Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia


Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia. Dengan hanya memiliki berat 43 kilogram dan ketinggian 155 sentimeter, siapa sangka gadis kecil molek ini mampu menggegarkan dunia apabila menjadi ahli gusti wanita pertama dunia dengan penampilan berhijab.
Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia Syaradeeba Khamarulzaman atau mahu dikenali dengan nama Nor ‘Phoenix’ Diana baru berusia 19 tahun menjadi perhatian dunia apabila berjaya menjuarai pertandingan Pro Wrestling-The Wrestleconi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan menumbangkan beberapa ahli gusti lelaki negara.
Kemenangan Phoenix tular di laman sosial sehingga menarik perhatian media antarabangsa apabila aksi terbang dari penjuru gelanggang mengagumkan orang ramai, sekali gus menonjolkan penampilan berhijab.
Bagi gadis kelahiran Keramat, Kuala Lumpur ini, walaupun pada luarannya dia sangat pemalu, tetapi di dalam gelanggang dia mengubah 100 peratus dirinya menjadi watak Phoenix.
“Saya mula meminati gusti ketika berusia 14 tahun disebabkan adik dan bapa yang gemar menonton rancangan ini di televisyen.
“Selain itu, saya banyak bermain permainan video gusti bersama adik, bermula saat itu saya tidak akan melepaskan peluang menonton rancangan gusti di televisyen hingga larut malam walaupun tahu keesokannya saya perlu bersekolah,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.
Katanya, dia mula terdetik untuk menjadi ahli gusti profesional ketika tamat tingkatan empat, tatkala rakan baiknya sudah memasang angan-angan karier bakal diceburi selepas meningkat dewasa.
“Ada rakan memberitahu mahu menjadi pelukis, ahli muzik dan pelbagai lagi kerjaya lain, sedangkan saya pula masih belum menetapkan pendirian dan hanya tahu gusti sehinggakan saya sering datang lewat ke sekolah kerana menonton rancangan itu sehingga lewat malam.
“Satu ketika terdetik di hati saya hendak menjadi ahli gusti profesional kerana terlalu obses dengan sukan berbentuk hiburan ini.
“Selama dua tahun saya cuba mencari maklumat mengenai persatuan ini di laman sosial sehingga terjumpa dengan Persatuan Gusti Malaysia.
“Ketika itu Malaysia Pro Wrestling (MYPW) masih belum ditubuhkan lagi. Pertarungan pertama dipertontonkan kepada umum belum ada lagi ahli gusti wanita, tapi saya sudah tidak sabar untuk menyertai mereka,” katanya yang menjadikan Sasha Banks sebagi idola.
Menurutnya, pada persembahan kedua barulah seorang ahli gusti wanita diperkenalkan dan ketika itu dia sudah menguntum senyuman kerana dia mampu mengikut jejak langkah berkenaan.
Katanya, selepas seminggu persembahan itu, barulah dia menyertai mereka pada November 2015 dengan melihat bagaimana ahli gusti ini berlatih di Kampung Baru.
“Bagaimanapun, saya masih belum memberanikan diri dan ayah menemani saya untuk hantar serta jemput ke tempat latihan,” katanya yang terkenal dengan gerakan penyudah, ‘Tilt-a-Whirl Cutter’, ‘Crossbody’ dan ‘Suicide Dive’.
Phoenix yang bekerja sebagai pembantu klinik di sebuah hospital di Lembah Klang mengakui dia sangat pemalu dan kurang bercakap sejak di bangku sekolah lagi.
Katanya, dia sukar berinteraksi dengan orang, tidak bersosial namun sejak menyertai MYPW, 100 peratus perubahan berlaku apabila menjadi orang lebih banyak berbual dan berkeyakinan tinggi.
“Selepas penampilan pertama saya iaitu selang beberapa bulan ketika bersama MYPW, ramai terkejut dengan persembahan saya kerana ketika dalam gelanggang saya seperti mendapat aura lain.
“Jadi gusti profesional ini membantu saya daripada segi itu,” katanya yang memulakan karier dengan penampilan bertopeng dan berhijab.
Ditanya mengenai apa reaksi rakan-rakannya ketika dia berazam untuk menjadi ahli gusti profesional, Phoenix mengakui niatnya itu seakan tidak dipeduli serta dipandang remeh.
“Memang mereka tahu saya minat gusti tapi mereka seakan tidak peduli apabila saya menyatakan hasrat untuk menceburi bidang ini.
“Mereka boleh bertanyakan kepada saya mengenai kewujudan gusti di Malaysia dan memperlekehkan kemahuan saya,” katanya yang setakat ini sudah mengharungi 10 perlawanan.
Phoenix yang sudah mendapat jemputan untuk beraksi di luar negara turut berharap dia dan pasukan mampu mengharumkan nama negara dan lebih banyak wanita tampil menceburi bidang ini, tatkala dia berazam menjadikan sukan ini sebagai satu kerjaya tetap.
“Sebaik video saya beraksi tular, ramai wanita mula menghantar mesej peribadi di Instagram bertanyakan bagaimana untuk menjadi seorang ahli gusti, saya kira ini permulaan yang baik untuk negara melahirkan lebih ramai ahli gusti wanita,” katanya.
PROFIL
Nama gelaran: Nor ‘Phoenix’ Diana
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 14 Disember 1999
Berat: 43kg
Tinggi: 155sm
Idola: Sasha Banks
Tahun aktif: 2015 hingga sekarang
Bilangan adik-beradik: Anak keempat daripada lima beradik
Gerakan penyudah: Tilt-a-Whirl Cutter’, ‘Crossbody’ dan ‘Suicide Dive’.
-Metro Online-
The post Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/kenali-gadis-gusti-berhijab-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kaitan Gusti Gadis Berhijab Fatwa Mufti

Lagi Kaitan Gusti Gadis Berhijab Fatwa Mufti

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 279 hits
Lagi Kaitan Gusti Gadis Berhijab Lihat Fatwa Mufti ini IRSYAD FATWA 247 HUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURATHUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURATSoalan Assalamualaikum SS Dato Seri Mufti Saya ingin bertanya apakah h...
Gadis Berhijab Gegarkan Dunia Tawan Gelanggang Gusti

Gadis Berhijab Gegarkan Dunia Tawan Gelanggang Gusti

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 492 hits
BERBEKALKAN berat 43 kilogram dan ketinggian 155 sentimeter siapa sangka gadis kecil molek ini mampu menggegarkan dunia apabila menjadi ahli gusti wanita pertama dunia dengan penampilan berhijab Syaradeeba Khamarulzaman atau mahu dikenali d...
Diiktiraf Media Antarabangsa Bunga Penyanyi Rap Wanita Malaysia Pertama Tampil Imej Berhijab

Diiktiraf Media Antarabangsa Bunga Penyanyi Rap Wanita Malaysia Pertama Tampil Imej Berhijab

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 280 hits
Dunia hiburan di Malaysia dihiasi dengan pelbagai variasi muzik yang merancakkan lagi industri tersebut Genre rap yang semakin membina nama di Malaysia telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan remaja tidak kurang juga golongan kanak...
Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 970 hits
Seperti yang diketahui gusti adalah pergerakan yang melibatkan pergelutan fizikal antara dua individu Ia bukan pergaduhan biasa sebaliknya ia memerlukan teknik fizikal yang melibatkan pergerakan seperti memegang mengunci dan memeluk para la...
Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

Transwoman Dilantik Ikon Baru Kementerian Kesihatan Gadis Malaysia Dah Pupus Ker

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 314 hits
Akhirnya segala persoalan telah terjawab Undian demi undian percalonan demi percalonan serta ujian demi ujian telah berjaya ditempuhi Hari ini perlantikan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah dinoktahkan Saya dilantik sebagai TG ...
Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

Kenali 9 Motosikal 250cc Pilihan Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 349 hits
Kali ini admin kongsi bersama anda tentang Superbike 250CC pilihan adajew dotnet Nasib baik motor idaman admin tidak tersenarai Apa yang anda inginkan dalam motorsikal superbike Kuasa Kelajuan maksimum Atau keterujaan Penampilan lumba denga...
Tapak Iklan Paling Popular Di Malaysia

Tapak Iklan Paling Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 754 hits
TAPAK IKLAN PALING POPULAR DI MALAYSIA RM 0 00 SAHAJAPENERANGAN TAPAK IKLAN PALING POPULAR DI MALAYSIAAnda ada BISNES Ada masalah mengiklankan produk anda Kos IKLAN yang terlalu mahal Kenapa tidak cuba letak IKLAN bisnes anda di merupakan t...
Karnival Pekerjaan Job Malaysia 2019

Karnival Pekerjaan Job Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 287 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

Dah Ready Ke Kakak Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 379 hits
Saban hari rakyat Malaysia menantikan perkhabaran mengenai bidadari syurga Ainul Mardhiah yang masih berada di London berikutan menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya Menerusi perkongsian terbaru yang dimu...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ