lepas bersalin Bila dah sembelit memang pasti la korang akan menerankan Nak Tau Cara Elak Sembelit Masa Pantang
Kenali Jenis Koyakan Jahitan Lepas Bersalin Koyakan Parah Melepasi Dubur Perlukan Jahitan

Kenali Jenis Koyakan Jahitan Lepas Bersalin Koyakan Parah Melepasi Dubur Perlukan Jahitan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 485 hits
Setiap kelahiran bayi kebanyakannya melibatkan koyakkan pada bahagian perineum akibat regangan kulit episiotomi dan penggunaan alat bantu semasa proses kelahiran berlaku Ikuti info lanjut dari Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Speciali...
Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

Luahan Rindu Suami Pada Isteri Yang Bunuh Diri Kerana Meroyan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 495 hits
Kejadian ini berlaku kira kira dua tahun lalu pada bulan Oktober Sewaktu itu wanita bernama Florence Leung ini hilang selepas keluar rumah Ia menyebabkan seluruh keluarga dan suaminya mencari di merata tempat Setelah puas mencari pihak poli...
Acl Cara Penjagaan Mengikut Cara Comel

Acl Cara Penjagaan Mengikut Cara Comel

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 350 hits
Hi korang harini ni tergerak hati dan jari untuk rajin update tentang Anterior Cruciate Ligament atau lebih dikenali sebagai Injuries Bagi yang baru mengenali diri ini mesti tak sangka yang aku selamani pernah jalani pembedahan ACL Kalau ad...
Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

Wanita Hamil Alami Anemia Cenderung Murung Lepas Bersalin Makanan Ini Mampu Naikkan Hb

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 285 hits
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah Apabila berlaku ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat Atas sebab inilah para wanita hamil perlu sentiasa menjaga par...
Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa

Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 312 hits
Baru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya KenapaBaru Minggu Lepas Bersalin Tapi Skang Dah Netizen Membawang Dan Terkejut Bila Vivy Yusof Ini Sebabnya Kenapa
Amalan Perubatan Tradisional Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Amalan Perubatan Tradisional Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 721 hits
Amalan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin amat popular di kalangan wanita Malaysia Rawatan ini merupakan siri rawatan tradisional yang amat teratur dan terperinci Ianya bertujuan bagi membantu para ibu dalam usaha menja...
Cara Untuk Lebatkan Semula Rambut Yang Telah Gugur

Cara Untuk Lebatkan Semula Rambut Yang Telah Gugur

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 522 hits
Adakah anda mempunyai masalah keguguran rambut Kadang kadang masalah ini sering membuatkan kita merasa tekanan Apa tidaknya sekali sikat rambut pun banyak yang gugur dan sangkut disikat tersebut Stress Sebenarnya banyak faktor yang menjadi ...
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 697 hits
Cara Betul Penggunaan Sanggul Fatimah Mudahkan Ibu BersalinPokok genggam atau Sanggul fatimah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game