Program Permuafakatan Ibu Bapa Penjaga Sra Di Sini


 01 Mei 2024 - Rabu (22 Syawal 1445H)
Bertempat di Dewan Imtiaz SRA di sini telah dijalankan Program Permuafakatan Ibu/Bapa/Penjaga bagi murid Tahun 4, 5 dan 6

Bermula seawal 8:30 pagi dan berakhir pukul 11:00 pagi aku gagahkan diri menghadirinya walau dalam keadaan diri dah mula rasa dedor nak demam. Face mask aku wajibkan pakai ke atas diriku dan ini memang menjadi rutin aku setiap hari sebenarnya bila berada di tempat kerja dan kawasan yang ramai orang


Ok. Program ini dirancang khas untuk ibu/bapa/penjaga dan guru-guru SRA di sini. Matlamatnya:Membentangkan strategi kecemerlangan Tahun 4, 5 dan 6 yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum (program sepanjang tahun).Memberi pendedahan tentang aspek-aspek penting dalam kemahiran keibubapaan.

Ucapan dari Guru Besar SRA di sini:Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu/bapa/penjaga yang dapat hadir walaupun pada hari ini merupakan cuti umum. Ini menunjukkan komitmen ibu/bapa/penjaga terhadap kecemerlangan anak-anak tuan/puan dari segi kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah. 
Tujuan diadakan permuafakatan pagi ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu/bapa/penjaga. Ini dapat memberi peluang ibu/bapa/penjaga berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak supaya guru-guru dapat mengesan kelemahan awal murid-murid bagi tindakan seterusnya. Juga turut diberikan penerangan berkenaan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini bagi menghadapi peperiksaan UPPK dan PSRA. Pihak sekolah berharap ibu/bapa/penjaga lebih komited untuk membantu anak-anak di rumah untuk berjaya di pelajaran Jawi, peperiksaan UPPK dan PSRA


Ucapan dari YDP PIBG SRA di sini:Memberi tumpuan terhadap empat perkara berkenaan 'kerjasama' iaitu:Kerjasama daripada ibu/bapa/penjaga dan pihak sekolahDaripada kerjasama tersebut, kita akan mendapat kesepakatan apa yang kita bincangkan hari iniPersetujuan ibu/bapa/penjaga berkenaan perkara yang kita akan laksanakan agar tidak berlaku pertikaian.Tawakkal. Kita telah diterapkan dengan budaya berdoa kepadaNYA. Janganlah jadikan doa itu sebagai ubat yang kita ambil ketika mana kita perlukan tetapi jadikan doa itu sebagai air yang kita perlukan setiap hari. ===========================================

Perancangan dan Program bagi Tahun 4 sepanjang tahun 2024 adalah seperti:Kelas tambahan Jawi bermula pada setiap hari Isnin - Khamis bermula dari jam 17:35 - 18:15 dengan penglibatan murid seramai 258 orang.Tujuan kelas tambahan Jawi dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam menguasai kandungan pelajaran (membaca, mengeja dan menulis) dengan lebih baik dan berkesan.Kursus Pemantapan Jawi akan dilaksanakan pada bulan Jun, 2024 di mana pihak sekolah akan menjemput penceramah yang pakar Jawi untuk membantu murid-murid Tahun 4 yang lemah Jawi agar lebih baik dan cemerlang di dalam pelajaran.Program Motivasi dijangka akan dibuat pada bulan Julai 2024 bagi memberi semangat kepada murid-murid dalam meningkatkan prestasi agar mereka lebih bersemangat dan minat dalam menguasai mata pelajaran yang diajar terutamanya Jawi.
===========================================
Perancangan dan Program bagi Tahun 5 sepanjang tahun 2024 adalah seperti:
Untuk makluman ibu/bapa/penjaga, UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ianya dijalankan ke atas semua murid Tahun 5 di sekolah KAFA di seluruh Malaysia.
Syarat bagi menduduki peperiksaan UPKK adalah seperti berikut:Calon hendaklah dikalangan murid yang bersekolah di SRA, SRAI, KAFAI  atau Sekolah Agama Persendirian yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam. Jika murid tersebut tidak bersekolah di sekolah agama, murid tersebut tidak boleh menduduki peperiksaan itu.Calon perlulah sekurang-kurangnya belajar tiga tahun sebelum menduduki peperiksaan UPKK (paling kurang bermula dari darjah tiga). Syarat ini bergantung kepada JAKIM kerana syarat ini boleh berubah. Seperti tahun 2022 (satu tahun sudah cukup melayakkan calon) tetapi pada tahun 2023 dan 2024, JAKIM menetapkan syarat tiga tahun kepada calon. Buat masa ini belum ada syarat yang tetap lagi.Calon itu berdaftar untuk menduduki UPKK di dalam Sistem JAKIM (Sistem Maklumat Pendidikan Islam - Simpeni). Pihak sekolah yang akan mendaftarkan. Pihak ibu/bapa/penjaga hanya perlu menyerahkan salinan sijil kelahiran anak kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya.Umur kemasukan ke SRA, SRAI, KAFAI Sekolah Agama Persendirian sama seperti umur kemasukan ke Sekolah Kebangsaan. Calon perlu juga belajar di Sekolah Kebangsaan.Calon yang bertukar sekolah dari negeri lain, telah mengikuti KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun belajar di negeri asal.Bagi calon bukan warganegara, calon tersebut mestilah bersekolah di Sekolah Kebangsaan dengan melampirkan surat pengesahan dari Sekolah Kebangsaaan sebagai rujukan.
Terdapat lapan mata pelajaran bagi peperiksaan UPKK:Tiga mata pelajaran amali dan lisan (sesi soal jawab dengan guru) iaitu: Pelajaran Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan bidang Al-Quran (Hafazan).Lima mata pelajaran bertulis iaitu: Ulum Syariah, Sirah, Jawi & Khat, Adab dan Lughatul Quran. 
Pemarkahan Gred UPKK:A (Cemerlang: 80 - 100)B (Baik: 60 - 79)C (Memuaskan: 40 - 59)D (Kurang Memuaskan: 1 - 39)Tahap pemarkahan ini, tidak ada satu pun yang gagal walaupun calon itu mendapat markah D, calon tersebut tetap dikira sebagai lulus. Gred pemarkahan ini tertakhluk kepada sebarang perubahan, ianya tidak tetap dan mungkin boleh berubah

Program Khas Tahun 5:Kelas tambahan akan bermula minggu kedua Mei 2024 (setiap hari Isnin - Khamis).Makanan Sunnah (pemberian kismis dan air zam zam seminggu sekali).Solat hajat secara perdana di masjid dan solat hajat mingguan di surau SRA.Motivasi UPKK: Memberi semangat menghadapi UPKK.Klinik UPKK: Membantu calon yang lemah.Bengkel Teknik Menjawab: Akan memberi penerangan lebih lanjut.Pemantapan JawiGerak Gempur UPKKKelas Intensif (Pecutan Akhir Minggu Peperiksaan)
===========================================
Perancangan dan Program bagi Tahun 6 sepanjang tahun 2024 adalah seperti:
Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian yang dijalankan di SRA, SRAI dan KAFAI di seluruh Selangor. Ianya satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam dan ianya dijalankan ke atas semua murid Tahun 6. Ujian ini berbeza sama sekali dengan UPKK. 

PSRA adalah peperiksaan terakhir untuk menentukan langkah seterusnya ke tingkatan satu. Jumlah calon bagi sesi kali ini adalah sebanyak 231 orang dan diharapkan semua calon berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan terbaik

Ujian Tilawah dan Hafazan akan berlangsung pada penghujung Jun/awal Julai 2024, sebanyak 60 markah melalui bacaan dan 40 markah melalui hafazan. Surah yang perlu dibaca dan dihafal berdasarkan dari silibus Tahun 5 dan 6. 
Dua ujian percubaan akan dibuat sebelum peperiksaan sebenar berlangsung pada pertengahan bulan Oktober 2024. Semua murid perlu bersedia agar dapat menjawab dengan mudah dan lancar. Juga, semua murid perlu menyerahkan dua keping gambar berukuran passport untuk digunakan oleh pihak sekolah semasa peperiksaan berlangsung nanti

Pemarkahan Gred PSRA:Mumtaz (Cemerlang: 90 - 100)Jayyid Jiddan (Sangat Baik: 75 - 89)Jayyid (Baik: 60 - 74)Maqbul (Lulus: 40 - 59)Musaadah (Perlu Bimbingan: 0 - 39)
Program Khas Tahun 6:Kelas tambahan bermula pada 22 April 2024 (setiap hari Isnin - Khamis).Kelas tambahan pada hari Sabtu dan cuti sekolah. Sekiranya pihak SK mengadakan kelas tambahan pada sebelah pagi, maka SRA akan dibuat pada sebelah petang.Klinik PSRA: Membimbing murid yang lemah dan menyuntik semangat untuk belajar.Pemantapan Jawi: Memberi bimbingan supaya murid dapat menguasai penulisan dan pembacaan Jawi.Motivasi PSRA: Penceramah dari luar untuk memberi ceramah untuk menyuntik semangat agar lebih cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.Solat hajat secara perdana di masjid dan solat hajat mingguan di surau SRA.Seminar PSRA: Teknik/kaedah murid untuk menjawab soalan dengan baik.Gerak Gempur PSRA: Murid akan dibekalkan dengan soalan latih-tubi berdasarkan soalan dari peperiksaan terdahulu supaya murid biasa dengan bentuk soalan dan menjawab dengan cara yang betul.Kelas Intensif (Pecutan Akhir Minggu Peperiksaan).
Selain dari itu, terdapat program yang akan dijalankan selepas PSRA:Program Pengurusan Jenazah.Khatam Al-Quran Perdana.(Hafazan) Surah Al-Waqiah dan Al-Kahfi Challenge.Program Sukaneka (dah penat hampir setahun belajar bagi murid bergembira pula)Program Motivasi Melangkah ke Alam Remaja.Program Amali Sembelihan: Murid diajar cara sembelihan ayam dan selepas itu akan dibuat jamuan bagi meraikan semua murid Tahun 6;Beberapa program lagi yang telah dirancang oleh pihak sekolah, antaranya cara mandi wajib, wuduk, praktikal solat.
Kadar yuran bagi program untuk Tahun 4, 5 dan 6 ini telah ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama ibu/bapa/penjaga. Surat rasmi akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat

Nota:Semua maklumat di atas berdasarkan rakaman suara yang aku buat memandangkan aku dalam keadaan kurang sihat takut hilang tumpuan


#RemajaPurba: Berita gembira buat penjawat awam di SINI..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2024/05/program-permuafakatan-ibubapapenjaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perceraian Ibu Bapa Beri Kesan Pada Anak Jangan Sampai Emosi Mereka Terganggu

Perceraian Ibu Bapa Beri Kesan Pada Anak Jangan Sampai Emosi Mereka Terganggu

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 123 hits
Rumah tangga penyanyi dan suami Datuk Seri Adnan Abu menemui noktah selepas suaminya Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Ikatan perkahwinan pasangan ini terlerai selepas sembilan tahun hi...
Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Bawah 13 Tahun Tiada Media Sosial

Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Bawah 13 Tahun Tiada Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 224 hits
BernamaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana SKMM mendapat...
Menegur Silap Ibu Bapa

Menegur Silap Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 233 hits
Mak ayah makan garam lagi awal dari kamu kamu dengar sajalah apa kami sebut kami ini lebih berpengalaman Dialog dialog yang biasa kita dengar dari insan tinggi pangkatnya dalam hidup kita namanya ibu dan bapa Namun kita juga ada dilema Terk...
Warga Sjkc Chi Sin Ibu Bapa Gotong Royong Raikan Hari Raya

Warga Sjkc Chi Sin Ibu Bapa Gotong Royong Raikan Hari Raya

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 174 hits
SEREMBAN Semangat gotong royong masyarakat berbilang kaum di SJKC Chi Sin semakin bersemangat apabila ibu bapa serta penduduk tempatan berganding bahu dalam sambutan Hari Raya Dalam satu inisiatif yang menggembirakan ibu bapa pelajar sekola...
Anak Mengigau Meracau Dalam Tidur Ibu Bapa Ambil Tahu Sebab Cara Atasi

Anak Mengigau Meracau Dalam Tidur Ibu Bapa Ambil Tahu Sebab Cara Atasi

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 181 hits
Anak meracau dalam tidur ibu bapa ambil tahu sebab dan cara atasi Mungkin anda pernah mendengar anak meracau atau bercakap ketika tidur Walau anda tidak tahu butir bicara yang diperkatakan tetapi percakapan ketika sedang nyenyak tidur pasti...
Kanak Kanak Perempuan 4 Tahun Bertunang Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

Kanak Kanak Perempuan 4 Tahun Bertunang Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 141 hits
4 tahun bertunang ibu bapa nazar ketika di Arab Saudi Kanak kanak itu ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarganya Pertunangan itu atas persetujuan bersama kedua dua buah pihak keluarga Menerusi perkongsian satu video di Jakarta Indonesia ...
Kawan Ibu Suruh Ambil Adik Ibu Dah Tiada Anak Nor Rahiza

Kawan Ibu Suruh Ambil Adik Ibu Dah Tiada Anak Nor Rahiza

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 115 hits
Menggeletar dan menahan sebak itu keadaan yang diceritakan oleh seorang guru di Pusat Asuhan Tunas Islam Al Hijrah Teluk Muroh ketika anak sulung anggota Tentera Laut Diraja Malaysia Bintara Muda Nor Rahiza Anuar 39 mengambil adik bong
Ibu Hamil Gatal Gatal Faraj Ada Keputihan Mungkin Jangkitan Fungal Kena Rawat Segera

Ibu Hamil Gatal Gatal Faraj Ada Keputihan Mungkin Jangkitan Fungal Kena Rawat Segera

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 161 hits
Sesetengah wanita mengandung mungkin akan merasa gatal gatal pada kemaluan ia sering berlaku Ada juga wanita hamil yang mempunyai masalah lendir atau keputihan yang lebih dari sebelum hamil Keadaan ini mungkin disebabkan ibu hamil tersebut ...
Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 185 hits
Dari mula perkahwinan ipar saya a k a menantu perempuan keluarga kami tidak hormat pada ibu dan ayah saya Tidak tahu punca apa Sedangkan keluarga kami sangat menyambut kedatangan dia dalam keluarga kami Ibu tak pernah sekali pun menyuruh ip...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi