Kenali Hidupan Liar Burung Rapang Duit


Hari Sabtu malam Ahad lalu, saya menghadiri jamuan makan sempena hari raya di kawasan kediaman kami. Dapatlah saya berkenalan dengan lebih ramai jiran. Tetapi disebabkan masih baru di sini, segan pulak saya nak merakam foto itu ini. Maka tiada entri catatan khas berkenaannya


TEE-TEE-TU-IT…TEE-TEE-TU-IT…Entri kali ini berkenaan sejenis burung yang saya temui ketika melakukan aktiviti ‘morning walk’ sebaik saja kembali dari kampung halaman di Johor. Berbeza dengan burung lain yang biasanya sangat sukar saya rakam gambar dan videonya kerana cepat terbang menghilang, burung jenis ini berkelakuan pelik dengan tidak terbang menghilang, berbunyi kuat ketika saya menghampiri kawasannya dan terbang seolah-olah mengelilingi saya

Saya berkesempatan membuat pemerhatian selama beberapa hari di kawasan tersebut dan mencari maklumat berkenaan burung ini. Saya kongsikan foto (sila klik foto untuk paparan lebih jelas) dan video serta maklumat menarik berkenaan burung yang berbunyi kuat dan bising ini :
Nama burung : Red-wattled LapwingNama tempatan : Rapang DuitNama sains : Vanellus indicus
Terdapat dua hingga tiga ekor burung Rapang Duit di kawasan ini dengan saiz badan yang kelihatan sama. Sebaik saja saya memasuki kawasan di mana burung Rapang Duit ini berada, suasana bertukar kecoh dan bising dengan bunyi burung-burung ini. 
Tee-tee-tu-it…tee-tee-tu-it. Tak henti burung-burung ini berbunyi seakan bersahutan antara satu dengan lain. Agak lama burung ini berada di satu tempat, ia terbang beralih kedudukan tetapi masih berada tak begitu jauh dari posisi saya berdiri memerhati. Tapi bukanlah terlalu dekat ya, saya masih perlu zoom-in entah berapa kali untuk mendapatkan semua foto dan video. 
Burung Rapang Duit ini juga terbang dalam bentuk pusingan seolah-olah mengelilingi saya. Dalam foto di atas, burung saiz lebih besar itulah burung Rapang Duit, manakala seekor lagi yang kecil tu burung jenis lain

Hasil carian maklumat saya mendapati - tingkah laku burung Rapang Duit berbunyi kuat dan bising serta terbang mengelilingi saya ini sebenarnya kerana merasa terancam dan cuba mengalihkan perhatian saya (yang dianggap pemangsa) supaya tidak mendekati telur atau anak burung yang berada di kawasan tersebut. Bijak sungguh! Memang saya terpedaya, pandangan mata asyik memerhati burung-burung ini yang berbunyi dan sering beralih kedudukan serta terbang di keliling saya

Patutlah burung-burung ini hanya berbunyi bising sebaik saja saya memasuki kawasan ini dan berhenti berbunyi apabila saya melangkah pergi. Ada sebabnya 😄
Kredit foto burung : Mohammad Samsul Fitri dan kredit foto telur burung : Perlis Nature XplorerSaya kongsikan foto lebih jelas rupa burung Rapang Duit dan telurnya sebagai rujukan. Cantik burung Rapang Duit ini dengan kaki tirus panjang berwarna kuning, badan berwarna coklat/hitam/putih dan berwarna merah di bahagian mata hingga ke sebahagian paruh.
Burung Rapang Duit bertelur di tempat terbuka seperti di atas tanah tanpa membuat sarang. Biasanya, musim bertelur bagi burung ini adalah sekitar bulan Mac sehingga Jun. Saya cuba memerhatikan kawasan sekitar bagi mencari telur burung sambil mengabaikan kekecohan yang sedang dibuat oleh burung-burung dewasa. Memang susah nak jumpa, ini kerana burung Rapang Duit akan bertelur di tempat yang hampir sama dengan rupa telur bagi tujuan penyamaran. Semoga telur-telur tersebut selamat dan dapatlah menambah populasi burung di sini


Nak dengar bunyi bising burung Rapang Duit? Klik video yang saya rakam pada 16 April lalu

Burung yang boleh ditemui di kawasan berair, kawasan padang dan kawasan terbuka ini merupakan spesis burung yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Jadi jangan suka-suka nak tangkap burung Rapang Duit ni tau. Jika sabit kesalahan, kita boleh dihukum denda maksimum hingga RM1 juta dan penjara maksimum 15 tahun.





.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/04/kenali-hidupan-liar-burung-rapang-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Normalisasikan Budaya Meminta Duit Raya

Jangan Normalisasikan Budaya Meminta Duit Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 71 hits
Pemberian duit raya di Hari Raya Aidilfitri Setiap tahun menjadi tradisi untuk aku sediakan duit raya buat semua my Anak Fruits termasuk anak sendiri Tidaklah banyak mana tapi ada bahagian untuk mereka semua Sumber dari en X Cikgu Anep Saya...
So Does Pmx Enjoy Full Backing Of Civil Servants After Dishing Out Generous Yearly Bonus Duit Raya

So Does Pmx Enjoy Full Backing Of Civil Servants After Dishing Out Generous Yearly Bonus Duit Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 74 hits
POLITICAL analyst Prof James Chin has sparked a very pertinent online debate after sharing news from the grapevine that the upper echelons of the Malaysian civil service think that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is running a dysfun...
Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 145 hits
Kini anda boleh kongsi duit raya melalui Touch n Go eWallet kepada kawan kawan sepupu atau anak buah anda Memang mudah sangat sekarang nak share duit raya lepas ni Anda juga boleh beri duit raya kepada anak buah anda walaupun dia tinggal be...
Teknik Mahu Cili Anda Berbuah Lebat Jimat Duit Dari Beli Anak Pokok

Teknik Mahu Cili Anda Berbuah Lebat Jimat Duit Dari Beli Anak Pokok

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 67 hits
Ramai yang beranggapan bahawa untuk menanam pokok cili hanya perlu menggunakan biji benih Namun sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah Menanam dari keratan pucuk juga merupakan pilihan yang baik Kelebihan menanam melalui cara ini ialah p...
Rasa Sedih Melihat Sampul Duit Raya Dibuang Merata Rata Setiap Sampul Dibuang

Rasa Sedih Melihat Sampul Duit Raya Dibuang Merata Rata Setiap Sampul Dibuang

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 62 hits
Sedih juga melihat sampul duit raya dibuang merata rata Setiap satu sampul sebenarnya bernilai dan ada yang dibeli khas Jadi pengguna yang bijak selepas duit raya di ambil kumpulkan semula sampul duit raya untuk kegunaan akan datang Walau s...
Timbalan Presiden Pas Nafi Dakwaan Ambil Duit Bersatu

Timbalan Presiden Pas Nafi Dakwaan Ambil Duit Bersatu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 60 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKOTA BHARU Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan mengatakan beliau antara pemimpin PAS mengambil duit BERSATU seperti tular di aplikasi TikTok sejak malam tadi Sambil menyifatkan dakwa...
Kita Ni Muda Lagi Rm1 Atau Rm2 Pun Terima Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

Kita Ni Muda Lagi Rm1 Atau Rm2 Pun Terima Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 58 hits
Baru baru ini anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa kerana tiada mana mana saudara atau kenalan memberinya duit raya pada perayaan Aidilfitri Cik B terlalu kaya Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur...
Duit Raya Ni Tak Perlu Minta Minta Wanita Bengang Ada Ibu Bapa Spam Whatsapp Hantar Qr Minta Duit Raya Anak

Duit Raya Ni Tak Perlu Minta Minta Wanita Bengang Ada Ibu Bapa Spam Whatsapp Hantar Qr Minta Duit Raya Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 68 hits
Di bulan Syawal ini sudah menjadi tradisi turun temurun untuk ahli keluarga atau orang dewasa memberi duit raya kepada kanak kanak dan remaja Selalunya duit raya akan diberikan dalam sampul namun kini lebih ramai menggunakan kod QR kerana i...
Tunggu Mou Duit Raya

Tunggu Mou Duit Raya

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 81 hits
Asalnya Perikatan Nasional berkeras enggan berunding hingga gabungan pembangkang itu hilang sokongan enam Ahli Parlimennya yang beralih kesetiaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Sebaliknya sewaktu jadi kerajaan sebelum PRU15 PN langsun...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Program Permuafakatan Ibu Bapa Penjaga Sra Di Sini

Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort