Lagi Kaitan Gusti Gadis Berhijab Fatwa Mufti





Lagi Kaitan Gusti Gadis Berhijab.  Lihat Fatwa Mufti ini..

IRSYAD FATWA #247: HUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURATHUKUM MENONTON ACARA SUKAN YANG MENDEDAHKAN AURATSoalan:Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat seperti bola sepak, badminton dan hoki, di mana pemain-pemainnya tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi tidaklah terlalu mendedahkan seperti acara gimnastik dan renang?
Jawapan:Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an al-Karim:إنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاMaksudnya: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(Surah Al-Isra’: 36)Segala apa yang kita dengar, lihat dan fikirkan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak, samada sekecil-kecil perkara kepada yang sebesar-besar urusan. Allah SWT juga mengarahkan kaum Muslimin dan Muslimat agar memelihara pandangan mereka dan tidak mendedahkan aurat aurat:قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠﴾ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖMaksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;(Surah an-Nur: 30-31)Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda kepada Saidina Ali r.a:يَا عَلِيُّ لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُMaksudnya: Wahai Ali! Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua.(Sunan Abi Dawud: 2149)لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِMaksudnya: Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain.Riwayat Muslim (338)Menurut Imam Nawawi pula, hukum melihat aurat ajnabi samada bagi lelaki dan wanita adalah haram dengan ijma’ ulama. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 4/30)Jarir ibn Abdillah r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang memandang wanita secara tidak sengaja, Baginda SAW menjawab:اصْرِفْ بَصَرَكَMaksudnya: Palingkan penglihatanmu.Sunan Abi Daud (2148)
Keharusan Menonton Acara Permainan / SukanHukum asal menonton acara sukan dan permainan secara umumnya ialah harus. Hukum keharusan ini tsabit melalui hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah R.Anha:جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْMaksudnya: Beberapa orang Habsyah telah datang ke masjid (Nabawi) pada hari raya ‘Eid dan bermain acara lawan pedang, dan Rasulullah SAW telah memanggilku untuk menontonnya. Aku telah meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW dan menyaksikannya, hinggalah aku bosan dan berpaling darinya.Sahih Muslim (892)Begitu juga dengan hadith berkenaan salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Hanzalah yang merasa takut dirinya telah menjadi munafiq, kerana beliau merasa lalai daripada mengingati Allah SWT dengan berhibur bersama keluarga beliau, setelah sebelumnya bermuhasabah dalam majlis bersama Nabi SAW. Baginda SAW bersabda: يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ ‏"‏ Maksudnya: Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan.Sahih Muslim (2750)Imam Nawawi sewaktu mentafsirkan hadith ini yang turut diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam Sahih Muslim, beliau menjelaskan bahawa kita tidak dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Kerana itu apabila Hanzalah merasa risau dirinya telah munafiq kerana ‘lalai’ daripada mengingati Allah SWT, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ada masa diperuntukkan untuk ibadah, ada masa juga perlu diperuntukkan untuk kehidupan dunia dan berhibur bersama keluarga. (Lihat Syarh Sahih Muslim, 17/66)Terdapat juga athar daripada Ibn Shihab yang berkata:رَوِّحُوا الْقُلُوبَ سَاعَةً وَسَاعَةًMaksudnya: Rehatkan hati-hati kalian, ada masa untuk urusan dunia, ada masa untuk urusan akhirat.  (Lihat Ibn ‘Abdil Barr, Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi, 1/434 dan Al-Maqasid al-Hasanah fima Isytahara ‘alal Alsinah, hal. 372)       
Hukum Menonton Sukan Yang Mendedahkan Aurat?Setakat ini, kita telah menetapkan tiga premis awal, iaitu:Hukum menutup aurat ialah wajib secara nas dan ijmakMelihat kepada aurat secara sengaja tanpa keperluan ialah haramHukum asal menonton sukan dan permainan ialah harus.
Maka timbul persoalan: apakah hukum menonton acara sukan yang mendedahkan aurat seperti bola sepak, badminton dan hoki, di mana pemain-pemainnya tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi tidaklah terlalu mendedahkan seperti acara gimnastik dan renang? Apakah ada kelonggaran padanya, selagi mana tujuan menontonnya ialah semata-mata untuk hiburan ringan dan bukan untuk tujuan syahwat?Kami bawakan fatwa-fatwa  dan pandangan para ulama’ berkenaan isu ini:Fatwa-Fatwa dan Pandangan Ulama Berkenaan Menonton Bola Sepak dan Acara SukanFatwa Lajnah ad-Da’imah menfatwakan keharusan menonton acara sukan selagi mana ia tidak melibatkan sebarang unsur yang haram seperti mengabaikan solat, mendedahkan aurat, percampuran lelaki dan perempuan atau perjudian. (Lihat Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 15/238)Syeikh Ziyab bin Sa’ad Aali Hamdan al-Ghamidi: Hukum sukan bola sepak ialah haram tanpa syak, bahkan keharamannya lebih berat berbanding arak dan judi. (Rujuk Haqiqat Kurratil Qadam, Cetakan Pertama, 2008, hal. 441)Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia memberikan rukhsah kepada atlet yang terpaksa menepati piawai pemakaian yang tidak menutup aurat secara sempurna. Rukhsah ini juga terpakai kepada penonton acara sukan tersebut, sekalipun kaum Muslimin mestilah berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan tuntutan agama supaya menutup aurat. (Lihat https://www.al-qaradawi.net/node/3867 )Syeikh Faysal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah menyatakan bahawa tiada nas syarak yang mengharamkannya. Dakwaan bahawa menonton acara sukan ialah haram secara mutlak dengan alasan ia merupakan satu pembaziran masa tertolak kerana Baginda SAW sendiri menggalakkan kita menghiburkan diri dengan perkara-perkara yang diharuskan.Menonton sukan menjadi haram sekiranya ia melibatkan perkara haram seperti melihat pemain-pemain yang berpakaian tidak sopan, menghabiskan terlalu banyak masa dan mengabaikan kewajipan agama. (Lihathttps://archive.islamonline.net/?p=1414 )Dr. Jamaluddin ‘Athiyyah, ahli Akademi Fiqh Islamiy di bawah Organization of the Islamic Conference (OIC) yang menyatakan tiada halangan menonton acara sukan, dengan syarat tidak terlalu banyak masa dihabiskan untuk tujuan tersebut. Hasil pendapatan atlet sukan juga harus selagimana mereka menerimanya sebagai balasan atas usaha dan tenaga mereka. (Lihat (Lihat https://archive.islamonline.net/?p=1414 )Syeikh Muhammad bin al-Hasan ad-Diddu, anggota Kesatuan Ulama’ Sedunia menyatakan bahawa menonton acara sukan dan permainan ialah harus selagimana ia tidak melibatkan perkara haram.Adapun dalam isu pemain yang mendedahkan lutut atau peha, beliau menyatakan bahawa aurat terbahagi kepada dua, iaitu aurat mughallazah (berat) yang wajib ditutup dan aurat mukhaffafah (ringan) yang tidak wajib ditutup.(Rujuk penjelasan beliau pada pautan: https://www.youtube.com/watch?v=1YbcJTFoCDU  danhttps://www.youtube.com/watch?v=pkyuAM6OAJw )Dr. Majdi ‘Asyour, penasihat kepada Mufti Besar Mesir menegaskan bahawa menonton bola sepak ialah halal dari sudut syarak, selagi ia tidak menyebabkan pengabaian kewajipan agama dan tanggungjawab kerja. Adapun dosa itu ialah pada meninggalkan kewajipan agama dan kerja, bukan pada menonton bola sepak itu sendiri. Tambahan pula, kaum Muslimin di seluruh dunia menonton sukan terutamanya bola sepak, apakah kita ingin mengharamkannya, sedangkan tiada dalil jelas yang menyatakan ia haram? (Lihat https://www.elwatannews.com/news/details/2473962)Dr. Ahmad ‘Umar Hasyim, Rektor Universiti al-Azhar juga menyatakan bahawa menonton bola sepak adalah harus dengan syarat ia tidak memberi kesan kepada ibadat dan tanggungjawab pekerjaan. (Lihathttps://fatwa.islamonline.net/5861 )
Perbahasan Fatwa dan Dalil PentarjihanDaripada fatwa-fatwa yang kami kemukakan, kita dapati para ulama’ amnya terbahagi kepada tiga pendapat, iaitu yang mengharamkannya secara mutlak, mengharamkannya jika ada unsur maksiat dan yang mengharuskan dengan sedikit kelonggaran.Berdasarkan fatwa-fatwa yang diberikan para ulama, kami mentarjihkan pandangan yang menyatakan keharusan menonton sukan yang tidak menutup aurat, dengan syarat pakaian yang dipakai pemain-pemain masih lagi dalam batasan tatasusila dan kesopanan yang dapat diterima. Ini merangkumi sukan seperti bola sepak, hoki, badminton, ping-pong, silat, sepak takraw dan bola baling.Adapun sukan-sukan seperti gimnastik, terjun dan renang, maka hukumnya haram kerana pakaian yang dikenakan adalah terlalu menjolok mata, ketat dan mendedahkan sebahagian besar bahagian badan.Alasan-alasan pentarjihan kami adalah seperti berikut:Menurut satu kaedah fiqh, suatu hukum itu ditinjau dari sudut keumumannya:الحُكْمُ عَلَى الغَالِبِMaksudnya: Hukum itu ditinjau dari sudut keumuman dan kelazimannya.Secara umum dan kebiasaannya, acara sukan ditonton dengan tujuan hiburan dari sudut kerancakan permainan, kebijaksanaan strategi, dan menzahirkan semangat kenegaraan / kenegerian / sokongan kepada kelab. Amatlah janggal dan aneh jika ada yang menonton acara sukan seperti bola sepak, hoki dan badminton dengan tujuan untuk melihat kepada aurat pemain dan untuk memenuhi nafsu syahwat.Memudahkan urusan manusia. Terdapat satu hadith dimana Nabi SAW memilih perkara yang ringan antara dua benda, selagi ianya tidak berdosa:مَا خُيِّرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَأْثَمْ، فَإِذَا كَانَ الإِثْمُ كَانَ أَبْعَدَهُمَا مِنْهُMaksudnya: Tidak Baginda Nabi SAW apabila diberi pilihan antara dua perkara, melainkan Bgainda akan memilih yang lebih mudah dan ringan antara keduanya, selagimana ia bukan perkara dosa. Jika ia melibatkan dosa, Baginda lah yang paling jauh daripadanya.Sahih al-Bukhari (8786)Menonton sukan merupakan antara medium paling popular bagi masyarakat dalam berhibur menurut batas-batas yang dibenarkan syarak. Mengharamkannya secara total hanya akan memberi kesusahan ke atas mereka kerana kebanyakan sukan melibatkan pendedahan aurat.Dalam kes ini, memilih pandangan yang mengharuskan menonton acara sukan yang mendedahkan aurat selagimana ia masih sopan dan bertatasusila merupakan manifestasi kepada prinsip memudahkan urusan manusia yang amat dituntut dalam Islam.Memberi keluasan dalam perkara yang sempit sepertimana kaedah fiqh:إِذا ضَاقَ الْأَمر اتَّسَعMaksudnya: Sesuatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka ia diperluaskan.Mengharamkan menonton acara sukan yang mendedahkan aurat secara mutlak akan memberikan kesan besar kepada para pemain, jurulatih, pengurus serta mereka yang terlibat menyiarkan acara sukan dalam kalangan pengamal media akan terkesan jika pengharaman secara mutlak dikenakan, kerana kehidupan dan pendapatan mereka bergantung kepada sukan. Apabila tiada penonton, sumber pendapatan mereka akan terjejas.Maka dalam hal ini, fiqh yang lebih luas perlu digunakan dalam keadaan yang diperlukan, bagi mengelakkan kemudaratan terhadap satu industri yang ramai orang Islam terlibat di dalamnya.Meraikan hajat setakat keperluan. Menurut kaedah fiqh:الْحَاجة تنزل منزلَة الضَّرُورَةMaksudnya: Sesuatu hajat atau keperluan itu diraikan setakat yang diperlukan.Dalam hal ini, para pemain dan penonton boleh bertaqlid kepada mazhab yang menyatakan bahawa peha bukan aurat sama sekali seperti pendapat Imam Malik dan Ibn Jarir at-Thabari, atau mazhab yang menyatakan lutut dan peha termasuk di bawah aurat mukhaffafah yang tidak wajib ditutup, seperti Imam Bukhari dan Imam Ibnul Qayyim.Namun demikian, para pemain adalah amat dituntut untuk seboleh-bolehnya berusaha agar menutup aurat secara sempurna menurut pandangan majoriti ulama’ yang berpandangan lutut dan peha merupakan aurat dan mesti ditutup.
KesimpulanSatu hal yang wajib kita perhalusi ialah Islam merupakan agama untuk semua tanpa mengira kaum, sempadan negara, latar belakang dan tahap pemikiran. Islam datang untuk memberi kemudahan dan mengangkat kesusahan daripada manusia, bukannya untuk memberi beban ke atas mereka. Sabda Rasulullah SAW:إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُواMaksudnya: Sesungguhnya agama ini mudah; dan sesiapa yang melampau-lampau dalam beragama tidak akan mampu meneruskannya. Bersederhanalah, berusaha ke arah kesempurnaan dan gembirakanlah...Riwayat al-Bukhari (39)Baginda SAW juga bersabda:يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُواMaksudnya: Permudahkan dan jangan menyusahkan; berilah khabar gembira dan jangan menjauhkan orang daripada Islam.Sahih Bukhari (69)Menjadi tanggungjawab ke atas setiap dari kita untuk melaksanakan dakwah yang inklusif dan merangkul segenap lapisan masyarakat. Dalam zaman globalisasi yang kita hadapi sekarang, sebarang anasir dan elemen luar mestilah ditangani secara berhikmah dan berhemah. Sikap mengharamkan setiap perkara tanpa memberikan bersikap anjal akan menjauhkan masyarakat daripada Islam.Allahyarham Muhammad Ali (lagenda tinju dunia) dan Mohamad Salah (bintang bola sepak Mesir / Liverpool) merupakan antara nama besar yang menjadi ikon dunia sukan yang berjaya membawa nama Islam di dunia Barat. Mereka menunjukkan bahawa umat Islam juga mampu bersaing di peringkat tertinggi dalam apa jua bidang yang diceburi.Kesimpulannya, meskipun kami mengharuskan menonton acara sukan yang tidak menutup aurat (namun masih sopan) seperti bola sepak dan badminton, namun sikap bersederhana wajib diamalkan. Segala perkara yang halal akan berubah menjadi haram apabila adanya elemen berlebihan dan melampau, hatta dalam ibadat sekalipun.Selain itu, Nabi SAW juga ada berpesan supaya kita meninggalkan perkara yang tidak berfaedah padanya:مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِMaksudnya: “Di antara kebagusan keislaman seseorang adalah dengan dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat padanya.”Riwayat Tirmizi (2317)Antara contoh perkara yang tidak bermanfaat ialah menonton acara sukan secara berlebih-lebihan, sehingga mengabaikan tuntutan kerja, kewajipan menuntut ilmu, memperbanyakkan amalan ibadah dan melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat sekitar.Pada kesempatan ini juga, kami mengambil kesempatan untuk menyeru sahabat-sahabat atlet kami yang beragama Islam supaya berusaha semampu mungkin untuk menutup aurat secara sempurna. Kewajipan menutup aurat tetap terpakai kepada setiap Muslim walau dalam apa jua keadaan dan di mana saja mereka berada.Wallahu a’lam.Lihat sebelum ini..Hukum Sukan Gusti Bagi Wanita , Apa Kata Ustaz Azh...Gadis Berhijab Gegarkan Dunia, Tawan Gelanggang Gu...Sukan Sebagai Ibadah. Patuh Syariah, Wajib Ikut K'...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/lagi-kaitan-gusti-gadis-berhijab-fatwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Berhijab Gegarkan Dunia Tawan Gelanggang Gusti

Gadis Berhijab Gegarkan Dunia Tawan Gelanggang Gusti

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 531 hits
BERBEKALKAN berat 43 kilogram dan ketinggian 155 sentimeter siapa sangka gadis kecil molek ini mampu menggegarkan dunia apabila menjadi ahli gusti wanita pertama dunia dengan penampilan berhijab Syaradeeba Khamarulzaman atau mahu dikenali d...
Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia

Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 1100 hits
Kenali Gadis Gusti Berhijab Malaysia Dengan hanya memiliki berat 43 kilogram dan ketinggian 155 sentimeter siapa sangka gadis kecil molek ini mampu menggegarkan dunia apabila menjadi ahli gusti wanita pertama dunia dengan penampilan berhija...
Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

Ramai Tak Tahu Gadis Kecil Molek Ini Ahli Gusti Wanita Yang Baru Saja Julang Kejuaraan Mypw

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1020 hits
Seperti yang diketahui gusti adalah pergerakan yang melibatkan pergelutan fizikal antara dua individu Ia bukan pergaduhan biasa sebaliknya ia memerlukan teknik fizikal yang melibatkan pergerakan seperti memegang mengunci dan memeluk para la...
Wanita Bantah Lantik Bapok K Jaan Ph Celaru Fatwa Mufti

Wanita Bantah Lantik Bapok K Jaan Ph Celaru Fatwa Mufti

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 420 hits
NGO NGO Wanita Islam bantah pelantikan RaniaMERUJUK kepada Kenyataan Akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye kami NGO NGO Wanita Islam ingin menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country...
Nor Phoenix Diana Penggusti Berhijab Pertama Jadi Tumpuan Dunia

Nor Phoenix Diana Penggusti Berhijab Pertama Jadi Tumpuan Dunia

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 735 hits
Sebelum ini tidak ramai peminat sukan gusti di Malaysia menyedari bahawa kita mempunyai saingan Malaysia Pro Wrestling yang terdiri daripada individu berbakat dan juga mempunyai potensi untuk pergi dengan lebih jauh Namun sentimen tersebut ...
Menyamar Jadi Emak Emak Berhijab Dan Berdaster Polisi Tangkap Begal Sadis Di Medan

Menyamar Jadi Emak Emak Berhijab Dan Berdaster Polisi Tangkap Begal Sadis Di Medan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 231 hits
Penyamaran tersebut dilakukan setelah mempelajari cara main para pelaku yang kerap menargerkan korban perempuan
Lisa Surihani Dah Mula Berhijab

Lisa Surihani Dah Mula Berhijab

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 283 hits
Cemburu Tengok Lisa Netizen Terkeejut Lihat Perubahan Lisa Blackpink Malaysia PENAMPILAN baharu pelakon Lisa Surihani dengan imej muslimah selepas pulang dari menunaikan Umrah mendapat sokongan ramai terutama peminatnya Malah nama Lisa Suri...
8 Ootd Nagita Slavina Yang Bisa Dipakai Juga Buat Cewek Berhijab Elegan Tapi Simpel Abis

8 Ootd Nagita Slavina Yang Bisa Dipakai Juga Buat Cewek Berhijab Elegan Tapi Simpel Abis

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 390 hits
Terutama buat mamah mamah muda yang pengen tampil simpel tapi nggak ngebosenin kayak Mamah Gigi nih
Cantik Pakai Turban Netizen Doa Isteri Sultan Kelantan Sedia Berhijab

Cantik Pakai Turban Netizen Doa Isteri Sultan Kelantan Sedia Berhijab

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 555 hits
Selepas sebulan menjadi seorang ibu isteri Sultan Kelantan semakin menjadi topik carian di media sosial Kecantikkannya yang begitu asli itu membuatkan rakyat jelata semakin ingin mengenali wanita yang berjaya menjadi suri di hati Sultan Muh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025