Kena Peka Banyak Tumbuh Bulu Di Muka Badan Mood Kacau Antara Simptom Pcos


Hari ini, bilangan wanita yang mengalami PCOS semakin ramai. Kesedaran PCOS atau ovari polisistik semakin meluas dan banyak kempen atau program yang diadakan bagi memberi lebih banyak pendedahan tentang hal ini. September merupakan Bulan Kesedaran PCOS, oleh itu marilah sama-sama kita belajar sesuatu mengenai PCOS.
Sumber foto: www.shutterstock.com Melalui perkongsian di laman Facebook, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak yang merupakan Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi menjelaskan bahawa PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik ni?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari-ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ruang kosong dalam ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi).
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan (hirsuitism) Kepala botak Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan Kulit berminyak dan senang naik jerawat Sukar untuk hamil Kemurungan dan masalah psikologi Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.

Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat.
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Hormon testosteron (hormon lelaki) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Sumber foto: www.shutterstock.com Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki (testosteron) yang tinggi.
Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Sumber foto: www.shutterstock.com Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
Haid tak teratur, atau tiada langsung Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Umur lebih 40 tahun Sejarah keluarga mengidap kencing manis Menghidap kencing manis ketika hamil BMI melebihi 30 Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut–turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim (Mirena) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Sumber foto: www.shutterstock.com Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?
Mengamalkan gaya hidup yang sihat
▪ Makan makanan yg seimbang
▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu ) Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
 
The post Kena Peka! Banyak Tumbuh Bulu Di Muka & Badan, Mood ‘Kacau’ Antara Simptom PCOS appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kena-peka-banyak-tumbuh-bulu-di-muka-badan-mood-kacau-antara-simptom-pcos/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jeli Penyejuk Badan

Jeli Penyejuk Badan

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 228 hits
Sejak akhir2 ini cuaca sekejap panas terik sekejap hujan lebat buatkan badan kita semua tak selesa Dalam cuaca terang benderang tetiba hujan turun dengan lebatnya Dua hari lepas Kjee beritahu UnclePali kalau ada Jeli Air Kelapa Muda mesti n...
Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je

Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 164 hits
Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je Selepas bersalin ibu ibu sangatlah digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba Banyak kebaikan air rebusan kepada tubuh badan terutama kepada ibu ibu selepa...
Hentikan Kes Rasuah Zahid Badan Kehakiman Cipta Rekod Dunia Dr Mahathir

Hentikan Kes Rasuah Zahid Badan Kehakiman Cipta Rekod Dunia Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 332 hits
agendaily com26 09 2023Dr Mahathir membidas tindakan kerajaan campuran Anwar yang membebaskan anak muridnya Zahid Hamidi Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan kerajaan campuran menerusi Peguam Negara yang baharu dalam menghentikan kes...
13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun

13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 266 hits
Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh bada...
Padan Muka Tindakan Undang Undang Telah Dimulakan Terhadap Dusuki

Padan Muka Tindakan Undang Undang Telah Dimulakan Terhadap Dusuki

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 169 hits
1 Saya telah memulakan tindakan undang undang terhadap Dusuki Rani berhubung dengan siri siri ucapan beliau mutakhir ini yang bersifat fitnah terhadap saya berhubung dengan kekalahan beliau di dalam Saman Fitnah beliau terhadap saya sebelum...
Tular Anggota Polis Didakwa Pukul Tunang Tuan Badan Beri Penjelasan Saya Dah Terima Kifarah

Tular Anggota Polis Didakwa Pukul Tunang Tuan Badan Beri Penjelasan Saya Dah Terima Kifarah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 249 hits
Baru baru ini tular sebuah video suara seorang wanita menangis kesakitan mendakwa akibat dikasari seorang lelaki dipercayai tunangnya di dalam kereta Video yang dirakam secara tersembunyi itu hanya mendengarkan perbualan mereka serta tangis...
Amalkan Minuman Ini Untuk Kawal Berat Badan Nombor 5 Tu Paling Mujarab

Amalkan Minuman Ini Untuk Kawal Berat Badan Nombor 5 Tu Paling Mujarab

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 242 hits
Obesiti menjadi salah satu masalah membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia hari ini Hasil kajian yang dijalankan oleh World Population Review pada 2020 mendapati Malaysia mempunyai jumlah obesiti tertinggi di Asia Tenggara Lebih 15 6 pe...
Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 146 hits
Setiap kali lepas datang bulan atau haid badan kita keletihan melampau ditambah dengan kehilangan darah kotor dalam badan Tak perlukan kos yang tinggi cara mudah untuk segarkan tubuh dalam badan adalah mencuba air rebusan ini untuk mencuci ...
Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan

Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 303 hits
Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada Mama Selain itu ubi keledek juga membantu untuk menambah susu badan Kaya dengan Vitamin C B complex dan m...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean