Kenal Pasangan Elok Elok Tak Kenal Maka Tak Cinta Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana Untuk Tackle Mereka


Kenal Pasangan Elok-Elok. Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana untuk “Tackle” Mereka! Inilah persoalan-soalan yang mungkin berlegar di minda apabila pasangan suami isteri diminta untuk saling berkenalan kembali.
Walau sudah berkahwin berabad lamanya, walaupun sudah mempunyai anak dan cucu. Allport (1971) seorang ahli psikologi Barat menyatakan;
Begitu juga halnya dengan personaliti seseorang, ia juga boleh berubah. Seseorang individu itu boleh berubah mengikut persekitaran yang dialaminya.
Begitulah Islam menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan. Firman Allah SWT yang bermaksud;
Kerana perkembangan yang dinamik inilah Islam menganjurkan kita untuk saling kenal-mengenal lebih-lebih lagi dalam rumah tangga.
Penting untuk kita betul-betul mengetahui apa yang disukai dan dibenci pasangan untuk elakkan ketidaksefahaman.
Bercinta Sebelum Berkahwin
Mungkin ada yang bercinta sebelum berkahwin. Dalam alam percintaan inilah mereka saling berkenalan. Bila merasakan wujudnya keserasian, maka termeterailah ikatan perkahwinan.
Di alam percintaan, mereka berlumba-lumba memenangi hati masing-masing. Perkara yang tidak disukai pasangan tidak akan pernah ditunjukkan bila berada di hadapan pasangan.
Automatik menjadi seorang yang sopan, tidak membuang sampah sesuka hati, baju sentiasa wangi dan memberikan hadiah istimewa. Semua dilakukan demi memenangi hati pasangan.
Perkahwinan akan sentiasa menjadi hangat jika perkara yang sama ketika bercinta dilakukan.
Sama Romantik
Si isteri akan sentiasa mendapati suaminya seorang yang romantis, caring, penyayang dan pendengar setia dikala duka yang menjadi asbab untuk si isteri jatuh cinta pada suaminya suatu ketika dahulu.
Suami pula sentiasa “tergila-gilakan” isterinya kerana isteri sentiasa pandai mengambil hati, pandai memasak, sentiasa cantik di mata suami dan layanan first class.
Inilah antara kunci kebahagiaan yang seringkali terlepas pandang oleh pasangan-pasangan suami isteri.
Ada yang beranggapan zaman bercinta sudah berlalu, tanggungjawab mencari rezeki dan mengurus rumah tangga sudah cukup membebankan dan mula mengabaikan sifat-sifat romantis yang pernah ditunjukkan pada zaman bercinta.
Rumah tangga dilanda kemarau dan ketandusan kasih sayang. Bunga-bunga cinta mula layu dan ada yang mengambil kesempatan berlalu meninggalkan pasangan atas alasan tidak sehaluan, tiada lagi kesefahaman.
Saling Berkenalan
Sangat menyedihkan bila hal ini berlaku, kerana itulah Islam sangat menganjurkan umatnya saling berkenalan, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.
Betulkan pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta? Situasinya sama seperti zaman bercinta dulu. Perkenalan sekejap itu yang membuat kita mula bercinta dan akhirnya berumah tangga.
Bila sudah berumah tangga perkenalan tetap diteruskan agar percintaan semakin berkekalan. Bukankah personaliti boleh berubah?
Dan apabila pasangan sudah mula berubah, kita menjadi orang pertama yang peka akan perubahan tersebut dan sebolehnya memahami mengapa perubahan tersebut berlaku.
Apabila sudah memahami, maka tidak timbul konflik dalam menerima kesan perubahan pasangan kita itu.
Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah melahirkan anak akan mengalami konflik untuk bagaimana mahu membesarkan anak sekiranya dia bekerja seperti sebelumnya.
Tugaas Utama Suami Cari Nafkah
Si suami akan memujuk supaya isteri berhenti kerja dan membesarkan anak sahaja dan keperluan nafkah keluarga ditanggung suami.
Hal ini adalah sangat baik kerana tugas utama suami ialah mencari rezeki di luar manakala tempat isteri ialah di dalam rumah.
Apabila berlakunya situasi seperti ini maka berlakulah transformasi seorang wanita berkerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Memang terdapat perbezaan yang ketara kepada perubahan tersebut terutamanya dari segi emosi.
Sifat keibuan akan terserlah dan ibu banyak memikirkan soal anak kecilnya. Siang dan malam masa isteri akan dihabiskan untuk si kecil dan urusan kerja rumah.
Saling Tolak Ansur
Memang isteri tidak akan merengek seperti anak kecil namun bahasa badannya perlu difahami. Jika hal ini tidak diberi perhatian, masing-masing akan menunding jari.
Suami pula akan menuduh isterinya tidak pandai melayannya. Wajah masam seakan ada riak kebencian pada suami, padahal isteri kepenatan dalam urusan yang disebutkan tadi.
Andai ada saling tolak ansur, faham memahami, saling bertanya khabar keadaan pasangan masing-masing hal-hal buruk yang menghala kepada perpisahan tidak akan berlaku.
Kerana hal itu saranan dalam ayat Al-Qur’an surat Al-Hujurat (49) ayat 13 tadi amatlah tepat untuk setiap pasangan sentiasa berusaha mengenali pasangan masing-masing.
Dengan saling berkenalan, sifat romantis, caring dan penyayang akan sentiasa hidup dalam diri masing-masing.
Dengan saling berkenalan, kebaikan dan kelebihan pasangan dapat diberi pengiktirafan, dengan saling berkenalan juga keburukan dan kekurangan pasangan dapat diterima dengan reda di samping tahu bagaimana untuk “tackle” mereka.
Dengan berkenalan juga, pasangan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki.
Akhirnya dengan sentiasa berkenalan Allah akan memberi ganjaran pahala kerana setiap pasangan saling berusaha untuk menjaga mahligai rumah tangga mereka.
Allah menyintai pasangan yang berkasih sayang dan menjamin syurga buat mereka dan ahli keluarganya di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud;
Sumber: Nor Radhiah Chee
The post Kenal Pasangan Elok-Elok. Tak Kenal Maka Tak Cinta, Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana untuk ‘Tackle’ Mereka! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kenal-pasangan-elok-elok-tak-kenal-maka-tak-cinta-bila-dah-kenal-baru-tahu-macam-mana-untuk-tackle-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panass Pasangan Gay Melayu Faliqh Kaal Kongsi Kisah Cinta Sejenis Mereka Dalam Sebuah Video Secara Terbuka

Panass Pasangan Gay Melayu Faliqh Kaal Kongsi Kisah Cinta Sejenis Mereka Dalam Sebuah Video Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 2475 hits
Panass apabila tular di media sosial sebuah video di facebook page dearstraightpeople mengisahkan tentang pasangan gay melayu Faliqh Kaal yang berkongsikan kisah percintaan sejenis mereka secara terbuka menerusi paparan video Same Love Epis...
8 Pasangan Selebriti Ini Miliki Kisah Cinta Bak Film Drama Romantis

8 Pasangan Selebriti Ini Miliki Kisah Cinta Bak Film Drama Romantis

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 360 hits
8 Pasangan selebriti ini miliki kisah cinta bak film drama romantis Mulai dari Pangeran Harry dan Meghan Markle David dan Victoria Beckham hingga Priyanka Chopra dan Nick Jonas
Demi Langgengnya Pernikahan Yuk Pelajari 5 Bahasa Cinta Ini Saling Sayang Tapi Nggak Memahami Pasangan Percuma Kan

Demi Langgengnya Pernikahan Yuk Pelajari 5 Bahasa Cinta Ini Saling Sayang Tapi Nggak Memahami Pasangan Percuma Kan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 289 hits
Hanya gara gara nggak paham si dia sukanya dipeluk kamunya suka dibilangin I love you pernikahan bisa jadi nggak seseru yang kamu bayangkan Hayo sudah paham belum bahasa cinta ini jangangegabahnikah
Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dengan Lauk Baru Masak Macam Pro

Ini Cara Masak Set Nasi Briani Lengkap Dengan Lauk Baru Masak Macam Pro

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1058 hits
Masak Nasi Briani tapi nak padankan dengan lauk apa Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau korang sediakan untuk hidangan tetamu di hujun...
Macam Ini Baru Hati Berbunga Staff Jpn Putrajaya Patut Dijadikan Contoh

Macam Ini Baru Hati Berbunga Staff Jpn Putrajaya Patut Dijadikan Contoh

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 642 hits
Macam ini baru hati berbunga Staff JPN Putrajaya Patut Dijadikan Contoh Sebelum ini tular video seorang lelaki telah mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan layanan di salah satu pejabat kerajaan apabila terpaksa menunggu hampir empat jam...
Macam Mana Nak Dapat Kesihatan Dalaman Dgn Bagus

Macam Mana Nak Dapat Kesihatan Dalaman Dgn Bagus

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 409 hits
MACAM MANA NAK DAPAT KESIHATAN DALAMAN YANG BAGUS Ada banyak petua orang dulu dulu yang boleh di amalkan Jom baca tips tips di bawah Kurangkan makan sayur sayuran bersifat sejuk Tahu tak sayur apa Kangkung timun labu air tu antara sayur yan...
Kalau Yang Selalu Up Gambar Sedang Bahagia Bawa Bawalah Kurangkan Mana Tahu Ada Yang Cuba Nak Dapatkan Pasangan Kau Tu

Kalau Yang Selalu Up Gambar Sedang Bahagia Bawa Bawalah Kurangkan Mana Tahu Ada Yang Cuba Nak Dapatkan Pasangan Kau Tu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 517 hits
Kalau Yang Selalu up Gambar Sedang Bahagia Bawa Bawa La kurangkan Mana tahu ada yang Cuba nak dapatkan pasangan kau tu Pernah tak korang dengar cerita pasal Sudah ada anak tiga orang pun si suami masih curang Si isteri tengah berpantang si ...
Inilah Perbezaan 7 Jenis Susu Di Pasaran Yang Mana Elok Untuk Keluarga Kita

Inilah Perbezaan 7 Jenis Susu Di Pasaran Yang Mana Elok Untuk Keluarga Kita

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1013 hits
Ramai orang suka minum susu tak kiralah yang muda yang tua atau anak anak kecil Disebabkan itu juga bermacam macam jenis susu dipakejkan untuk memikat hati pengguna Tak dinafikan juga susu merupakan sumber kalsium yang amat baik selain turu...
Unicornetto Macam Mana Rasanya

Unicornetto Macam Mana Rasanya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 614 hits
AssalamualaikumViral dah aiskrim bak unicorn ni tau sebabnya dia colourful cantik sangat Warna pastel gitu FD pun tak lepaskan peluang untuk cuba aiskrim Unicornetto keluaran terbaru dari Walls ni Packaging comel sangat corak dia Siap ada k...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik