Inilah Perbezaan 7 Jenis Susu Di Pasaran Yang Mana Elok Untuk Keluarga Kita


Ramai orang suka minum susu, tak kiralah yang muda, yang tua atau anak-anak kecil. Disebabkan itu juga, bermacam-macam jenis susu dipakejkan untuk memikat hati pengguna.
Tak dinafikan juga, susu merupakan sumber kalsium yang amat baik selain turut mengandungi vitamin A, B12, riboflavin, fosforus, dan zat besi. Cuma kadang-kadang tu, keliru pula nak pilih susu yang mana. Yalah, banyak betul jenis susu contohnya jenis full cream, low fat, skim milk, fresh milk, susu UHT, susu tepung dan sebagainya. Apakah perbezaan antara jenis-jenis susu ini?
INI PERBEZAAN 7 JENIS SUSU YANG BIASA KITA JUMPA DI PASARAN1. SUSU PENUH KRIM / FULL CREAM MILK
Susu penuh krim atau full cream milk mengandungi peratusan lemak yang paling banyak, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim.
Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan lemak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh. Selain itu, susu jenis inilah yang sesuai digunakan untuk dicampurkan ke dalam kopi untuk menghasilkan kopi susu ala barista. Sedap!

2. SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK
Seperti mana namanya, susu rendah lemak atau low fat pula mengandungi kurang lemak di dalamnya, iaitu sekitar 1.3% hingga 1.4%. Susu low fat lebih sesuai bagi anda yang dalam proses mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengurangkan kadar lemak tepu di dalam tubuh.

3. SUSU SKIM / SKIM MILK
Satu lagi jenis susu yang mungkin kita kurang tahu adalah susu skim atau skim milk. Ia memiliki jumlah lemak yang paling rendah berbanding susu low fat dan susu full cream, iaitu sekitar 0.15% sahaja. Jika dibandingkan dengan keduanya tadi, susu skim ini rasanya lebih cair. Namun, ia tetap mengandungi protein dan kalsium seperti susu biasa.

4. SUSU SEGAR / FRESH MILK
Susu segar atau fresh milk ini boleh dijumpai di bahagian sejuk pasaraya. Berbanding susu UHT yang diletakkan di rak kering, susu segar ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat, biasanya kurang daripada seminggu. Namun dari segi nutrisinya, ia adalah yang lebih baik berbanding susu UHT.
Susu segar yang dijual di pasaraya telah melalui proses pempasteuran bagi memastikan keselamatan pengguna. Proses ini melibatkan pemanasan melebihi 72 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya 15 saat bagi membunuh bakteria yang terdapat dalam susu. Antara jenama susu segar yang terkenal di Malaysia termasuklah susu Good Day dan Farm Fresh.


5. SUSU UHT
Kebanyakan jenis susu kotak yang terdapat di pasaran adalah jenis UHT, iaitu Ultra High Temperature yang merujuk kepada proses yang digunakan untuk merawatnya.
Berbanding susu segar, susu UHT mengalami proses pemanasan pada suhu yang lebih tinggi, iaitu pada takat 135 darjah Celsius  selama 1-2 saat bagi tujuan pensterilan. Dengan proses ini, jangka hayat susu dapat bertahan sehingga 5-10 bulan tanpa disimpan di tempat sejuk kecuali setelah ia dibuka.
Terdapat juga susu UHT yang dihasilkan melalui proses rekombinasi atau campuran semula (UHT recombined milk). Ini bermaksud susu tersebut akan dikeringkan menjadi pepejal dan diasingkan kepada serbuk lemak dan pepejal susu sebelum dikombinasikan semula di kilang dan dirawat.
6. SUSU TEPUNG
Susu tepung diperbuat daripada susu segar yang telah melalui proses pengeringan menjadi bentuk serbuk yang mudah disimpan, senang dibawa ke mana-mana dan tahan lama.

Seringkali susu tepung ditambah dengan zat tertentu seperti vitamin dan mineral bagi meningkatkan kualitinya. Bagi susu formula contohnya, ia dilengkapkan dengan pelbagai formulasi agar sesuai dengan peringkat usia bayi yang memerlukan nutrisi khusus seperti DHA dalam menjamin perkembangannya.
7. SUSU BERPERISA
Susu berperisa adalah susu yang telah dicampurkan dengan bahan tambahan seperti gula, perisa, pewarna dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Ada macam-macam perisa susu yang boleh kita jumpa di pasaran sekarang contohnya susu strawberi, coklat, kopi, kurma, vanila dan sebagainya. Sedap memang sedap, tapi anda harus berhati-hati dengan kandungan gula yang terdapat di dalamnya!

SEMAK LABEL SEBELUM BELISusu memiliki nutrisi yang baik dan sesuai untuk diamalkan pengambilannya setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap.
Tak salah mendapatkan nutrisi melalui susu UHT atau susu tepung, tapi elakkan jenis susu yang manis kerana ia biasanya dah ditambah dengan perasa atau gula. Di bahagian ramuannya, pilih yang paling pendek senarainya. Kadangkala, ramai tak sedar bahawa ada kandungan gula ‘tersembunyi’ seperti sukrosa, pepejal sirap glukosa, maltodekstrin, pepejal sirap jagung, sukrosa, dekstrosa, dan macam-macam lagi nama saintifiknya yang mungkin boleh mengelirukan anda.
Jadi, lepas ni kalau nak beli susu, sentiasalah periksa labelnya ya!

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/inilah-perbezaan-7-jenis-susu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Menggunakan Air Panas Secara Terus Ke Dalam Botol Susu Jenis Polikarbonat

Elak Menggunakan Air Panas Secara Terus Ke Dalam Botol Susu Jenis Polikarbonat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 966 hits
Anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan botol susu bayi anda Ambil langkah awal dengan menukarkan botol susu polikarbonat anda kepada botol susu bayi bebas Bisphenol A Sekiranya masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengan...
Kenal Pasangan Elok Elok Tak Kenal Maka Tak Cinta Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana Untuk Tackle Mereka

Kenal Pasangan Elok Elok Tak Kenal Maka Tak Cinta Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana Untuk Tackle Mereka

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 581 hits
Kenal Pasangan Elok Elok Tak Kenal Maka Tak Cinta Bila Dah Kenal Baru Tahu Macam Mana untuk Tackle Mereka Inilah persoalan soalan yang mungkin berlegar di minda apabila pasangan suami isteri diminta untuk saling berkenalan kembali Walau sud...
Ini 3 Jenis Tekstur Cookies Mana Satu Jadi Pilihan Korang

Ini 3 Jenis Tekstur Cookies Mana Satu Jadi Pilihan Korang

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 642 hits
Tahukah anda bahawa cookies yang bermacam jenis dan rasa sebenarnya ia terbahagi kepada tiga jenis tekstur yang berbeza Tiga tekstur itu adalah soft anda chewy thin and crispy dan light and cakey Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainy...
Mana Nak Dapatkan Susu Kambing Nubian Fresh Area Kuala Lumpur

Mana Nak Dapatkan Susu Kambing Nubian Fresh Area Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 585 hits
Mana nak cari susu kambing fresh weiii ate ke jenuh nak cari kan tambah tambah area Kolumpur ni hah Kalau google kebanyakan jual susu kambing yang dah diekstrak kepada serbuk k fiezz pun dulu ada gak minum susu kambing jenis serbuk ni ada 2...
7 Jenis Burger Yang Unik Lain Dari Yang Lain Tak Jual Kat Mana Mana

7 Jenis Burger Yang Unik Lain Dari Yang Lain Tak Jual Kat Mana Mana

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 719 hits
Burger Apa yang menariknya dengan daging yang diapit dua keping roti gebu ini Sebenarnya burger terdapat pelbagai jenis isian Ada daging lembu daging ayam daging kambing isi ikan dan pelbagai lagi Menambahkan lagi kelazatan apabila diletakk...
Teruk Sungguh Dah Penyakit Kemaruk Anwar Nak Jadi Perdana Menteri Dah Elok Dia Daftar Ke Hospital Untuk Rawatan

Teruk Sungguh Dah Penyakit Kemaruk Anwar Nak Jadi Perdana Menteri Dah Elok Dia Daftar Ke Hospital Untuk Rawatan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 665 hits
Sana sini sampai ke luar negara Anwar Ibrahim memberitahu dia yakin dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri kurang dari tempoh 2 tahun Sampai ke luar negara Anwar Ibrahim mencanangkan dia adalah bakal Perdana Menteri ke 8 Memang teringin ...
Nak Didik Anak Degil Rotan Wajib Simpan Di Rumah Mesti Anak Jadi Elok

Nak Didik Anak Degil Rotan Wajib Simpan Di Rumah Mesti Anak Jadi Elok

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 663 hits
Kalau diuji dapat anak degil memang boleh suami isteri pening kepala Kadang nak bawa keluar berjalan pergi rumah orang atau makan di luar pun rasa risau Sudahlah tak dengar kata kuat melawan pula Dek kerana perangai anak yang tak makan sama...
Oh Abah Kalaulah Kita Seperti Keluarga Lain Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

Oh Abah Kalaulah Kita Seperti Keluarga Lain Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 762 hits
Hari ini merupakan hari sedih buat Dato AIiff Syukri Bapa kesayangannya dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi dan jenazahnya telah pun dikebumikan sekitar jam 10 pagi hari ini Bagi yang tidak tahu Aliff Syukri bukanlah anak tunggal ke...
Mahadhir Bohong Sunat Elok Sunatkan Sekali Lagi

Mahadhir Bohong Sunat Elok Sunatkan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 365 hits
PAS SOKONG BN DI SEMENYIH MELEBIHI 100 PRK Semenyih Hadi Mat Hasan bakal kongsi pentas Tajuddin KERJASAMA PAS DAN UMNO AKAN TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN DI SEMENYIH Pak Karamu Pas nafi tandatangani surat tak sokong UMNOAHMAD SAMSURI MOKHTARAp...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini